Dalam buku Dunia Tanpa Tembok saya ada sebut “geografi adalah takdir” (geography is destiny). Maksudnya, keadaan atau kedudukan geografi sesebuah negara akan menentukan samada ia akan menjadi negara kuasa besar atau kuasa kecil, negara stabil atau negara bergolak, negara demokratik atau negara autokratik.
Itu yang berlaku pada Maldives, negara kepulauan di Lautan Hindi yang terkenal sebagai “island paradise” dengan pantai dan air lautnya yang menarik ribuan pelancong asing. Namun “paradise” ini bakal menjadi “hell” sekiranya krisis politik yang sedang berlangsung tidak ditangani dengan baik.
Pada 1 Februari yang lepas, Mahkamah Agung Maldives telah membersihkan Mohamed Nasheed, bekas presiden Maldives dan kini pemimpin pembangkang serta 12 orang lagi ahli parlimen parti pembangkang daripada semua tuduhan jenayah yang menyebabkan Nasheed mencari suaka di Britain sejak tahun 2016. Takut dengan kehilangan kuasa, presiden Abdulla Yameen telah mengarahkan tentera untuk mengawasi bangunan parlimen dan menangkap 12 orang tersebut.
Terdapat dimensi geopolitik di sebalik pergelutan politik ini. Dari segi jarak, Maldives berada dalam lingkungan pengaruh (“sphere of influence”) India. Pada masa yang sama, Maldives juga berada di laluan komunikasi laut (“sea lines of communication”) China. Ini menyebabkan Maldives menjadi rebutan antara India dan China. Nasheed adalah seorang pro-India manakala Yameen pro-China.
Maldives menerima kunjungan Xi Jinping pada 2014 yang merupakan lawatan pemimpin China pertama ke Maldives dalam sejarah moden Maldives. Yameen memberi sokongan penuh kepada projek “Maritime Silk Road” (MSR) China yang bertujuan untuk melindungi laluan komunikasi lautnya, manakala Nasheed membantah penglibatan Maldives dalam MSR dan mengugut untuk membatalkan semua projek China sekiranya memenangi pilihanraya. Pendirian Nasheed adalah dipengaruhi oleh pendiriannya yang pro-India di mana MSR dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan dan kepentingan India.
India tak pernah gemar dengan idea MSR. Bagi India, MSR umpama sebuah rantai leher (“string of pearls”) yang bakal menjerat lehernya. India menganggap pembinaan pelabuhan oleh China di negara-negara jiran India termasuk Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan dan Maldives sebagai satu strategi pengepungan (“encirclement”) terhadap India dan juga percubaan untuk menguasai Lautan Hindi. Dalam pemikiran orang India, “whoever controls the Indian Ocean has India at its mercy”. Jadi India mahu mencari “breakthrough” untuk memecahkan pengepungan China.
Pertama sekali, India mewujudkan breakthrough melalui Garis A iaitu menerusi Iran. Sejak Modi menjadi PM India bermula tahun 2014, India menjalin kerjasama rancak bersama Iran untuk menaiktaraf Pelabuhan Chabahar sebagai “counter” kepada Pelabuhan Gwadar yang dibina oleh China di Pakistan. India juga mendanai pembinaan rangkaian jalan raya dan keretapi yang menghubungkan Chabahar dan Afghanistan. Dengan itu India berjaya menemui jalan keluar di sebelah barat.
Di sebelah timur (Garis B), Modi memperkenalkan dasar “Act East” untuk merapatkan India dengan negara-negara Asia, terutamanya Jepun dan Indonesia. Modi menyokong idea Shinzo Abe untuk mewujudkan perikatan “Quad” antara Jepun, India, Australia dan US untuk mengimbangi China. Pada masa yang sama, Modi dan Pak Jokowi menjuarai gagasan “Indo-Pacific” yang turut disokong oleh Donald Trump.
Jadi tak perlu hairan sekiranya apa yang berlaku di Maldives sekarang merupakan strategi “Garis C” untuk memecahkan pengepungan China di selatan. Dengan mempengaruhi politik dalaman Maldives, India boleh menguasai halatuju dasar luar Maldives dan menarik balik sokongan Maldives terhadap China untuk “disrupt” geo-strategi China dan memastikan kelangsungan hidup India.
Malah garis masa pergolakan di Maldvies cukup mencurigakan. Sebaik saja Yameen membuat lawatan ke China pada Disember 2017 yang lepas dan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan China, terus berlaku pergolakan. Kebetulan? Atau dirancang?
Itulah takdir yang perlu dihadapi oleh negara seperti Maldives: campur tangan daripada negara-negara asing yang masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Adakah negara kita juga akan mengalami takdir yang sama, dan lebih penting, apakah cara untuk mengatasi takdir tersebut?
Takkanlah saya nak bagitahu terus di sini, lainlah kalau saya penasihat dasar luar negara.
(tulisan dan garisan dalam gambar agak hodoh, sebab ia hasil contengan semasa dalam mesyuarat)
Bacaan lanjut:
[1] Sreeram Chaulia, Modi Doctrine: The Foreign Policy of India’s Prime Minister (Bloomsbury, 2016)
[2] Jangannath P. Panda, India-China Relations: Politics of Resources, Identity and Authority in a Multipolar World Order (Routledge, 2017)
[3] Andrew Korybko, “Is Modi Carrying Out a Coup in the Maldives?” (http://
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih