Kematian di Itali dah mencecah 4000 orang. Jumlah kes dah nak hampir cecah 50, 000 orang. Ada penambahan 5,986 kes hari ini di Itali. Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegini tiba ke negara kita. Dan China hari ini, menggesa kepada seluruh dunia untuk ikut cara mereka berjaya menewaskan Covid-19.

Ya, lockdown China ialah kuarantin paling ganas, paling draconian, paling diktator dan keras dalam sejarah mana-mana kuarantin dalam sejarah. China sendiri kritik gaya lockdown Itali yang kalau aku baca, yang aku dapati aku dapati takde beza pun dengan Perintah Kawalan Pengerakan kita.

Masa awal-awal dulu, seluruh dunia skeptik dengan cara lockdown China. Tak pernah dalam sejarah dunia, kuarantin melibatkan 11 juta nyawa berlaku seperti di Wuhan. Barat dan Eropah mengkritik gaya China ini yang tidak masuk akal. Dan akhirnya selepas 2 bulan, China melaporkan buat pertama kalinya bahawa mereka tidak memiliki pesakit Covid-19 yang domestik.

Dalam masa sejam sahaja selepas pengumuman lockdown China, pengangkutan masuk dan keluar ke bandar-bandar utama China ditutup! Tidak ada pengecualian hatta atas alasan perubatan atau peribadi. Tak macam negara kita, masa umum Perintah Kawalan Pengerakan, kita semua berpusu-pusu balik ke kampung.

Untuk memandu kenderaan di China ketika lockdown, anda harus memiliki keizinan bertulis daripada pihak berkuasa. Jalan-jalan diseluruh kota dibiarkan kosong dan sunyi. Tak cukup dengan itu, semua perniagaan diminta tutup kecuali berkaitan dengan FARMASI dan MAKANAN sahaja. Setiap isi rumah, perlu hantar seorang wakil setiap 2 HARI untuk membeli makanan basah dan bekalan perubatan.

Rakyat China dalam kuarantin sedang beratur dalam jarak 1 meter menerima makanan.

Lepas tu China siap hantar pegawal-pegawal kesihatan mereka mengetuk rumah demi rumah untuk pemeriksaan kesihatan. Dan mereka yang sakit akan dibawa untuk kuarantin dan isolasi. Sampai satu tahap, dilaporkan ada anak kurang upaya mati kelaparan hanya sebab bapa dan abang dia dipaksa untuk berada dalam isolasi kerana disyaki penghidap Covid-19. Setiap bangunan-bangunan di China akan ada pegawal keselamatan yang memeriksa suhu mereka yang masuk keluar.

China bagitahu kepada dunia, kalau perlu untuk kau heret rakyat kau balik ke rumah dia, buatlah! China bantai anak muda, wanita, hatta orang tua yang degil tak mau duduk rumah. Kalau perlu untuk kau hancurkan gerai-gerai tepi jalan yang berdegil untuk dengar kata-kata pihak berkuasa, maka lakukanlah ia. Kalau perlu untuk pasang banner yang menyindir paling dalam di serata tempat, maka buatlah!

China telah paksa setiap kapitalis-kapitalis yang degil tak mahu tutup syarikat dan kilang mereka supaya bungkam. Yang degil, China heret ke penjara dan denda. Tak lama, sebulan jer duduk diam. Sebulan rugi tak ada masalah berbanding bertahun-tahun lebih kerugian. Sebulan duduk diam tak berkudis dibandingkan untung bertahun-tahun seperti sebelum ini.

Kenapa lockdown draconian ni perlu? Sebab nak pastikan bahawa graf jangkitan berjaya diturunkan. Graf yang menegak memuncak tu perlu diratakan. Dan betapa setiap manusia menjangkiti kepada 2.5 orang disekitar mereka.

Kalau dah sampai ke 10 generasi jangkitan, makanya jumlah kiraan dijangka 3000 orang akan berjangkit daripada seorang manusia sahaja! Bayangkan lebih daripada seorang lagi dengan ada rekod 10 generasi jangkitan yang lain? Nak lawan ni, kena pastikan semua orang duduk rumah, jangan keluar langsung! Sosial antara manusia perlu dihentikan!

Itali terlalu berlembut dalam lockdown mereka. Itali membenarkan pengangkutan awam berjalan seperti biasa. Itali membenarkan orang bersesak-sesak di supermarket, takde social distancing, dan rakyat Itali terlalu manja. Baru buat lockdown sikit, rakyat deme lari balik kampung macam orang Malaysia.

Kapitalism, Individualism, atau nak panggil apa sahaja berkaitan dengannya sedang membunuh Eropah dan US, dan juga negara kita dalam melawan Covid-19.

Kalau buat macam China, Eropah dan US akan menelan segala tohmahan mereka ke atas China yang dianggap melanggar hak asasi manusia, dan mencabul kehormatan masa awal lockdown. Tapi tak apa, kali ini, jilatlah ludah kamu balik wahai US dan Eropah. Apalah sangat jilat ludah-ludah kalian kalau dapat menyelamatkan nyawa manusia.

Di luar China, US dah cecah 18,121, dengan penambahan dalam 4000 kes hari ini! Jerman dah hampir mencapai 20, 000 kes dengan penambahan hari ini dalam 5,986 orang! Sepanyol dah cecah lebih 20, 000 dah kes hari ini.

China yang selepas angka 80, 000 dah tak ada penambahan angka terlalu kritikal telah menggesa kepada dunia, inilah masanya untuk lupakan seketika segala ideologi woke, SJW dan liberal yang sedang dianut oleh negara-negara ini.

Sementara seluruh dunia sedang bergelut, di Wuhan, setiap bangunan mereka merayakan kejayaan mereka menentang Covid-19.

“Wuhan sudah menang!” (rujuk gambar).

China berjaya flattened the curve! Kalau Eropah dan US nak lawan malapetaka yang sedang berlaku di negara mereka, mereka kena jadi macam China!

Buat lockdown paling draconian dalam sejarah mereka! Abaikan sejenak ideologi hak asasi individu, kebebasan mereka. Kerana ada kalanya, kebebasan harus dikorbankan demi sesuatu yang lebih baik. Nasib tamadun manusia bergantung pada tangan-tangan pemimpin negara ini.

Rakyat pula, harus tahu bahawa tugas mereka duduk rumah ialah sebahagian daripada tugas sivil untuk negara, ia sama seperti setiap orang tentera berjuang di bahagian hadapan negara menghadapi musuh.

Dan untuk negara kita, abaikan apa DAP dan Anwar Ibrahim cakap. Bagus, kerah tentera untuk pastikan rakyat kita duduk dalam rumah. Kalau boleh, heret FRU sekali turun. Kalau boleh, pancut air, baling gas pemedih mata kepada mereka yang degil berkumpul.

Kita harus jadi draconian macam China kalau nak selamat!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.