Insan dan haiwan; kedua-duanya berbeza bentuk kejadian namun hidup harmoni di muka bumi dengan masing-masing berperanan terhadap satu sama lain.
Insan yang dibekali akal, dipertanggungjawab memelihara kemaslahatan haiwan. Haiwan yang dibekali pelbagai guna, dijadikan ujian buat manusia dalam memanfaatkannya tanpa dipandu nafsu kebinatangan.
Makanan, pakaian, pengangkutan, dan perlindungan merupakan antara manfaat yang didapatkan oleh manusia daripada haiwan sejak sekian lama. Kehidupan manusia bagaimanapun tidak lari daripada perseng.ketaan.
Pepe.rangan sesama mereka selalunya mengheret penglibatan haiwan. Kuda, gajah, unta, dan anjing merupakan antara haiwan yang sering terpalit dalam sejarah pepe.rangan manusia. Artikel kali ini, justeru, cuba menelusuri serba-sedikit jejak kehadiran haiwan dalam lembaran pep.erang.an manusia.
Kuda dijinakkan seawal tahun 5,000 SM di Kazakhstan. Pada mulanya, ia diternak bagi mendapatkan daging dan susu, selain dijadikan sebagai haiwan tunggangan dan pengangkut barangan.
Tidak lama kemudian, ia menempati peranan penting dalam arena pepe.rangan sehinggalah penggunaan kuda digantikan dengan kenderaan bermotor sekitar 100 tahun kebelakangan.
Dalam tamadun China dan Mesir, kuda merintis penggunaan pedati terawal. Penciptaan pelana dan sanggurdi (tempat berpijak pada kuda) serta pembiakan baka kuda yang lebih besar membawa perubahan penuh kepada taktik pepe.rangan purba.
Kombinasi memanah sambil berkuda yang disempurnakan oleh ten.tera Monggol melonjakkan lagi keutamaan kuda, terutama kerana ia berjaya membantu tamadun tersebut menubuhkan sebuah empayar yang memayungi hampir seluruh Eurasia.
Eropah juga menganggap pasukan berkuda sebagai pasukan paling elit. Hampir setiap tamadun agung dunia mempunyai unit katafrak tersendiri. Parsi, Rom, dan Yunani antara yang tidak terkecuali.
Unit katafrak dicirikan sebagai unit berkuda yang dilengkapi persen.jataan dan perisai berat yang melindungi seluruh tubuh – dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain unit kavalri berat seperti Katafrak, Sipahi, dan Hussar, dunia turut mengenali pasukan berkuda ringan seperti Mutaharrik at-tulai’a yang membantu Khalid al-Walid sepanjang kempen keten.teraannya.
Mobiliti kuda bagaimanapun tidaklah sesuai untuk semua rupa bumi. Oleh kerana itu, wujud keperluan untuk melatih haiwan-haiwan p.eran.g yang lain.
ANJING
Pada zaman purba, anjing sememangnya dibawa mengiringi pasukan berkuda. Ia kebiasaannya dilepaskan terlebih dahulu ke barisan mu.suh untuk mengucar-kacirkan formasi mereka, sebelum unit kavalri maju dan merempuh.
Xerxes I ketika menye.rang Yunani pada 480 Sebelum Masehi juga dicatatkan membawa sejumlah anjing India yang ga.nas. Begitu juga dengan Pertem.puran Marathon (490 SM) yang menyaksikan kehadiran anjing pe.rang.
Beberapa kurun kemudian, tradisi penggunaan anjing pe.rang diteruskan pula oleh pasukan Rom. Antara baka utama yang digunakan oleh mereka ialah Canis Molossus atau turut disebut Molossian. Pahlawan Celtic yang berse.teru dengan Kaisar juga tidak tinggal dari memanfaatkan anjing pe.rang. Baka yang digunakan ialah Mastiff Inggeris.
Di zaman pertengahan, penja.jah Sepanyol membawa anjing pe.rang yang dilengkapi kolar pepaku dan landas pelindung ketika menak.luki Empayar Aztec pada tahun 1519 Masehi. Masyarakat asal di Dunia Baru tidak terdedah kepada baka anjing dan kuda yang dibawa oleh orang Eropah, justeru wujud keka.cauan dalam kalangan mereka.
Menukil Graham Hancock di dalam bukunya W.a.r God, masyarakat Aztec hanya mengenali anjing kecil yang tidak berbulu, persis Chihuahua. Tambahan, mereka selalunya tidak menganggap anjing sebagai haiwan peliharaan. Bagi mereka, anjing ialah bekalan daging di saat kecemasan.
Anjing-anjing Sepanyol ini bukan hanya menggerunkan dek saiznya yang besar dan kelengkapan yang dikenakan padanya. Akan tetapi, ia dibiarkan berlapar sebelum turun ke medan pe.rang sekali gus menambahkan sifat bu.asnya saat berhadapan dengan te.ntera-te.ntera Aztec.
Berganjak ke kurun ke-20 Masehi, anjing pe.rang digunakan oleh pasukan Russia sebagai pengeb.o.m berani ma.ti bagi mele.dakkan jentera-jentera-jentera berat milik Jerman dalam Pe.rang Dunia Kedua.
GAJAH
Bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama gajah digunakan sebagai unit pe.rang. Sekurun sebelumnya, iaitu pada 331 SM, dunia menyaksikan Alexander Agung berhadapan dengan 15 ekor gajah pe.rang milik Empayar Achaemenid dalam Pertem.puran Gaugamela – pertem.puran muktamad antara dunia Yunani dan Parsi.
Penggunaan gajah pe.rang lebih meluas di Asia Tengah dan Asia Tenggara. Di sub-benua India misalnya, Ashoka dari Empayar Maurya dicatatkan pernah berdepan dengan 700 ekor gajah pe.rang milik Maha Padmanabha dari Kalinga. Sementara di Vietnam, gajah pe.rang menjadi benteng ampuh yang mengusir pasukan pence.roboh sejak sekian lama – bermula dari Dinasti Han, Dinasti Sui, Monggol, dan Amerika Syarikat.
KHINZIR
Ramai yang kebuntuan cara ketika berdepan dengan pasukan bergajah. Namun, catatan silam ada menyebutkan satu haiwan yang dapat menanganinya – iaitu khinzir.
Pliny the Elder menyifatkan gajah takut kepada bunyi khinzir, sampaikan ia akan berpatah balik sebaik mendengarnya. Tambah beliau lagi, kaedah ini pernah digunakan oleh ten.tera Rom ketika menghadapi pasukan bergajah Pyrrhus pada tahun 275 Sebelum Masehi.
Sementara tahun 266 SM pula menyaksikan kota Megara berjaya mengalahkan mu.suh yang menge.pung darihasil penggunaan khinzir yang dibakar – satu strategi yang saling tidak tumpah seperti strategi menghen.tam kapal mu.suh dengan perahu yang terbakar.
Dalam kes ini, te.ntera-te.ntera Megara menyalut khinzir-khinzir mereka dengan damar dan minyak mentah, lalu membakarnya sebelum melepaskan setiap khinzir itu ke barisan mu.suh, termasuklah pasukan bergajah yang kemudiannya merem.puh pasukan sendiri sekali gus mengakibatkan ramai yang terkor.ban.
UNTA
Namun pada tahun 43 Masehi, unta pernah menjadi sebahagian daripada pasukan ten.tera yang dibawa oleh Maharaja Claudius ketika menye.rang Britain. Pasukan tersebut dikenali dengan nama Dromedarii.
KUCING
Sebelum menggem.pur kota Pelusium, Cambyses II terlebih dahulu memerintahkan ten.teranya supaya melukiskan imej kucing pada perisai masing-masing. Sebilangan sejarawan pula menyatakan yang beliau bahkan membawa segerombolan kucing dan meletakkannya di barisan hadapan.
Dek kerana enggan mence.derakan atau mencemari imej haiwan sembahan mereka itu, ten.tera Pelusium yang dikepalai oleh Psammenitus pun menyerah diri. Mesir pun tewas pe.rang dan menanggung ka.sual.ti yang tinggi.
Psammenitus sendiri dijadikan tahanan pe.rang, cuma beliau diberikan layanan yang baik sehinggalah saat beliau mengangkat sen.jata. Ketika itu, barulah hayatnya ditamatkan. Turut tamat adalah hegemoni Mesir yang kemudianya tunduk di bawah Parsi sebelum kemudiannya beralih tangan ke Rom.
PENUTUP
Baik pada zaman silam mahupun era kebelakangan, manusia tidak henti melibatkan haiwan dalam mengharungi rencah-rencah kehidupan, termasuklah kon.flik dunia – seperti lebah pengesan jerangkap samar di Croatia, anjing penjejak bahan letu.pan di Afghanistan, dan ikan dolfin dalam pasukan Ten.tera Laut Amerika Syarikat.
Sama seperti tokoh-tokoh yang mempunyai tugu dan mural tersendiri sebagai penghargaan atas jasa mereka, beberapa buah negara tidak lupa untuk mendirikan memorial khusus buat haiwan-haiwan yang menyumbangkan bakti terhadap negara masing-masing. Antaranya memorial di London yang mengabadikan kata-kata; “Khusus buat haiwan-haiwan p.er.ang yang berjasa dan mengor.bankan nyawa bersama ten.tera British dan ten.tera bersekutu.”
TERJEMAHAN
Lizlea Floor. (21 November 2015). Dogs of W_r: Ancient History of Animals in W_rfare. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih