Pada penghujung 2050, populasi global akan meningkat sehingga 9.6 billion orang. Pada skala semasa produksi pertanian, dunia memerlukan ia ditingkat dua kali ganda bagi menampung jumlah setinggi 9.6 billion. Pada ketika inilah, negara yang dimana bekalan makanannya tidak mempunyai jaminan makanan akan berhadapan dengan ketidakstabilan manakala negara yang mempunyai jaminan makanan yang cukup akan memiliki kuasa yang baru.

Disamping peningkatan populasi dunia itu, ia juga menunukkan bahawa jangka hayat hidup manusia juga semakin bertambah dengan peningkatan kualiti perubatan dunia seiring bertambah  baiknya teknologi. Dalam masa yang sama, peningkatan kelas pertengahan di negara-negara membangunkan meningkatkan pengunaan makanan. Tambahan pula tentunya pertukaran diet pemakanan yang lebih memerlukan pengambilan protein.

Namum, di samping sisi permintaan, sesuatu sedang berpaku pada pihak pengeluaran. Urbanisasi yang sedang berlaku sedang meningkat tanah-tanah untuk aktiviti pertanian. Pengidustrian yang sedang giat berlaku tentunya akan mengurangkan juga tenaga pekerja bagi sektor pertanian. Tentunya lagi dengan pertukaran iklim dan pemanasan global akan menyebabkan juga kekurangan sumber pertanian dan juga kurangnya tanah yang subur.

Krisis-krisis makanan diseluruh dunia berlaku bukanlah omongan kosong. Sebagai contoh pada tahun 2002-2003, El Nino telah melanda Australia lalu mengakibatkan salah satu daripada kemarau paling dasyat dalam sejarah Australia. Hasil pertanian pada musim sejuk Australia jatuh sehingga 37 juta tan, dan ini mengakibatkan Australia mengalami krisis kekurangan pembekalan makanan sehingga harga gandum meningkat sehingga 50 peratus.

Pada tahun 2011, Australia sekali lagi menjadi mangsa apabila banjir melanda negara tersebut apabila hujan yang turun diluar jangkaan. Ia telah memberi kesan pada bekalan gandum dan mengakibatkan kekurangan dalam bekalan gandum sehingga harganya melonjak mencapai lebih 50 peratus.

Tidak dilupakan juga tentang Pusaran kutub (disebut juga siklon Arktik, siklon sub-kutub, dan pusaran sirkumpolar) di Amerika Utara yang mengakibatkan masalah logistic yanga khirnya membuatkan peningkatan 35 peratus harga komoditi berkaitan dengan petanian.

Tentunya bercakap mengenai “food security” dunia, kita tertanya-tanya, bagaimana dengan Malaysia? Saya ada berita buruk untuk anda. Bekalan makanan di Malaysia pada tahun 2016 mampu bertahan hanya selama 39 hari, ia adalah rendah berbanding dengan piawaian ASEAN bahkan 51 lebih rendah dari purata utama dunia.

Hasil daripada kajian menunjukkan betapa Malaysia terlalu bergantung pada import makanan dari seluruh dunia. Dalam infografik yang saya sertakan dibawah, Malaysia diletakkan di kategori nombor satu iaitu sebuah negara yang terlalu bergantung kepada sumber dari luar Malaysia dan mempunyai kapabiliti yang sangat singkat dalam produksi makanan.

Justeru, usaha perlu dijalankan untuk memastikan keselamatan makanan di negara terjamin, dan dalam masa yang sama membina model ekonomi yang tidak terlalu bergantung kepada pengeluaran makanan luar. Ini berbeza dengan negara jiran kita misalnya, walaupun kekurangan sumber bumi untuk pertanian, tetapi mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk mengimport makanan.

Antara bekalan makanan Malaysia disaat ini yang saya kira perlu diperhalusi ialah bekalan gandum negara. Pengimportan gandum pada tahun 2017 adalah pada tahap 1.7 juta tan metrik (MT) berbanding beras iaitu pada 1.15 juta tan metrik. Peningkatan penggunaan komoditi ini adalah sebanyak 60 peratus dari tahun 2008 ke 2017. Ini bermakna gandum sudah menjadi sebahagian daripada makanan ruji masyarakat Malaysia setiap hari.

Setakat ini untuk rekod, Malaysia lebih banyak mengimport daripada negara seperti Ausrralia di mana 905 juta tan metric (MT) pada tahun 2015, manakala angka pada tahun 2016 pula mencatatkan setinggi 862 Juta MT. USA menduduki di tangga kedua manakala Ukraine mengekori rapat.

Dalam siri gandum dalam artikel kami yang lepas, kami mencadangkan bahawa antara sebab walau harga pasaran gandum dunia semakin turun, namun harga gandum negara terus meningkat adalah atas faktor Singapura menjadi “orang tengah” kepada kemasukan komiditi gandum dan bijirin ke dalam negara kita.

Fakta menariknya, Malaysia tidak menghasilkan bijirin, ia bergantung sepenuhnya kepada pengimportan bijirin untuk memenuhi kehendak pemakanan rakyat. Namun, pembekalan bijirin negara dikawal oleh sekumpulan syarika-syarikat asing. Dalam masa yang sama, tiada penguatkuasaan mengenai pengimportan ataupun kawalan harga komoditi bijirin.

Kerajaan juga perlu tahu bahawa sebagai negara yang bergantung kepada import dari segi makanan,perjalanan Malaysia masih jauh untuk menjadi sebuah negara yang ‘Food Secured”.  Negara kita terdedah kepada faktor luar yang sering menyebabkan kejutan bekalan dan lonjakan harga. Keadaan bakal membawa ancaman dari sudut pembekalan makanan negara. Pendapatan rendah per kapita negara berbanding negara maju yang lain turut menurunkan kemampuan makanan dan usaha perlu dibuat.

Kerajaan perlu prihatin terhadap keadaan dan isu pembekalan makanan negara dan mengambil langkah untuk memperkenalkan ‘central importer’/ pengimport tunggal. Gejala ini boleh membawa kepada amalan ‘transfer pricing’, yang terpaksa ditanggung oleh pengguna di negara kita. Ini ialah faktor utama kenapa harga gandum negara berterusan naik walaupun harga pasaran dunia.

Kaedah pengimport tunggal ini jelas menyelamatkan Arab Saudi dan Mesir daripada mengalami masalah yang sama. Contohnya, Mesir memperkenalkan General Authority for Supplies and Commodities (GASC) manakala Arab Saudi terkenal Grain Silos and Flour Mills Organization (GSFMO). Sebelum gandum menjadi mangsa, lalu memberikan kesan kepada food security negara kita, kaedah pengimport tunggal ini dilihat terbaik dalam mengawal pasaran gandum negara, sekaligus menjami bekalan makanan negara kita!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.