Serangan anjing liar bukanlah suatu perkara yang baharu. Setiap masa berlaku keceder4an, seseorang itu ialah mangsa kepada suatu krisis yang sangat serius tetapi kurang ditekankan. Pengaruh Islam di Malaysia juga membuat sedikit stigma kemasyarakatan, yang mana salahfaham mengenai status anjing diperkudakan sebagai isu. Itulah nasib yang menimpa dua agensi kerajaan Negeri Sembilan yang terpaksa memohon maaf selepas mengakui membvnvh lapan anjing liar.

Bagi sesetengah organisasi, perbuatan tersebut ialah suatu kez4liman. The Star juga memberikan sebuah paparan khas kepada seorang lelaki dari Muar bernama Anthony Joseph yang menempelak Negeri Sembilan. Permohonan maaf kerajaan negeri ditolak kerana amalan pemb4smian anjing-anjing liar tetap akan diteruskan “tanpa malu atau rasa bersalah”. Situasinya begini: ancaman terhadap masyarakat tidak sepenting nyaw4 anjing-anjing liar. Dan perkara ini ialah suatu hipokrasi yang nyata.

Apabila berbicara tentang hipokrasi ini, kes Brianna perlu dipetik semula. Sekitar tahun 2014, seekor anjing Rottweiler dipanah oleh seorang lelaki berbaju Melayu dan berkopiah. Maka bertebaranlah suara-suara yang mengecam lelaki tersebut. Segala tohmahan dan carutan dilemparkan tetapi seberapa ramai yang menyentuh tentang isu pokok tentang anjing liar itu sendiri.

Umumnya membvnvh anjing secara sewenang-wenangnya ialah suatu kesalahan, tiada bantahan. Namun hipokrasi yang meletakkan kepentingan kepada nyaw4 anjing itu sendiri suatu kejutan. Dalam suatu nafas seharusnya diakui bahawa anjing-anjing liar ialah ancaman. Ramai dalam kalangan penunggang motosikal terutamanya penghantar makanan mempunyai pengalaman dikejar anjing tanpa sebab pun.

Salah satu contoh dimuatnaikkan dalam bentuk video oleh seorang pengguna bernama Omar Hanif Ismail: https://www.facebook.com/omar.hanif.52/videos/2859389514072171/

Sudahlah dikejar, terlanggar pula kereta. Setelah berlaku kemalangan, anjing liar tersebut pun berakal untuk meloloskan diri. Dan menariknya, ini bukan kes pertama bagi bulan ini. Seorang kanak-kanak di Port Dickson telah terceder4 dik0yakkan seekor anjing liar. Mangsa juga terceder4 di bahagian leher, dimana urat nadi jika terputus boleh menyebabkan kehilangan nyaw4 pun.

Dan betapa senyapnya para netizen yang begitu gah mengecam dalam kes Brianna. Kes yang sama juga berlaku di luar negara. Seorang kanak-kanak India berusia sama dalam keadaan kr!tikal selepas mukanya dik0yak r4bak beberapa ekor anjing. Dalam negeri  tersebut, tempoh 10 bulan ini menyaksikan laporan s3rangan anjing sebanyak 92,000 kes.

Tujuh orang di Thiruvananthapuram terceder4 pada 30 Oktober 2019 selepas diserang seekor anjing. Begitu juga di kampung Pandigaon, Odisha, yang mana 11 orang digegaskan ke hospital dalam keadaan serius. Senang kata, seluruh dunia berdepan krisis yang sama. Secara tiba-tiba, tindakan daripada pihak berkuasa boleh pula dikecam atas platform moral seolah-olah nyaw4 anjing-anjing liar ini lebih penting daripada fungsi masyarakat itu sendiri.

Najis anjing liar boleh menyebabkan jangkitan leptospirosis dan toxocariasis kepada manusia. Jangkitan boleh bermula jika najis ini disentuh yang bakteria memasuki rongga hidung, kulit, mata dan mulut. Dan setiap tahun, dijangka sekurang-kurangnya 60,000 orang m4ti kerana jangkitan anjing liar, belum lagi dikira dengan penyakit anjing gila.

Namun golongan liberal lebih rela berkhayal dalam falasi moral bahawa anjing seharusnya dilayan dengan penuh kasih sayang. Krisis anjing liar ini berlaku kerana pembuangan. Secara kebiasaannya, anjing yang dibuang kemudian beranak-pinak dan meneruskan legasi keliarannya dalam buangan. Disebabkan itulah anjing peliharaan perlu dimandulkan terlebih dahulu, supaya kem4tiannya dalam buangan tidak akan mencetuskan isu kronik. Begitu juga dengan kucing sebagai contohnya, tetapi isunya tidak hangat sebab jarang sekali kucing mencetuskan masalah seperti anjing.

Pihak berkuasa tidak seharusnya dianiayai dengan penghapusan hak dalam menguruskan populasi anjing. Jika begitu sayangkan anjing, disarankan seluruh masyarakat yang boleh memelihara anjing mengambil seekor. Namun keengganan untuk menyertai suatu perjuangan bersifatkan empati ini hanya meninggalkan satu solusi sahaja. Dan kebenaran ialah pahit. Jika pihak berkuasa tidak boleh menghapuskan, percayalah – rakyat sendiri akan mengambil tanggungjawab tersebut.

Dan pada masa itu, bukan anak panah yang akan dipilih. Sebaliknya, r4cun merupakan langkah mudah yang merupakan perkara biasa di luar sana. Kalau tidak percaya, sila buat temubual di kedai-kedai makan dan kenalpasti betapa traumanya pemilik kerana terlalu masak melihat kucing dan anjing liar dir4cunkan sampai m4ti dalam keadaan ng3ri. Sekurang-kurangnya pengurusan populasi dibawah pihak berkuasa lebih berempati.

RUJUKAN:

Bernama. (2019, Ogos 12). Polis bvru individu p4nah anjing sampai m4ti. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/595549/polis-bvru-individu-p4nah-anjing-sampai-m4ti

Hedgpeth, D. (2019, November 15). Woman critically injur*d in Maryland pit bull att*ck. Retrieved from https://www.washingtonpost.com/local/public-safety/dog-sh*t-d*ad-after-attack-on-woman-in-maryland/2019/11/14/8499f0a6-06da-11ea-ac12-3325d49eacaa_story.html

Joseph, A. (2018, September 10). K*lling will not solve the problem of str*ys. Retrieved from https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/09/10/k*lling-will-not-solve-the-problem-of-strays

Larik, N.  (2019, September 15). Six-year-old cr*tical after dog attack in Larkana. Retrieved from https://www.samaa.tv/news/2019/11/six-year-old-cr*tical-after-dog-attack-in-larkana/

The Star Online. (2018, September 8). Negri govt apologises for public 3uth4nasia of 8 stray dogs. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/08/negri-govt-apologises-for-3uth4nasia-of-stray-dogs/

Zakaria, M.K. (2019, November 15). Kanak-kanak c*der* dig*git anjing luar. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/517587/kanak-kanak-ceder4-digigit-anjing-liar?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.