Kota Larangan merupakan istana diraja yang pernah menjadi kediaman bagi maharaja-maharaja Cina di zaman dua dinasti terakhir, iaitu Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Kompleks ini meliputi keluasan sebesar 720 000 meter persegi dan ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987. Kota Larangan disenaraikan oleh UNESCO sebagai tapak bersejarah yang mempunyai koleksi struktur kayu purba yang paling banyak di dunia.
Pembinaan Kota Larangan di Beijing, China dimulakan pada tahun keempat pemerintahan Maharaja Ming Yongle (1406M) dan disiapkan pada tahun 1420M. Pada setengah milenium berikutnya, Kota Larangan menyaksikan pertabalan seramai 14 orang maharaja Ming dan 10 orang maharaja Qing. Kota Larangan dibina sebagai replika bagi ‘Istana Ungu’ di kayangan, lantaran maharaja China dianggap sebagai Anak Tuhan.
Banyak batu besar dilombong dan diangkut ke tapak Kota Larangan untuk tujuan pembinaannya. Batu yang paling berat dianggarkan mencecah 200 tan dan dipercayai berat sebenarnya adalah 330 tan sebelum bongkahnya pecah.
Sejarahwan mendapati bahawa bongkah-bongkah besar ini diambil dari sebuah kuari yang terletak sejauh 70km dari Kota Larangan. Memandangkan masyarakat Cina telah pun menggunakan teknologi roda sejak 1500SM, maka sejarahwan berpendapat bahawa dengan kaedah itulah kesemua batu besar ini diangkut.
Namun pada tahun lalu, sebuah dokumen yang berusia 500 tahun selesai diterjemahkan dan ia mendedahkan bagaimana batu-batu gergasi yang digunakan untuk membina Kota Larangan ini digelongsorkan sejauh berbatu-batu di atas kereta luncur salji yang dibina khas, dan ia ditarik oleh sekumpulan lelaki selama 28 hari di atas laluan berais yang basah dan licin.
Pekerja-pekerja yang bertugas mengangkut batu-batu ini turut menggali perigi di setiap 500 meter bagi mendapatkan air untuk dituang di atas ais tempat laluan batu-batu ini supaya permukaannya kekal licin sekaligus memudahkan kerja-kerja penggelongsoran.
Akses menjadi lebih ketat di Istana Dalam lantaran ia adalah bahagian terdalam di Kota Larangan, manakala Istana Luar pula berfungsi sebagai tempat berlangsungnya upacara dan ia boleh diakses oelh pegawai-pegawai kerajaan dan kehormat-kehormat dari luar negara. Tambahan lagi, kaum lelaki yang dibenarkan memasuki Istana Dalam hanyalah sida-sida. Hal ini bertujuan untuk memastikan ‘ketulenan’ zuriat maharaja.Kota Larangan mempunyai 800 buah bangunan dan dipercayai mengandungi kira-kira 9000 buah bilik (pada hakikatnya sebanyak 8700 buah). Namun, kesemua bilik dan bangunan ini tidak dapat diakses oleh rakyat awam Cina memandangkan ia adalah kediaman maharaja dan keluarga diraja.
Tambahan lagi, maharaja-maharaja Ming dan Qing mempunyai ramai gundik untuk memuaskan nafsu syahwat mereka – catatan-catatan sejarah menyebutkan bahawa di zaman Dinasti Qing, terdapat seramai 20 000 orang gundik! Kota Larangan merupakan pusat pentadbiran di Cina dan ia dipenuhi dengan kemewahan dan kesenangan. Sebagai contoh, dipercayai bahawa hidangan buat Maharani Balu Cixi kebiasaannya terdiri daripada sebanyak 108 jenis juadah, jumlah yang boleh mengisi perut ribuan rakyatnya yang miskin.
Dalam pada besarnya kuasa yang dipegang oleh maharaja dan megahnya kemewahan yang memenuhi setiap inci kehidupannya, menjalani hidup di dalam Kota Larangan saling tidak tumpah seperti hidup di dalam sangkar yang bersepuh emas.
Hal ini kerana maharaja tidak bebas untuk keluar dari tembok Kota Larangan. Langkah-langkah keselamatan yang ketat lazim diambil apabila maharaja mahu berangkat ke luar Kota Larangan. Antaranya seperti maharaja akan diangkut menaiki tandu sambil diiringi oleh sepasukan pengawal. Jalan yang bakal dilalui pula terlebih dahulu ditinjau keadaannya.
Tambah mengagumkan, catatan Houckgeest tentang kunjungannya ke Kota Larangan pada tahun 1795 diabadikan di dalam jurnalnya. Memandangkan Houckgeest melawat Kota Larangan pada zaman kemuncaknya, maka beliau sempat menyaksikan kekayaan dan kemegahan yang dimiliki oleh empayar berkenaan, di mana kesemuanya itu diperincikan di dalam jurnalnya itu.Menariknya, orang Barat terawal yang dibenarkan memasuki Kota Larangan adalah seorang mubaligh Jesuit dari Itali, iaitu Matteo Ricci.
Walaupun misi Ricci di China adalah untuk menyebarkan agama Kristian, kemasukannya ke dalam Kota Larangan pada tahun 1601 bukanlah disebabkan oleh agama yang dianutnya, akan tetapi disebabkan oleh pengetahuan saintifiknya yang mendalam. Orang Barat lain yang berpeluang memasuki Kota Larangan adalah Andreas Everardus van Braam Houckgeest, seorang warga Amerika, yang kali ini berlaku di zaman Dinasti Qing.
Houckgeest juga menitipkan kepada para pembacanya kisah-kisah luar biasa tentang kehidupan di dalam Kota Larangan. Misalnya, beliau menulis bahawa beliau pernah dihidangkan dengan daging telah dijamah oleh maharaja. Menurutnya, hal ini merupakan suatu kemuliaan besar yang diberikan oleh maharaja.
Antara lain seperti pengehadan yang melarang pemegang tiket pelanconan tahunan dari melawat (Kota Larangan) pada musim-musim puncak, usaha menggalakkan pelancong agar datang melawat pada waktu tengahari, dan juga galakan untuk membeli tiket lebih awal. Mungkin ini merupakan langkah yang bagus untuk diambil lantaran langkah-langkah tersebut berupaya mengurangkan beban pelancongan di Kota Larangan, namun pada masa yang sama terus membenarkannya untuk dikunjungi oleh orang awam.
Pada hari ini, akses ke Kota Larangan bukan lagi suatu larangan, memandangkan kira-kira 7 juta orang pelancong dianggarkan mengunjungi tapak bersejarah ini pada setiap tahun. Memandangkan jumlah pelancong yang begitu ramai itu turut membawa maksud ancaman terhadap Kota Larangan itu sendiri, maka lahir usul untuk mengehadkan jumlah pelancong.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (30 Jun 2014). The Great Forbidden City of China. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/great-forbidden-city-china-001808
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih