Di dalam dunia ini, kita semua tahu bahawa terdapat dua jenis kategori orang iaitu yang mencintai kucing dan yang tidak suka akan haiwan comel tersebut. Hubungan antara manusia dan kucing ini sebenarnya pernah menjadi rumit sehinggakan pernah berlakunya pengisytiharan perang. Paus Gregorius IX (Pope Gregory IX) adalah orang yang pernah mengisyhtiharkan perang terhadap populasi kucing-kucing itu. Penyiasat kepausan pada zaman bagi Paus Gregory IX adalah Conrad of Marburg (Konrad von Marburg) dan dia membencikan kucing sehinggakan menjadikan kucing sebagai alasan untuk menyokong kepercayaan bahawa kucing-kucing adalah syaitan yang di dalam rupa bulu.
Perkara ini menjadi satu kepercayaan orang ramai apabila terdapat pengakuan dibuat oleh masyarakat di situ dengan menceritakannya kepada Conran kisah-kisah pelik yang dialami. Conran pun mendengar cerita salah seorang mangsa yang terlibat.
“Semasa saya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah pada petang semalam, saya terdengar bunyi seekor katak. Katak tersebut adalah sebesar anjing dan berdiri sejauh sepuluh kaki. Katak itu melompat dengan lebih dekat dan mengahmpiri saya.”
“Ia sangat tidak wajar kerana saya tidak pernah melihat katak sebesar itu. Apabila katak itu telah sampai dekat kepada saya, tiba-tiba seorang lelaki pucat muncul! Saya tidak tahu dari mana lelaki itu datang dan saya tidak mengenalinya. Dia juga mahu saya menciumnya. Semasa itu, saya melupakan segala tentang Tuhan dan Gereja.”
“Apa yang berlaku selepas kamu berjumpa dengan lelaki itu?” Tanya Conran.
“Baiklah, kita semua akan pergi ke ‘Black Mass’ iaitu patung kucing besar yang bernyawa sama seperti kita, di manakita semua akan mencium kucing itu dan dalam kegelapan, kita semua akan berhibur. Apabila selesai semua itu, lilin akan dinyalakan, dan seorang lelaki muncul. Bahagian atas pada badan lelaki itu adalah seperti cahaya matahari yang umpama boleh buta. Cahaya yang luar biasa daripada apa yang kita selalu lihat. Bahagian bawah badannya pula dipenuhi dengan bulu kucing. Ritual dibacakan dan mesyuarat itu telah berakhir…”
Pada abad ke-13 iaitu sekitar 1227 hingga 1241, dunia katolik dikendalikan oleh Pope Gregory IX dan beliau percaya bahawa kucing ini sebenarnya membawa roh syaitan yang membawa kepada ketidakboleh percayaan terhadap makhluk itu. Daripada ini juga, ia telah membawa kepercayaan yang mitos iaitu kucing yang bewarna hitam membawa kepada nasib malang.
Pada tahun 1233 hingga 1234, iaitu selama setahun, terdapat penghapusan kucing yang dilakukan secara besar-besaran bagi mereka yang setia kepada Gereja dan Paus. Menurut ahli sejarah, mereka percaya bahawa masyarakat pada masa itu membunuh terlampau banyak kucing yang sehinggakan berlakunya gelombang wabak. Perkara ini pula membawa kepada kepercayaan yang baharu iaitu wabak tersebut berlaku disebabkan syaitan yang sangat marah kerana kucing-kucingnya banyak dibunuh.
Mengikut lojik sejarah sebelum ini, kucing yang dibunuh secara besar-besaran ini telah membuatkan tikus membiak dengan begitu banyak dan kutu pada tikus itu antara penyumbang untuk wabak itu berlaku. Perang yang diperintahkan oleh Paus ini menunjukkan bukan sahaja ia memberi kesan terhadap kucing, malah termasuk manusia sekali. Hal ini kerana ia telah mencetuskan pemburuan yang lain pula iaitu pemburuan ahli sihir secara besar-besaran. Perkara ini membawa kepada ramai wanita yang dituduh dan diganggu sehinggakan ada yang diseksa dan dibunuh.
Bagi membuktikan kesetiaan orang yang beragama kepada Gereja, mereka sanggup berbuat sedemikian. Pada akhir 1400-an pula, kucing dibunuh disebabkan ia dipercayai sebagai ahli sihir. Apabila berlakunya pemburuan yang baharu ini, kucing-kucing masih tidak selamat kerana mereka tetap dibunuh akibat daripada kegilaan orang ramai yang memburu ahli sihir.
Perkara ini berakhir sehinggalah apabila Paus memberhentikan pemburuan kucing ini. Pada zaman kemudiannya, Ratu Elizabeth I (1558-1603) juga telah meraikan pertabalannya dengan membakar patung yang berbentuk kucing dan lebih teruk lagi apabila di dalam patung itu diisikan dengan kucing yang bernyawa.
Oleh itu, kucing peliharaan yang kita bela sekarang sebenarnya mempunyai sejarah terdahulu di mana ia boleh dianggap sebagai sejarah yang penuh dengan tragedi buat makhluk comel ini. Kepercayaan agama yang sangat kuat dan penyebaran penyakit menjadikan masyarakat pada masa itu salah faham dan terus membuat keputusan yang melulu.
Pada zaman itu juga, Gereja dianggap sebagai sumber utama dalam segala kuasa yang membuatkan masyarakat takut dihukum oleh Tuhan kerana tidak menunjukkan kesetiaan. Berkemungkinan juga, hasil daripada bukti-bukti pakar mengatakan bahawa arahan daripada Paus Gregorius IX ini berlakunya Black Death pada tahun 1346 hingga 1353. Pada hari ini di Eropah, populasi bagi baka kucing berwana hitam adalah sedikit disebabkan kesan daripada upacara yang dianggap kucing hitam itu adalah syaitan.
RUJUKAN
Janssens, M. (2022, June 15). When Pope Gregory IX Declared a War on Cats.
All That’s Interesting. (2017, January 9). The Vatican Really, Really Hates Cats.
Artikel dikirimkan oleh Atiqah Nawi untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih