Banyak negara dalam dunia ini tidak berlaut. Kekurangan ini memberikan kesan besar terhadap kebolehtumbuhan sebuah ekonomi

Jadi dengan jalinan globalisasi, beberapa negara berkenaan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini

Tetapi Uzbekistan tidak boleh berbuat apa-apa, kerana sudahlah tiada laut – negara ini merupakan salah satu daripada dua negara yang dikelilingi negara-negara tidak berlaut.

Satu masa dahulu walau bagaimanapun, Uzbekistan mempunyai sebuah laut yang digunakan banyak kapal.

Selat Melaka misalnya mempunyai keluasan 65,000 km², besar dan penting untuk ekonomi. Laut Aral mungkin tidak penting seperti Selat Melaka, tetapi ia mempunyai keluasan 68,000 km² jelas sekali lebih besar.

Kapal-Kapal Rusia Dilukis Taras Shevchenko (1848)

Tetapi satu masa dahulu juga, Uzbekistan merupakan sebahagian daripada Kesatuan Soviet yang berpusat di Moscow

Jadi Laut Aral pun senang kata dimiliki sebuah empayar komunis yang berkepentingan. Laut yang mewah dengan kapal dan ikan sekarang ini menjadi padang jarak bergaram.

Kapal Yang ‘Terapung’ Di Atas Tanah

Laut Aral telah surut begitu teruk sehingga hilang dari peta, sekali gus mer0mp4k Uzbekistan dan Kazakhstan sepenuhnya

Kejadian ini bermula sekitar 1960-an, dibawah pemerintahan Nikita Khrushchev bersama Leonid Brezhnev (Moscow) dan Sharof Rashidov bersama Rahmankul Kurbanov (Tashkent).

Kerajaan Soviet telah mengalihkan aliran sungai Syr Darya ke Lembah Ferghana bagi tujuan pertanian di sebidang tanah 20,000 km².

Secara berperingkat, Laut Aral yang mandiri menjadi mandul. Ia menyusut sehingga tahun 1997 apabila Laut Aral hanya ada 10 peratus sahaja.

Penyusutan ini digelar antara krisis alam paling teruk di dunia. 40,000 nelayan (satu per enam daripada jumlah industri dalam Soviet) hilang punca pendapatan, sehingga industri perikanan runtuh terus.

Sedangkan Laut Aral dulu penuh dengan ikan. 20 spesis ikan yang berzaman hidup di situ pun mengalami kepupusan kerana air terlalu masin (dan terc3m4r).

Pelabuhan yang pernah menempatkan nelayan berkilometer jauh daripada pesisiran angkara penyusutan.

Sungai-sungai Amu Darya dan Syr Darya pernah didiami spesis muskrat

Haiwan ini selalu ditangkap bagi tujuan industri kulit. Setiap tahun 500,000 kulit muskrat dibuat. Tanpa Laut Aral, industri ini pun runtuh.

Dataran kosong ini tidak boleh diusahakan untuk apa-apa jua sektor pun. Sejak 1960-an, Soviet yang ghairah dengan industri pertanian telah menggunakan baja kimia bagi menyuburkan pokok kapas.

Sisa baja ini dibawa hujan ke sungai yang akhirnya mengalir ke Laut Aral. Jadi dataran kosong ini mempunyai tanah tidak berkualiti angkara bahan kimia baja, juga ujian persenj4t4an dan projek perindustrian.

Dengan air kian surut, bahan kimia semakin terkumpul ke satu tempat (mengikut penyusutan). Jadi tanah di bekas Laut Aral terlalu teruk terc3m4r sehingga rakyat berhampiran mengalami masalah kesihatan.

K4ns3r dan peny4k1t paru-paru kerap dilaporkan, begitu juga dengan masalah penghadaman dan kejadian anemia.

Ribut pasir menyebabkan peny4k1t mata, ginjal dan hati. Bagi setiap 1,000 bayi dilahirkan, 75 mesti m4t1. Ribut pasir juga menyebabkan kekurangan bekalan air.

Suhu kawasan pun berubah antara 2ºC hingga 6ºC, menyebabkan musim panas lebih panas dan musim sejuk lebih sejuk

Semua ini merupakan dosa besar yang ditanggung Soviet. Kerajaan Uzbekistan dibawah Shavkat Mirziyoyev walau bagaimanapun berhasrat untuk mengembalikan Laut Aral, suatu projek berkos sangat tinggi.

Untuk mengembalikannya, lima negara sekeliling perlu berganding bahu. Air daripada Laut Caspian perlu dipam ke kawasan ini, kemudian dicampur dengan air tawar

Tetapi setakat ini belum ada kejayaan besar yang boleh dilaporkan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.