Khulafa Ar-Rasyidin (Zaman Pemerintahan Empat Khalifah)
1. Khalifah Umar menggerakkan segala kekuatan pasukan Islam ke seluruh penjuru kawasan jajahan empayar Rom dan Parsi. Kedua empayar besar yang baharu sahaja menamatkan perang Rom-Parsi (602 M-628 M) terpaksa menghadapi tentangan kuasa lain dari tanah Arab.
2. Kuasa kepimpinan pasukan tentera Islam akhirnya diserahkan secara rasmi oleh Khalifah Umar al-Khattab kepada panglima Abu Ubaidah al-Jarrah menggantikan posisi panglima Khalid al-Walid setelah berakhirnya kemenangan Islam di dalam pertempuran Yarmuk 636 M.
3. Panglima Abu Ubaidah mendapat perintah Khalifah Umar untuk membebaskan Baitulmaqdis setelah berjaya mengalahkan pasukan Rom Byzantine di Pertempuran Ajnadin 634 M.
4. Kejatuhan kota Sabtah, Gaza, Nablus, Bait Jibrin dan beberapa kota lainnya ke tangan pasukan pimpinan panglima Abu Ubaidah membuka jalan luas untuk mereka menuju ke Baitulmaqdis.
• Pengepungan bermula dalam bulan November 636 M.
5. Setelah enam bulan pengepungan tidak membuahkan hasil ke atas kedua belah pihak. Kota Baitulmaqdis yang dipertahankan oleh benteng yang kuat dan kekuatan para penduduknya yang berjuang bermati-matian menyulitkan panglima Abu Ubaidah untuk mengambil alih kota tersebut.
6. Ketua paderi Kristian di Baitulmaqdis pada masa itu, Saint Sophronius akhirnya mengambil kata putus untuk menyerahkan kota Baitulmaqdis secara aman tetapi dengan syarat, kunci kota ini wajib dibuka oleh Khalifah Umar sendiri.
7. Panglima Abu Ubaidah menghantar surat kepada Khalifah Umar. Setelah bermusyawarah dengan ahli majlis Syura, Khalifah Umar pun mengambil jalan untuk pergi ke kota Baitulmaqdis dan menunjukkan Ali bin Abu Thalib sebagai wakil khalifah di kota Madinah.
• April tahun 637 M.
8. Khalifah Umar tiba ke luar kawasan benteng kota Baitulmaqdis dan disambut oleh Abu Ubaidah, Khalid al-Walid, Yazid Abu Sufian dan beberapa sahabat yang lain.
9. Kota Baitulmaqdis diserahkan kepada Khalifah Umar oleh Saint Sophronius sesuai perjanjian yang disepakati.
Azan bergema pertama kali di bumi Baitulmaqdis yang dialunkan oleh Bilal bin Rabah.
10. Khalifah Umar menemui tapak runtuhan Bait Suci yang dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk Baitulmaqdis.
Khalifah Umar turun tangan membersihkan kawasan ini dan memerintahkan supaya membina sebuah masjid. Masjid yang dinamakan Masjidul Umari dibangunkan berdekatan dengan batu yang dimuliakan, as-Sakhrah al-Musyarrafah.
11. Kota Baitulmaqdis berada di bawah kekuasaan Muawiyah bin Abu Sufian, khalifah pertama Bani Umayyah yang serta-merta mengakhiri pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.
Perpindahan kuasa ini berlaku setelah Khalifah Hassan bin Ali menyerahkan kerusi kepimpinan Amirul Mukminin kepada Muawiyah pada ‘Tahun Perdamaian’ seterusnya mengakhiri tragedi panjang ‘Fitnah Pertama’.
Kerajaan Bani Umayyah (661 M-750 M)
1. Zaman pemerintahan pun berubah dari kekuasaan majlis Syura Khulafa ar-Rasyidin ke tangan penguasa monarki kabilah Arab yang paling berkuasa, Bani Umayyah.
Kesucian kota Baitulmaqdis masih dijaga walaupun bertukarnya tampuk pemerintahan.
2. Pada zaman pemerintahan pengasas Dinasti Bani Umayyah, Muawiyah bin Abu Sufian memperluaskan tapak dan memperbesarkan ruangan Masjid al-Aqsa.
3. Khalifah Abdul Malik bin Marwan memerintahkan pembinaan Kubah as-Sakhrah. Pembinaan bangunan ini diketuai oleh dua orang arkitek iaitu Raja bin Hiwah al-Kanadi dan Yazid bin Sallam.
Pembangunan binaan ini bermula pada tahun 685 M dan berakhir pada tahun 691 M.
4. Di bahagian utara kompleks al-Aqsa dibinanya sebuah bangunan Baitulmal yang fungsinya untuk menyimpan segala harta negara yang khusus untuk membiayai segala projek penambah-baikkan, pengubahsuaian mahupun pembaikian ke atas kompleks ini.
Dengan diletakkannya sebuah Baitulmal, maka jelaslah menunjukkan yang Khalifah Abdul Malik ingin menjadikan Baitulmaqdis sebagai sebuah kota tumpuan di dalam wilayah Palestin.
Fungsi perletakkan Baitulmal ini di Baitulmaqdis menjelaskan tujuan utama kerajaan Bani Umayyah. Tujuannya didasarkan dengan bukti pembinaan Baitulmal yang lain iaitu di Mesir dan Syria yang dikenali pada waktu itu, merupakan dua buah kota yang paling sibuk dengan aktiviti perdagangan.
5. Dalam buku ‘Muqarnas: An Annual on the Visual Culture of the Islamic World’ dinyatakan tentang al-Muhallabi, seorang ilmuwan geografi dari Dinasti Fatimiyyah mengatakan yang Khalifah al-Walid I memulakan projek pembangunan kompleks al-Aqsa dengan membina Kubah as-Sakhrah, Masjid al-Qibli dan membina empat binaan kubah lainnya, iaitu:
a. Kubah al-Mi’raj (Dome of the Ascension).
b. Kubah al-Silsila (Dome of the Chain).
c. Kubah al-Mizan (Dome of the Judgement).
d. Kubah al-Mahshar (Dome of the Gathering).
Kebanyakan kubah-kubah ini hanyalah semata-mata sebagai suatu simbol peringatan/keagamaan atau dalam bahasa mudahnya ‘memorial statue’ yang disetiap tapak binaan kubah-kubah itu ada sejarahnya tersendiri dalam kepercayaan agama Islam.
Nota: Mengikut catatan sejarah lainnya, Kubah al-Mi’raj sebenarnya dibina sebagai tempat suci (chapel) oleh tentera Salib ketika pendudukan mereka di Jerusalem setelah tamat era Perang Salib Pertama.
6. Melalui sumber buku ‘Cairo, Jerusalem and Damascus’, David Samuel Margoliouth menyatakan tentang pintu-pintu gerbang kompleks al-Aqsa ditampal dengan kepingan emas dan perak.
Sumber lain mengatakan yang pintu gerbang ‘Bab ar-Rahmah’ dan ‘Bab al-Nabi’ ditampal dengan kepingan emas dan perak atas arahan Khalifah Abdul Malik.
Nota:
a. Bab ar-Rahmah (Gate of Mercy) dan Bab an-Nabi (Gate of Prophet).
b. Gambar di atas adalah lukisan kompleks al-Aqsa pada zaman pemerintahan Bani Umayyah oleh pelukis Leen Ritmeyer.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih