Kucing hitam ni ada antara kita sukakannya kerana kecomelan di sebalik bulu hitamnya. Dan ada juga dalam kalangan kita tak berapa suka kerana percaya yang kucing hitam ni pembawa nasib buruk atau bala.
Mentaliti kucing hitam pembawa bala ini sebenarnya tidak hanya dalam masyarakat kita, malah mentaliti ini telah lama dipercayai oleh orang Eropah pada zaman pertengahan, sampai mereka sanggup membunuh kucing yang tak bersalah!
Apa salah kucing hitam sampai orang Eropah sendiri begitu benci?
Kisahnya bermula pada abad ke-13 Masihi, lebih tepat sekitar tahun 1227 dan 1241, Pope Gregory IX iaitu ketua paderi gereja Katolik ketika itu percaya bahawa kucing hitam ialah jelmaan syaitan dan pembawa nasib malang.
Pada tahun 1233, bermulanya ‘perang’ kepada kucing hitam yang ditemui oleh mereka yang taat kepada gereja. Hampir semua kucing hitam tak bersalah diburu dan dibunuh oleh orang Eropah, ditambah dengan kepercayaan kepercayaan kucing menyebarkan kuman.
Akibat ‘perang’ mengarut ini, populasi tikus semakin banyak. Tikus-tikus ini bermaharajalela dan bersorak setelah kucing tiada lagi taringnya untuk mengancam tikus ini. Apa yang jadi kalau tikus semakin banyak? Wabak Black Death terjadi.
Tikus ialah pembawa kuman-kuman yang berbahaya yang mana kalau kita terjangkit, nyawa kita pasti melayang. Kucing pula haiwan yang sesuai untuk mengawal populasi tikus. Kalau kucing berkurang, populasi tikus meningkat, dan berpotensi besar penyakit berbahaya muncul.
Tengoklah apa jadi kat Eropah selepas ‘perang’ dengan kucing, wabak Black Death menjadi wabak paling membunuh dalam sejarah. Angka kematian dijangka dari 75 juta sehingga mencecah 200 juta orang. Kalah wabak Covid-19 tau!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih