Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji arkeologi menemui sebuah kubur besar dipercayai berasal dari era Pe.ra.ng Salib. Mengikut laporan kajian yang diterbitkan jurnal PloS ONE, pasukan dari Universiti Bournemouth, United Kingdom menemui 25 buah rangka lelaki muda dewasa dan remaja tidak jauh dari runtuhan Istana Saint Louis di Sidon, Lubnan.
Secara ringkas, Pe.ra.ng Salib ialah konflik antara kerajaan-kerajaan Kristian Eropah dengan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah dalam merebut Baitulmaqdis. Selepas berjaya menguasai Baitulmaqdis pada 1099, konvoi ten.te.ra-ten.te.ra Eropah ini diusir oleh angkatan Salahuddin al-Ayyubi pada 1189. Sebarang cubaan untuk merampas kembali Baitulmaqdis terus berakhir dengan kegagalan dengan kerajaan Mamluk mengusir saki-baki ketum.bu.kan ini keluar dari Acre dan Tripoli pada akhir abad ke-13.
Begitupun, kebanyakan maklumat tentang konflik berkenaan datang sama ada melalui teks-teks sejarah atau rangka-rangka dari era berkenaan. Sebarang peluang menemui kubur besar era berkenaan amat jarang berlaku. Justeru, menerusi penemuan di Sidon itu, ia memberi peluang kepada sejarawan dan pengkaji arkeologi untuk mendapatkan maklumat baru tentang era Pe.ra.ng Salib.
Analisis DNA dan isotop gigi pada rangka-rangka mendapati sesetengah daripada mereka berasal dari Eropah. Selain itu, mereka turut menemui duit syiling dan kepala tali pinggang yang mempunyai asal-usul Eropah sekaligus mengesahkan dapatan mereka. Kajian radiokarbon mendapati para ten.te.ra Salib ini berkemungkinan hidup pada pertengahan abad ke-13.
Semasa Pe.ra.ng Salib, Sidon merupakan sebahagian daripada kota yang dikawal pihak Salib sejak dari ekspedisi mereka yang pertama. Mereka ini berkemungkinan ten.te.ra yang dibu.nu.h oleh angkatan pe.ra.ng Mamluk semasa menakluk kota berkenaan pada 1253. Bagi ahli arkeologi Richard Mikulski, penemuan ini merupakan satu penemuan istimewa kerana memberi pelbagai maklumat tentang pertem.pu.ran pada Zaman Pertengahan.
Hasil dapatan mereka mendapati kebanyakan rangka ma.ti akibat kecederaan parah yang dicetuskan oleh sen.ja.ta yang digunakan ketika itu. Sesetengah rangka dan ma.ya.t kemudiannya dikumpulkan sebelum dikebumikan dalam satu kubur besar. Sesetengah rangka turut dikesan mempunyai kesan terba.k.ar sekaligus menunjukkan wujud usaha untuk memba.ka.r ma.ya.t.
Disebabkan tarikh yang direkodkan menerusi pentarikhan radiokarbon, ia memberi satu kemungkinan menarik kepada para saintis. Dr Piers Michel, seorang pakar Pe.ra.ng Salib dari Universiti Cambridge percaya pada ketika itu, Raja Louis IX berada di Palestin untuk kempen Salib. Beliau percaya pengurusan kubur besar ini berkemungkinan disertai baginda selepas tiba di Sidon termasuk mengebumikan ten.te.ra-ten.te.ra Salib yang terbu.nu.h.
RUJUKAN:
Hale, Tom. (2021). Mass Grave Of Christian Crusaders Shows DITAPIS Reality Of Medieval DITAPIS. IFLScience.
Sumber gambar: Claude Doumet-Serhal
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih