Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One mendedahkan kucing boleh menggunakan bunyi sebagai cara mengesan di mana tuan mereka berada. Pengesanan dibuat menerusi peta mental mereka bagi menjejak lokasi tuan mereka berdasarkan arah bunyi tertentu. Menurut penulis kajian Saho Takagi, keupayaan menghasilkan peta mental ini tidak diketahui boleh dilakukan oleh kucing sebelum ini.

Pelajar PhD dari Universiti Tokyo itu sudah lama menunjukkan minat terhadap daya pendengaran kucing termasuk keupayaan menggerakkan telinga ke arah berbeza. Bagi menguji teori tersebut, dua rakaman suara manusia memanggil kucing peliharaan mereka diletakkan di lokasi berbeza.

Speaker pertama yang diletakkan berhampiran akan memainkan suara memanggil nama kucing. Kemudian, satu lagi speaker akan dibunyikan dari bilik berbeza menggunakan rakaman panggilan sama. Keputusan eksperimen menunjukkan si kucing merasa terkejut dengan bunyi tuannya datang dari arah berbeza. Ini menunjukkan kucing mampu menghasilkan peta minda untuk mengesan tuan mereka menggunakan petunjuk audio.

Kajian-kajian yang dibuat sebelum ini menunjukkan kucing mampu membezakan suara orang yang dikenali dan tidak dikenali serta mencari objek tersembunyi. Dengan keputusan kajian ini, tidak mustahil untuk kucing membuat peta mental berdasarkan suara orang yang dikenalinya/tuannya.

Tetapi kucing bukan satu-satunya haiwan yang mempunyai kebolehan yang dikenali sebagai ketetapan objek. Kanak-kanak juga dikatakan mempunyai kebolehan serupa semasa berusia lapan bulan. Haiwan mamalia lain seperti cimpanzi, gorila, anjing domestik dan meerkat turut didapati mempunyai kebolehan sama.

Pasukan pengkaji tidak pasti mengapa kucing terkejut semasa eksperimen itu dijalankan. Ia boleh saja berlaku kerana suara tuannya berada di lokasi berbeza atau tuannya tidak berada di lokasi peta mentalnya. Tetapi yang pasti, ketetapan objek merupakan petanda kebijaksanaan haiwan dan ciri penting untuk pemikiran kompleks.

RUJUKAN

Wetzel, C. (2021, 12 November). Your Cat May Know Where You Are Even When They Can’t See You. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.