Inilah kubur orang kaya terpurba di dunia, punyalah kaya kita boleh nampak barang kemas yang dia pakai pada lengan, baju dan uhh…zakar dia pun ada pakai sarung emas.

Inilah Kubur Varna yang dijumpai di Bulgaria. Kubur ini dijangka wujud sekitar 4600 – 4200 Sebelum Masihi. Sebagai perbandingan, Firaun pertama Mesir Purba wujud pada sekitar 3150 Sebelum Masihi. Jadi, Kubur Varna ni sangatlah purba kalau diikut usia.

Mengikut ahli arkeologi, pada asalnya mereka ingat ni kubur putera raja, tapi sekarang mereka simpulkan ini kubur penempa logam. Walaupun penempa logam, kubur ini mungkin milik penempa logam yang kaya sebab terlalu banyak harta emas dan kayu cokmar. Kubur orang kaya di tapak arkeologi ni pun ada pakai sarung emas pada zakar mereka. Mereka simpulkan penempatan purba Varna ni berdagang garam bukit dan logam ke tamadun lain, dan zaman dulu memang garam dan logam ni komoditi mahal.

Mereka juga dapati penempatan ni ada sistem hierarki, budaya dan kepercayaan agama yang kompleks. Jadi, depa ni takde la primitif mana. Dah berfungsi sebagai masyarakat bertamadun. Lagi lagi bila kita tengok ukiran dan bentuk tempa logam logam emas dalam kubur ni.

Cuma tu la, saya masih dok terfikir kenapa zakar tu perlu bersarung emas. Siapa yang nak tengok? Member tu dah mampus selamat dalam kubur dah.


Nak tahu lagi banyak tentang perkaitan manusia dan budayanya, sila baca Genesis II: Sapien & Neo Manusia. Buku ni boleh dibeli pada: bit.ly/3M4EAhX


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply