Semua maklum dengan situasi Covid-19 yang teruk membadai Amerika Syarikat ketika ini. Ketika artikel ini ditulis, AS merekodkan 467, 000 kes dan 16, 700 orang menemui ajal akibat pandemik wabak ini.

Disebabkan situasi ini, rumah-rumah pengebumian sudah tidak mampu mengendalikan bilangan mayat yang banyak. Ini memaksa pihak berkuasa mengambil langkah ini: menggali kubur-kubur besar bagi menempatkan mangsa-mangsa Covid-19 yang telah tiada.

Tak percaya? Boleh lihat video ini:

Rakaman video ini menunjukkan sekumpulan individu memakai sut Hazmat menggali kubur dan menempatkan 40 keranda di kawasan perkuburan Hart Island, Bronx, New York. Dalam situasi normal, 25 mayat akan dikebumikan dalam seminggu.

Tetapi sejak Covid-19 teruk membadai AS terutama New York, jumlah pengebumian yang diadakan semakin kerap dengan 24 pengebumian diadakan setiap hari. Selalunya, kerja-kerja penggalian kubur dibuat banduan dari Penjara Rikers Island tetapi bebanan tugas yang bertambah kini digalas oleh kontraktor.

Bagaimanapun, tidak diketahui berapa banyak mayat yang ditanam tidak mempunyai waris atau tidak mampu untuk dikebumikan. Untuk mengelak lebih banyak tekanan ke atas rumah mayat, New York mengurangkan tempoh masa diperlukan untuk waris menuntut mayat dari rumah mayat.

Menurut Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memberi petunjuk bahawa pengebumian ini hanya bersifat sementara dan waris boleh mengebumikan mereka dengan baik selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Tetapi bagi penduduk New York, mereka seolah-olah tahu bila pandemik sebegini melanda, Hart Island dilihat destinasi yang paling sesuai. Di sinilah kubur-kubur besar digali dan penghuni-penghuninya tidak diberikan sebarang batu nisan sebagai tanda pengenalan.

RUJUKAN:

BBC. (2020). Coronavirus: New York ramps up mass burials amid outbreak. https://www.bbc.com/news/world-us-canada-52241221


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.