Trunyan (juga dieja Terunyan) merupakan sebuah desa yang bertempat di Pulau Bali, Indonesia. Lebih tepat, lokasinya terletak di pantai timur Tasik Batur, Daerah Bangli. Tasik Batur pula terletak bertentangan dengan Gunung Batur, salah sebuah gunung berapi aktif di negara seberang.
Dalam kalangan masyarakat tempatan, Desa Trunyan dijuluki sebagai Pulau Tengkorak. Julukan tersebut merujuk kepada tradisi p.engeb.umian mepasah yang diamalkan oleh suku Aga Bali, yang rata-ratanya bertumpu di Kabupaten Karangasem.
Suku Aga Bali dipercayai merupakan penghuni asal Pulau Bali sejak sebelum kemunculan Empayar Majapahit lagi, di mana sekitar kurun ke-14 Masehi, pengaruh empayar itu berkembang hingga ke Pulau Bali dan penduduknya pula berpindah ke sana sekali gus menjadi leluhur bagi kebanyakan warga Bali pada hari ini.
Sejarah mulanya pertapakan Aga Bali di Pulau Bali diambil daripada mitos dan kisah rakyat tempatan. Mitos paling masyhur berkenaan sejarah penubuhan Desa Tenganan, Pengringsingan,Trunyan, dan Pedawa kesemuanya melibatkan campur tangan seorang lelaki bernama Rsi Markandeya.
Menurut mitos, beliau berasal dari Gunung Raung, Jawa Timur dan tiba di Pulau Bali pada kurun ke-8 Masehi bersama beberapa ratus orang pengikut. Namun, ramai pengikutnya dijemput ma.ut akibat di.sera.ng w.abak penyakit. Susulan daripada itu, Rsi Markandeya pun membawa masuk kira-kira 400 orang lain dari suku Aga.
Bagi memohon keselamatan, beliau melaksanakan upacara panca datu tepat di suatu lokasi di lereng Gunung Agung (kini lokasinya disebut sebagai Pura Besakih). Dalam upacara yang boleh diumpamakan seperti upacara pecah tanah itu, Rsi Markandeya menanam lima jenis logam – iaitu emas, perak, besi, tembaga, dan batu berharga. Di atas jasanya itu, nama Rsi Markandeya meniti bibir generasi demi generasi di Bali sebagai Bapa Suku Aga Bali.
Antara kesemua desa suku Aga Bali, desa yang paling tersohor dan mudah dimasuki ialah Desa Tenganan, berjarak kira-kira 17 km dari Amlapura, ibu kota Kabupaten Karangasem.
Salah satu tarikan utama di Tenganan adalah kain gringsing yang dihasilkan dengan teknik tenun ikat berganda. Kain gringsing bukan sekadar berharga kerana memiliki nilai estetika yang tinggi, tetapi juga kerana signifikasinya dalam tradisi tempatan, seperti upacara po.to.ng gigi, pernikahan, dan keagamaan.
Berbeza dengan Desa Tenganan yang dikenali ramai, Desa Trunyan agak terpencil justeru sukar dimasuki. Satu-satunya akses ke sana adalah dengan menaiki bot selama 30 minit, merentasi Tasik Batur. Oleh kerana itu, jumlah pelancong yang boleh mengunjungi Desa Trunyan pada setiap hari amat terhad.
Bagaimanapun, keadaan ini sama sekali tidak mengurangkan daya tarikan Desa Trunyan baik dari sudut tradisi mahupun legenda asal-usulnya. Di samping legenda Rsi Markandeya, Desa Trunyan juga mempunyai beberapa versi penceritaan yang lain sebagaimana yang akan dikongsikan di penghujung artikel.
Cara hidup di Tenganan dan Trunyan agak berbeza walaupun kedua-duanya dihuni oleh suku Aga Bali. Perbezaan ini berlaku baik pada sudut bahasa pertuturan mahupun tradisi tempatan, termasuklah tradisi p.engeb.umian.
Penduduk Tenganan menyemadikan jasad m.endiang mereka dengan cara yang sama seperti penganut agama Hindu yang lain, iaitu kremasi. Namun bagi penduduk Trunyan, mereka membiarkannya mer.eput begitu sahaja sekali gus melahirkan tradisi peng.ebumian yang dikenali sebagai mepasah.
Dalam tradisi ini, sebelum jasad dibawa ke tempat p.ersem.adi.an ia terlebih dahulu dibasuh dengan air hujan dan dibalut dengan kain – kecuali bahagian kepala yang sengaja didedahkan. Penyemadian juga hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu, di samping memerlukan penyediaan wang yang mencukupi.
Semasa jasad dibawa ke tempat p.rsem.adian, kaum wanita dilarang ikut serta. Kononnya, jika tradisi ini tidak diikuti maka ben.cana gempa dan gunung berapi akan terjadi. Bagaimanapun, pada waktu-waktu lain mereka dibenarkan untuk mengunjungi tempat perse.ma.dian seperti biasa.
Sema Wayah, tempat pers.ema.dian yang dimaksudkan ini mempunyai 11 buah rumah atau sangkar yang diperbuat daripada buluh dan ditutup dengan daun kelapa. Di dalam rumah inilah jasad penduduk Kampung Trunyan akan ditinggalkan sehingga r.eput – tanpa dikeb.u.mikan.
Kebiasaannya, gambar m.endian.g akan di.gant.ung atau disandarkan pada batang buluh sambil barangan peribadinya pula dilonggokkan di hadapan jasad m.endi.ang.
Memandangkan bilangan rumah pe.rsem.adiannya tidak banyak, maka sejurus selepas jasad m.endian.g r.eput secukupnya (sekitar setahun), rangka yang tersisa akan dibuang serta-merta. Tulang-belulangnya pula dibersihkan dan ditaburkan secara berselarak, sambil tengkorak m.endia.ng diletakkan di belebas berhampiran (seperti di gambar utama).
Tidak semua penduduk Desa Trunyan dibenarkan untuk bers.em.adi di Sema Wayah. Tempat ini dikhususkan buat mereka yang sempat mengharungi kesemua peringkat kehidupan. Dalam erti kata lain, orang bujang mahupun andartu tidak dibenarkan untuk bers.em.adi di sini.
Hal ini termasuklah mereka yang meninggal dunia akibat sakit atau ma.ti mengejut (kemalangan atau bu.nuh diri umpamanya). Bagi keadaan sebegini, mereka akan dikeb.um.ikan (ditanam) di Sema Bantas. Terdapat juga tempat pers.ema.dian ketiga di Kampung Trunyan, dikenali sebagai Sema Nguda yang menghimpunkan kedua-dua kaedah peng.ebu.mian tersebut.
Walaupun tradisi mepasah memperlihatkan jasad m.endia.ng dibiarkan mer.eput begitu sahaja, penduduk kampung mahupun pelancong rata-ratanya tidak bermasalah dengan keadaan sedemikian – baik dari sudut pencemaran bau mahupun pencemaran pemandangan.
Bau b.usuk daripada jasad m.endia.ng kononnya tidak mengganggu kerana tempat-tempat pers.emadi.an berada hampir dengan sebatang pokok banyan tua yang dikenali sebagai Taru Menyan. Bagi masyarakat tempatan, pokok ini juga menyimpan satu legenda tersendiri yang turut terkait dengan kisah penubuhan Kampung Terunyan.
Dikisahkan, pada masa dahulu Taru Menyan mengeluarkan bau yang harum semerbak hingga boleh dihidu oleh empat orang saudara dari Keraton Surakarta. Dek kerana tergamit dengan bauan tersebut, mereka berempat pun meredah lautan dan mengunjungi Trunyan.
Sesampai sahaja di sana, saudara sulung jatuh cinta dengan semangat pokok Taru Menyan lalu mengahwininya. Kemudian, beliau menubuhkan sebuah kerajaan kecil di Trunyan dan dipuja sehingga hari ini sebagai Ratu Sakti Pancering Jagat.
Si raja yang bijaksana menyedari betapa bauan semerbak pokok Taru Menyan boleh menarik perhatian pihak luar sekali gus membahayakan kerajaannya. Oleh kerana itu, beliau melarang ma.yat rakyat jelatanya dike.bum.ikan.
Beliau sebaliknya memerintahkan supaya ia diletakkan di bawah pokok Taru Menyan dan dibiarkan mer.eput begitu sahaja. Dengan demikian, bauan semerbak Taru Menyan tidak lagi tersebar jauh dan pada masa yang sama, ia dapat menenggalami bau b.usuk ma.yat.
Tambahan, Ratu Sakti Pancering Jagat tidak sekadar dipuja sebagai pelindung Kampung Trunyan. Malahan, beliau turut dikaitkan dengan Gunung Batur sebagai lambang kekuatan alam. Dalam kalangan masyarakat tempatan, Ratu Sakti Pancering Jagat dikenali sebagai Datonta dan sebagai tanda penghormatan, mereka mendirikan sebuah tugu khusus di tempat yang hanya dapat dimasuki oleh penduduk tempatan.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (7 Jun 2019). The Deco-mpo-sing Bodies of Skull Island: The Unique F.unerary Custom of Trunyan. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih