Dalam mitos Eropah Tengah, Krampus adalah makhluk bertanduk, bertubuh separuh kambing dan !blis yang apabila tiba musim Hari Natal, tugasnya menghvkum kanan-kanak yang nakal. Perwatakannya ini bertentangan dengan St. Nicholas atau Santa Claus yang terkenal dengan memberikan hadiah kepada kanak-kanak.
Dikatakan Krampus adalah teman Santa Claus mengikut kisah dongeng dari Austria, Bavaria, Croatia, Hungary, Utara Itali, dan Slovenia. Asal-usul Krampus ini tidak diketahui namun ahli mitologi dan anthropologi berpendapat Krampus berasal dari budaya Eropah Pra-Kristian.
Masuk abad ke-17, kerajaan-kerajaan bekas jajahan empayar Habsburg meminjam watak mitos dari kisah dongeng orang Austria dengan menjadikan iblis ini sebagai teman Santa Claus dalam misi memberi hadiah pada 5 Disember setiap tahun.
Pada zaman pertengahan Eropah, Hari Natal disambut selama dua hari. Hari pertama (5 Disember) pada waktu petang hingga ke malam adalah Malam Krampus atau Krampusnacht, makhluk menakutkan dengan bertanduk kambing, berbulu hitam dan bergigi taring muncul di jalanan. Biasanya menemani Santa Claus atau berjalan seorang diri memulakan tugasnya. Cara Krampus mengajar budak nakal adalah pelbagai mengikut tradisi negara-negara Eropah namun yang popular adalah cara membawa budak nakal ke n3raka.
Caranya Krampus akan membawa bakul pergi ke setiap rumah untuk mencari mangsanya. Apabila menemui budak nakal tersebut, dia mengangkat budak itu kemudian masukkan ke dalam bakul. Ada sesetengah budaya Eropah menyatakan Krampus hanya memberikan hadiah berupa batu arang sebagai amaran bahawa jika nak hadiah Santa Claus, budak nakal itu harus berubah.
Santa Claus pula membawa tongkat emas dan seperti biasa melawat rumah dan memberikan hadiah pada 6 Disember. Inilah sambutan Hari Natal Eropah yang berbeza dengan Hari Natal di Utara Amerika yang hanya Santa Claus muncul tidak bersama teman iblisnya. Namun, watak Krampus semakin popular dalam kalangan rakyat Kristian Utara Amerika dan mereka juga sambut perayaan dengan menambahkan teman Santa Claus ke dalam mitos Krismas mereka.
Pada tahun 1932, Austria diperintah oleh rejim fasis Dollfuss di bawah parti politik Fatherland’s Front dan Christian Social Party. Rejim ini mengharamkan sambutan Hari Natal bersama tradisi Krampus. Pada 1950-an, rejim Dollfuss menyebarkan risalah bertajuk ‘Krampus Is an 3vil Man’. Tamat pemerintahan rejim fasis ini, budaya Krampus dibangkitkan semula terutamanya Bavaria. Para artis ketika itu membuat topeng kayu berupa muka Krampus secara besar-besaran.
Terima kasih kepada media Utara Amerika (terutamanya AS), budaya Krampus masih kekal dalam ingatan warga Kristian kerana usaha mereka menerbitkan bermacam-macam produksi hiburan seperti drama The League yang disiarkan pada 2012 mempunyai episod berkenaan Krampus. Tahun 2015, filem produksi Universal Pictures bertajuk Krampus diterbitkan.
RUJUKAN:
Crimmins, Peter (15 December 2011). “Horror For The Holidays: Meet The Anti-Santa”. NPR. Retrieved 25 December 2019. December
“Krampus the Christmas D*vil Is Coming to More Towns. So Where’s He From?”. National Geographic News. 22 December 2014. Retrieved 25 December 2019.
Ridenour, Al (2016). The Krampus and the Old Dark Christmas: Roots and Rebirth of the Folkloric Devl. Port Townsend, WA: Feral House. pp. 97–99.
Williams, Victoria (30 November 2016). Celebrating Life Customs around the World: From Baby Showers to Funerals [3 volumes]. ABC-CLIO.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih