Palestin agak hangat sejak kebelakangan ini. Mungkin ini masa yang sesuai untuk bercerita tentang khazanah sosial yang tersembunyi di bumi ini.

Barangkali perkongsian ini boleh menutup elemen negatif sekarang dengan sedikit manisan sejarah. Semua orang tahu yang Palestin mempunyai sejarah silam.

Bersama Israel dan Mesir, inilah tempat yang sentiasa menjadi kisah utama dalam sirah-sirah nabi. Walau bagaimanapun, sirah nabi tidak menokhtahkan tahun yang khusus. Jadi penemuan arkeologi boleh memberikan petunjuk.

Berhampiran dengan sempadan Israel dan Jordan, ada sebuah tompokan kelabu hijau di pertengahan kekuningan padang pasir. Tompokan ini adalah kota Jericho.

Tengok pada peta saja memang takkan nampak banyak. Hanya sebuah kota biasa di Timur Tengah. Tetapi kalau buka lembaran sejarah, semua percaya ini bukan kota biasa.

Jericho menyimpan sejarah manusia, dianggarkan sejak sebelum 9000 S.M. lagi apabila budaya Natufia timbul di situ (Constable, 2009).

Saintis menemui lebih daripada 20 penempatan di Jericho. Ramai orang prasejarah tertarik dengan lembahnya yang subur, menggalakkan sebuah migrasi sederhana hingga mampu membangunkan sebuah kampung tidak lama kemudian. Arkeologi mengesahkan bahawa Jericho sudah menjadi penempatan kekal sejak 7000 S.M. (Noble, 2004).

Tinggalan zaman Neolitik.

Penemuan arkeologi ini sangat konsisten dengan pengetahuan prasejarah. Memang sejak 11,000 tahun lalu, manusia sudah bertebaran di alam ini dengan Timur Tengah sebagai rantau tumpuan.

Tentang Budaya Natufia

Walaupun arkeologi mengesahkan Jericho berpenghuni sejak 9000 S.M., ini masih belum menjawab beberapa persoalan. Jericho adalah sebuah kota destinasi. Bermakna Natufia berasal daripada tempat lain.

Kalau tengok sempadan moden, Natufia sebenarnya berasal daripada beberapa negara utama seperti Israel, Jordan dan Syria. Tiga negara ini mempunyai kecenderungan tinggi dalam elemen arkeologi, dengan bukti tidak dapat disangkal.

Arkeologi menjejak langkah Natufia sampai ke Shubayqa 1, iaitu tapak sejarah di Jordan. Pakar-pakar berkenaan menjalani analisis radiokarbon.

Dan mereka mendapati yang Natufia pernah membuat roti di Shubayqa sekitar 14,500 tahun dahulu (Briggs, 2018). Penemuan ini bukan setakat memberitahu tentang pemakanan Natufia. Ia mengukuhkan hujah bahawa Natufia sudah berhenti mengamalkan cara hidup nomadisme sebelum zaman pertanian lagi.

Lembah Natufia

Roti memerlukan gandum. Itu semua tahu. Dan lembah Syam memang penuh dengan tompokan bijirin liar seperti gandum rai (rye wheat). Mereka hanya perlu menuai saja (Arranz-Otaegui, et al., 2018). Gua Raqefet di Gunung Karmel pula memberi gambaran lebih meluas. Gua ini terletak di Haifa, Israel.

Dan di sini, saintis menemui bukti bahawa Natufia pandai menggunakan gandum untuk membuat minuman keras (Borschel-Dan, 2018). Bukan setakat satu gandum pula. Mereka menggunakan tujuh spesis bijirin – barli, oat, legume dan flax antaranya – untuk menyediakan satu cawan minuman.

Ini adalah sejarah 13,000 tahun dulu, suatu bukti jelas bahawa Natufia menjadi pelopor penting dalam rantau Syam.

Pengkaji berpendapat yang minuman ini digunakan bagi tujuan ritualistik. Bermakna mereka mempunyai amal kepercayaan tersendiri, barangkali mendahului hembusan tauhid seperti diabadikan dalam kitab-kitab suci. Dengan kemahiran ini, budaya Natufia menghala ke Jericho dan akhirnya mendirikan sebuah kota kekal.

Semua pengetahuan hari ini adalah berdasarkan penemuan arkeologi moden. Natufia memang tidak begitu cenderung dalam bab tembikar. Tetapi mereka pandai membangunkan rumah berbentuk bulat dengan bahan semulajadi seperti tanah liat yang dikeringkan menjadi bata.

Rumah-rumah ini pula lengkap dengan sebuah dapur (Mithen, 2006). Dan setiap dapur akan berasap dengan haruman gandum dan daging bµrµan. Selepas 6,500 S.M., barulah mereka mula menjinakkan kambing biri-biri untuk memudahkan kerja harian.

RUJUKAN:

Arranz-Otaegui, A., et al. (2018). Archaeobotanical evidence reveals the origins of bread 14,400 years ago in northeastern Jordan. PNAS. 115 (75): 7925-7930.

Briggs, H. (2018, Julai 17). Prehistoric bake-off: Scientists discover oldest evidence of bread. BBC.

Borschel-Dan, A. (2018, September 12). 13,000-year-old brewery discovered in Israel, the oldest in the world. The Times of Israel.

Constable, N. (2009). World Atlas of Archaeology. Thalamus Publishing. Halaman 36.

Mithen, S. (2006). After the Ice: A Global Human History, 20,000-5000 BCE. Harvard University Press. Halaman 54.

Noble, T.F.X. (2004). Western Civilization to 1500: The Continuing Experiment. Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. Halaman 9.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.