Agama Islam dan Kristian mempunyai bibit awal yang sangat sama. Kedua-dua agama ditolak masyarakat sekeliling, mendorong ke kancah konflik. Tindak tanduk kaum musyrik Arab berjaya ditangkis pihak pencetus Islam, suatu blok kuasa yang tidak ada pada umat Kristian terawal. Pertama sekali, musuh Kristian pada masa itu sangat kuat.

Empayar Rom mencapai kemuncak dengan maharaja-maharaja sangat zalim pada mereka. Kota Rom terbakar pada tahun 64, dan Maharaja Nero menunding jari pada umat Kristian kononnya ada konspirasi. Apa-apa yang terjadi mesti umat Kristian dituduh. Pengaruh Rom terlalu pesat sampai mereka membunuh hawari seperti Saint Peter dan Saint Bartholomew.

Gambaran ini sangat jelas: umat Kristian ditindas teruk. Jadi ramai dalam kalangan mereka hidup dalam keadaan bersembunyi. Baru-baru ini saintis menemui sebuah bandar bawah tanah yang begitu besar, dibina sekitar 2,000 tahun lalu. Bandar ini terletak di Daerah Mardin Midyat, lokasi yang sangat kena dengan garisan masa nasib umat Kristian terawal.

Kompleks Yang Terlindung

Bandar ini ditemui secara berperingkat. Pada awalnya, mereka menemui sebuah gua batu kapur. Kemudian mereka terjumpa sebuah lorong dalam gua. Lorong ini membawa mereka ke sebuah bandar bawah tanah yang dipanggil Gani Tarkan.

Kota di bawah kota.

Buat masa ini, sebanyak 49 kamar sudah digali yang mendedahkan sebuah kompleks sangat besar. Kompleks ini lengkap dengan lorong yang berhubung dengan telaga mata air, lubang penyimpanan makanan, kediaman dan rumah ibadat bergereja serta rumah ibadat berbintang iaitu untuk kaum Yahudi.

Bahagian yang sudah dibersihkan.

Artifak yang ditemui seperti syiling membuktikan zamannya daripada Emapyar Rom. Buat masa ini, mereka baru menggali dalam lingkungan 5 peratus sahaja. Kawasan ini pun sudah mencecah 10,000 meter persegi. Ramalan kasar menganggarkan sebuah bandar bawah tanah sebesar 400,000 meter persegi. Jadi ada banyak kerja lagi yang perlu dibuat.

Penyusuran Sejarah Semasa Rom

Agama Kristian berputik dalam kalangan bangsa Yahudi terlebih dahulu. Atas sebab inilah berlakunya pertelingkahan antara dua pihak ini. Ajaran Nabi Isa (as) mengancam majlis keagamaan Judaisme iaitu Sanhedrin. Maka mereka memberkas baginda, yang diheret ke mahkamah Pontius Pilate atas tuduhan penistaan kerana mengakui diri Raja Yahudi. Atas pujukan Sanhedrin inilah, Pilate terpaksa menjatuhi hukuman mati terhadap Nabi Isa (Klein, 2019).

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebelum berangkat ke syurga, Nabi Isa (as) meninggalkan amanat pada pengikutnya supaya menyebar agama kepada semua bangsa – bukan pada Yahudi sahaja. Ini adalah menurut agama Kristian. Para hawari akur pada amat ini, menyampaikan khabar baik tauhid kepada semua. Maka sejak hari itu, berpisahnya “Kristian” dan “Yahudi” dalam pandangan Rom. Rata-ratanya Kristian ditindas Rom sampailah naiknya Maharaja Constantine yang mengisytiharkan agama Kristian sah di sisi undang-undang. Maharaja Theodosius pula menjulang Kristian sebagai agama rasmi empayar.

Tetapi perjalanan ini mengambil masa lebih daripada 250 tahun. Sepanjang tempoh penindasan ini, umat Kristian cepat menghilangkan diri. Catatan meriwayatkan yang banyak bandar Kristian yang tiba-tiba didapati tidak berpenghuni. Lama orang ramai sangka bandar ini dibasmi kerajaan Rom. Sekarang ada perspektif baharu pula – mungkin mereka membina lorong ke bawah tanah untuk hidup dan beramal sampai ke usia tua (Metcalfe, 2022).

Kajian masih dilaksanakan.

Bayangkan – hidup dibawah tanah untuk lari daripada penindasan. Perlahan-lahan ilham mereka mempengaruhi kuasa penindas yang akhirnya menundukkan ego mereka. Logik di sini sangat jelas. Tiada kuasa mampu berdiri di atas pentas kebencian.

RUJUKAN:

Klein, C. (2019, Mac 6). Why did Pontius Pilate have Jesus executed? History.

Metcalfe, T. (2022, Mei 14). Underground city unearthed in Turkey may have been refuge for early Christians. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply