Shihab al-Din Muhammad Shah Jahan I atau lebih dikenali dengan nama Shah Jahan merupakan sultan kelima Kerajaan Mughal di India yang memerintah dari tahun 1628 sehingga tahun 1658 (30 tahun). Pada zaman pemerintahannya, Taj Mahal yang kita kenali pada hari ini telah dibina sebagai tempat pemakaman isteri yang sangat dicintainya iaitu Mumtaz Mahal.

Namun, tahukah kita bahawa sebenarnya pada zaman beliau, terdapat banyak lagi monumen-monumen yang gah yang dibina bagi meraikan minat dan kecenderungan Shah Jahan terhadap bidang seni bina dan masih kekal sehingga kini?

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Pada perkongsian kali ini, mari kita sama-sama menjelajahi kota Delhi Lama, yang terletak di India di mana Kota Merah (Red Fort) atau Lal Qila ini berada. Nama binaan ini juga diambil bersempena dinding batunya yang berwarna merah. Malah, binaan ini turut digelar sebagai “Kubu yang Diberkati” kerana menjadi tempat persemayaman para maharaja.

Monumen ini dibina semula oleh Shah Jahan pada 12 Mei 1639 dan siap pada 6 April 1648 yang mengambil masa selama hampir 8 tahun. Kubu Merah ini dibina semula pada zaman Shah Jahan kerana beliau ingin menjadikan kota di dalam kubu tersebut sebagai istananya selepas pemindahan ibu kota pemerintahan Mughal dari Agra ke Delhi.  Arkitek yang bertanggungjawab dalam penghasilan binaan ini ialah Ahmad Lahori yang mengetengahkan gaya seni bina Indo-Islam dan Mughal.

Di dalam Kubu Merah ini, kompleks kediaman diraja terdiri daripada deretan astaka yang dihubungkan dengan saluran air yang berterusan, yang dikenali sebagai “Nahr-i-Behisht” atau “Aliran Syurga”. Para pengkaji sejarah menyimpulkan bahawa dengan terbinanya Kota Merah ini maka Kerajaan Mughal telah mencapai puncak kreativitinya disebabkan di setiap astaka di dalam Kota Merah ini mengandungi unsur-unsur seni bina khas bangunan Mughal yang mencerminkan perpaduan unsur-unsur budaya Parsi, Timurid dan Hindu.

Gaya seni bina inovatif Kota Merah ini bukan sahaja meliputi bahagian kediaman Maharaja dan astaka sahaja, malah ia juga turut meliputi reka bentuk kebun-kebun yang akhirnya mempengaruhi bangunan-bangunan dan kebun di tempat-tempat lain seperti di Delhi, Rajasthan, Punjab, dan Kashmir.

Walaupun Kota Merah ini dilihat gah, tragedi hitam telah menimpa binaan tersebut pada tahun 1747. Pada tahun tersebut, Kota Merah telah dijarah oleh Nadir Shah dan kesemua karya seni dan permata-permatanya lesap semasa pencerobohan berkenaan. Tidak cukup dengan itu, sebilangan besar struktur marmar berharga milik kota ini dimusnahkan oleh pihak Inggeris berikutan pemberontakan pada tahun 1857.

Tembok pertahanan kubu pada dasarnya masih selamat dan digunakan sebagai garison pada zaman pemerintahan British. Catatan sejarah juga telah menyaksikan bahawa Kubu Merah ini juga merupakan tempat pembicaraan sultan Kerajaan Mughal yang terakhir, Bahadur Shah II sebelum baginda diasingkan atau dibuang negeri ke Yangon (ketika itu Rangoon) pada tahun 1858.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Pada hari ini, Kubu Merah diklasifikasi sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2007. Kubu Merah ini juga telah diisytiharkan sebagai monumen nasional negara India di bawah Monumen Purba dan Akta Tapak Arkeologi dan Tinggalan, 1959.

Walaupun Kubu Merah ini masih dalam proses baik pulih, para pengunjung masih lagi boleh mengunjungi binaan bersejarah ini untuk mengamati dengan lebih dekat kehebatan binaan dan juga seni bina-seni bina yang terdapat di Kubu Merah ini. Justeru, tidak dapat disangkal lagi bahawa sesungguhnya Kubu Merah benar-benar telah mengangkat seni bina bercirikan Islamik ke tahap yang lebih tinggi.

Artikel dikirimkan oleh AIN ZULAIKHA JAHAYA untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply