Baru-baru ini kajian menunjukkan bakteria dari tubuh kucing yang sihat mampu menghasilkan antibodi untuk sembuhkan jangkitan dalam tubuh manusia dan haiwan lain.

Penemuan terbaru ini saintis namakan sebagai bacteriotherapy’ iaitu terapi menggunaakan bakteria ‘baik’ yang memberikan perlindungan melawan bakteria berjangkit atau pathogen.

Bagi melihat keberkesanan bakteria ‘baik’ ini, para saintis menggunakan bakteria ini melawan bakteria berjangkit bernama Staphylococcus pseudintermedius yang menjangkiti atas kulit tikus putih.  Bakteria ini biasanya ditemui pada haiwan ternakan dan membiak dengan pantas jika haiwan tersebut terluka atau sakit.

Bakteria  S. pseudintermedius mampu berpindah antara spesis haiwan, kemudian akan mengalami keradangan kulit pada kulit anjing, kucing, dan manusia. Antibiotik biasanya tidak mampu merawat jangkitan bakteria ini. Maka, pengkaji akan mengambil bakteria ‘baik’ dari tubuh kucing dan biarkan membiak bersama bacteria S. pseudintermedius. Bakteria ‘baik’ itu ialah S. felis yang mempu menghalang tumbesaran S. pseudintermedius.

Seterusnya, S. felis menghasilkan antibiotik yang cukup untuk memecahkan dinding sel S. pseudintermedius, kemudian menghapuskan bakteria tersebut. Di sini, bakteria S. felis mempunyai mekanisma biologi yang ampuh melawan bakteria berjangkit.

Menurut pengkaji bernama Richard Gallo dari University of California San Diego, penghasilan antibiotik dari S. felis begitu ekstrem sehingga mampu menghapuskan pathogen dari semua arah. Strategi serangan bakteria ‘baik’ ini dinamakan sebagai ‘polypharmacy’.

Kesan dari penghasilan antibiotik itu, peratus jangkitan dan keluasan kawasan keradangan semakin berkurang. Hanya sedikit peratus bakteria S. pseudintermedius saja yang menjangkiti kulit tikus. Tambahan pula, S. felis mempunyai mekanisma baru jika bakteria berjangkit melawan antibiotik. Ia akan menghasilkan 4 jenis rembesan kimia bernama antimicrobial peptide. Keempat-empat rembesan ini bergabung melawan bakteria berjangkit itu.

Kesimpulannya adalah bakteria ‘baik’ pada tubuh kucing mempunyai perlindungan melawan bakteria S. pseudintermedius ini pada tikus putih. Pengkaji percaya bakteria ‘baik’ ini mampu melindungi manusia dari peroleh bakteria berjangkit.

Gallo percaya bahawa manusia yang memelihara kucing yang sihat mampu melindungi tubuh manusia dari peroleh bakiteria berjangkit. Untuk menjayakan misi ‘menanamkan’ bakteria baik ke atas manusia. Pengkaji menguji kembali dengan menggunakan anjing sebagai uji kaji.

Jika penemuan bakteria S.felis mampu dihasilkan sebagai produk perlindungan, ia akan dikormesialkan seperti mennghasilkan produk berupa penyembur, krim atau gel. Jadi, kita tidak perlu risau untuk selalu membasuh tangan selepas melakukan kerja. Tuntasnya, kucing membawa bakteria baik dan beruntung bagi pemilik yang memelihara kucing kesayangan.

RUJUKAN:

Nield, David. 22 October 2021. Your Cat Could Carry ‘Good’ Bacteria That Fight Resistant Staph Infections. Science Alert


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.