Sehingga ke hari ini, masih ramai yang tidak beberapa jelas dengan sistem yang Malaysia gunakan. Persoalan adakah Malaysia menggunakan sistem strict separation of power ataupun check and balance masih tidak jelas. Adakah badan eksekuti paling berkuasa? Atau badan perundangan yang paling berkuasa? Bagaimana pula dengan badan kehakiman? Boleh ke badan-badan yang lain campur tangan dalam badan kehakiman?

Pada mulanya, mungkin di antara kita ada yang rasa bahawa pihak kerajaan atau badan eksekuti tidak boleh masuk campur kuasa badan kehakiman. Namun mengikut sejarah, memang jelas pernah berlakunya campur tangan dalam badan kehakiman secara besar-besaran.

Mengenali tiga badan utama di Malaysia, badan eksekutif yang diketuai Perdana Menteri secara praktikal adalah antara badan yang flexible dan boleh bertukar sekiranya kerajaan bertukar. Badan perundangan pula terdiri daripada Parlimen yang juga berubah mengikut wakil yang memenangi kerusi semasa Pilihan Raya. Manakala badan kehakiman sahaja yang tidak berubah mengikut kerajaan atau Pilihan Raya.

Antara 8 Perdana Menteri yang kita ada, Tun Mahathir seorang sahaja yang paling kerap meminda perlembagaan. Memandangkan semasa itu kedudukan Tun Mahathir sangat kukuh dan tiada masalah untuk mendapatkan 2/3 sokongan ahli parlimen untuk meminda Perlembagaan, bagi Tun Mahathir, meminda Perlembagaan itu bukanlah satu masalah baginya.

Namun, pada tahun 1988, pindaan terbesar yang mengubah kuasa badan kehakiman telah berlaku. Dengan 2/3 sokongan ahli parlimen, kerajaan pimpinan Tun Mahathir berjaya meminda Perkara 121(1) dengan menggugurkan terma “judicial Power” dan secara tidak langsung mengurangkan kuasa kehakiman. Sebelum ini, Perkara 121(1) menerangkan bahawa “the judicial power of the federation shall be vested into High Courts of co-ordinate jurisdiction and status…” dan kini ianya hanya “there shall be two High Courts of co-ordinate jurisdiction”

Mungkin bagi kita rakyat marhaen, penukaran ayat itu bukanlah satu perkara yang besar, tapi bagi badan kehakiman, pindaan ini amat mengecewakan. Susulan dari itu, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Allahyarham Tun Salleh Abas telah memanggil satu mesyuarat bersama 20 Hakim Mahkamah Agung dan berpendapat bahawa perkara ini perlu disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tidak lama selepas surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tun Salleh Abas telah digantung jawatan dari Ketua Hakim Negara. Bukan itu sahaja, Tun Salleh Abas kemudian dihadapkan ke tribunal tatatertib yang kemudiannya beliau mencabar keperlembagaan tribunal tersebut.

Berpihak kepada Tun Salleh Abas, Mahkamah Agung kemudian memberikan perintah interim ke atas tribunal tersebut. Hakim-hakim yang memberi perintah itu adalah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Seah.

Seperti nasib Tun Salleh Abas, kelima-lima Hakim ini pula digantung jawatan, dengan Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh serta Datuk George Seah yang akhirnya dipecat. Betapa dahsyatnya konflik pada masa itu sehingga Hakim-hakim yang terlibat sanggup menggadaikan jawatan dan kuasa demi mempertahankan masa depan badan kehakiman.

elepas beberapa tahun kes ini berlarutan, pada tahun 2008, kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membayar pampasan ex-gratia yang bermaksud ganti rugi bernilai RM10.5 Juta kepada Tun Salleh Abas dan kelima-lima Hakim yang digantung tugasnya. Kemenangan bagi Hakim-hakim ini tapi satu kekalahan buat badan kehakiman.

Kesan pindaan tersebut telah menurunkan kuasa badan kehakiman yang memberi impak sangat besar kepada had dan skop kuasa badan tersebut. Namun, sejarah pahit buat badan kehakiman ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Kuasa badan kehakiman harus setaraf dengan badan-badan yang lain agar konsep check and balance mampu berjalan secara efisien.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

To learn is a blessing but to share is truly an honour

Comments are closed.