Samarkand, atau juga dieja sebagai Samarqand, merupakan sebuah kota yang terletak di Uzbekistan moden, atau dahulunya disebut sebagai Transoxiana, Asia Tengah. Lokasi bandar ini yang terletak di Lembah Sungai Zerafshan memberikannya sumber alam yang banyak. Selain itu, Samarkand ini juga terletak di sepanjang Jalan Sutera yang menghubungkan Dunia Mediterranean dan Dunia Timur.

Faktor yang kedua ini banyak menyumbang kepada perkembangan Samarkand dan ia menjadi salah sebuah kota teragung di Asia Tengah. Namun, sejarah Samarkand itu sendiri lebih mendahului laluan perdagangan masyhur itu dan ia merupakan salah sebuah kota paling tua dihuni secara berterusan di Asia Tengah.

SAMARKAND PURBA

Bukti arkeologi mendapati kawasan Samarkand sudah pun dihuni oleh manusia sejak kurun ke-14 Sebelum Masihi. Pada kurun ke-6 Sebelum Masihi, kota itu menjadi sebahagian daripada Empayar Achaemenid, iaitu apabila ia dit4kluk oleh Cyrus Agung. Pada era pemerintahan Darius Agung, Samarkand dijadikan sebagai ibu kota wilayah satrapi Sogdiana.

Nama Samarkand berasal-usul daripada bahasa Sogdian, yang membawa maksud ‘Kubu Batu’. Malahan, ekskavasi arkeologi yang dijalankan di sana berjaya menemukan runtuhan kuil Sogdian purba. Selain itu, tidak banyak maklumat yang diketahui perihal Samarkand di zaman purba ini. Apapun, ilmuwan mengandaikan bahawa ia kerap dikunjungi oleh para pengembara dari Babylon, Assyria dan Parsi yang menuju ke China.

Para pedagang Sogdian menderma kepada Buddha. Fresco kurun ke-9 dari Gua Seribu Buddha Bezeklik, berhampiran Turfan, Xinjiang, China

PEN4KLUKAN SAMARKAND OLEH ALEXANDER AGUNG

Pada kurun ke-4 Sebelum Masihi, Samarkand dit4kluk oleh Alexander Agung dalam kempennya menentang Empayar Achaemenid. Dalam sumber-sumber Yunani, Samarkand dipanggil sebagai Maracanda. Kota ini dijadikan sebagai pangkalan Alexander bagi melancarkan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang selanjutnya di rantau itu.

Samarkand juga dijadikan sebagai tempat berlangsungnya salah satu episod kehidupan yang paling masyhur bagi Alexander. Menurut sumber-sumber purba berkenaan Alexander, di kota inilah raja Macedonia itu membvnuh Cleitus, seorang pegawai tentera Macedonia yang pernah menyelamatkan beliau dalam Pertempuran Granicus, semasa berlakunya pertelagahan antara mereka berdua dalam keadaan mabuk.

Pembvnuhan Cleitus, Andre Castaigne 1898-1899

Selepas kem4tian Alexander, Samarkand menjadi sebahagian dari wilayah satrapi Baktria bagi Empayar Seleucid. Sekitar separuh kedua kurun ke-3 Sebelum Masihi, Empayar Seleucid disibukkan oleh pep3rangan menentang Empayar Ptolemy di Barat.

Satrapi Baktria mengambil peluang ini untuk mengisytiharkan kemerdekaan dan membentuk Kerajaan Yunani-Baktria. Justeru, Samarkand diserap ke dalam entiti baru ini. Kejatuhan Kerajaan Yunani-Baktria di tangan Empayar Kushan memperlihatkan pemilikan Samarkand sekali lagi bertukar tangan

SELEPAS ZAMAN KUSHAN

Samarkand menempuh era kemunduran ketika berada di bawah kekuasaan Empayar Kushan, dan hanya mengalami kebangkitan semula beberapa kurun kemudian. Pada kurun ke-7 Masihi, Jalan Sutera kembali dibuka oleh Dinasti Tang.

Hal ini membawakan kekayaan yang melimpah-ruah buat kota Samarkand, yang meraih banyak keuntungan daripada aktiviti perdagangan. Kediaman-kediaman bangsawan yang bertarikh antara kurun ke-6 dan kurun ke-8 Masihi ditemui di sana, sekaligus membuktikan kekayaan yang dikecapi oleh Samarkand pada zaman itu.

Lukisan berjudul ‘Triumph’ oleh Vasily Vereshchagin, menggambarkan Madrasah Sher-Dor di Registan

PEN4KLUK-PEN4KLUK SAMARKAND YANG LAIN

Samarkand kemudian dit4kluk oleh suku Turk, dan seterusnya oleh bangsa Arab sekitar permulaan kurun ke-8 Masihi. Berikutan pen4klukan oleh bangsa Arab ini, agama Islam menjadi agama dominan dalam kalangan penduduk kota itu.

Pada tahun 1220 Masihi, Samarkand menerima pukulan yang dahsyat apabila ia dit4kluk oleh Monggol di bawah kepimpinan Genghis Khan. Catatan sejarah mendakwa bahawa hanya suku sahaja daripada populasi lamanya, atau bahkan kurang daripada itu, disisakan oleh Monggol. Malah, ramai artisan mahir dipindahkan dari kota itu untuk dibawa ke Monggolia.

Pembinaan Masjid Jamek di Samarkand. Ilustrasi oleh Bihzad untuk Zafar-Nameh. Teks ini disalin di Herat pada 1467-68

Kegemilangan Samarkand hanya dikecapi kembali pada tahun 1371, apabila seorang lagi pen4kluk agung, iaitu Timurlane, menjadikan Samarkand sebagai ibu kotanya. Justeru, kota itu segera diperkuatkan dengan tembok baharu. Sebuah citadel turut dibina. Tambahan lagi, sejumlah artisan mahir dipindahkan oleh Timurlane dari wilayah-wilayah t4klukannya yang lain ke Samarkand, di mana mereka ini kemudiannya mendirikan bangunan-bangunan baru di kota itu.

Antara bangunan yang paling masyhur dibina di Samarkand pada era Timurid ialah Masjid Bibi-Khanum, Masjid Registan, Gur-i Amir (Makam Pemerintah, iaitu Permakaman Timurlane), dan Balai Cerap Ulugh-Be.

Madrasah Ulugh Beg

Ramai sejarahwan yang mendakwa bahawa pada era pemerintahan Timur inilah Samarkand mengecapi zaman kemuncaknya. Selepas ketumbangan Timurid pada permulaan kurun ke-16 Masihi, Samarkand dit4kluk oleh suku gasar Uzbek.

Dinasti baru, iaitu Dinasti Shaybani, memindahkan ibu kota dari Samarkand ke Bukhara. Apapun, kota ini terus diperindah oleh penguasa barunya. Misalnya pada tahun 1660 Masihi, tiga buah madrasah dibina di dataran Registan sekaligus membentuk rupa terakhir.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (15 Februari 2016). Samarkand: An Ancient Link Between East and West. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/samarkand-ancient-link-between-east-and-west-005355


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.