Pada abad ke-17, Seperti adat-adat kebiasaan pertukaran pemerintah yang dijalankan sistem Monarki.
Apabila Sultan Suleiman mangkat pada 1566. Secara teknikal takhta akan diturunkan kepada pewaris yang sah iaitu kepada anaknya Sultan Selim II, kemudian kepada cucunya, Sultan Murad III. sehingga pada cicit, Sultan Mehmet III mengambil alih tampuk pemerintahan empayar tersebut bagi menyambung legasi kegemilangan Uthmaniyah sejak dimasyurkan Sultan Suleiman supaya empayar tersebut dapat diperkukuhkan.
Seterusnya setelah kemangkatan Mehmet III, kekuasaan empayar disambung oleh anakanda baginda, Sultan Ahmed I. apabila meningkat dewasa, Ahmed I terkenang dan menyedari akan leluhur dan peranan sebagai Ulil Amri, Baginda berharap agar dapat menjadi seorang Sultan yang hebat seperti datuknya.
Wanita Berwajah Indah Ibarat ‘Bulan Purnama’
Ahmed I berasa tidak selamat dan sering rasa terancam atas pelbagai faktor keselamatan walaupun baginda tinggal di dalam Istana Topkapi. Maka timbul niat baginda mencari pasangan untuk tinggal bersama, Baginda ingin mempunyai seseorang yang dapat berada di sampingnya yang boleh dipercayai dan boleh membuatnya merasa selamat. Kemudian baginda menjumpai seorang hamba wanita untuk dijadikan peneman hidup.
Sekaligus meningkatkan taraf mobiliti sosial beliau daripada seorang hamba sehingga bergelar baginda Sultanah.
Menurut sumber, wanita harem/gundik tersebut berasal dari Bosnia, pendapat lain mengatakan bahawa kemungkinan berasal dari suatu tempat terletak di Greek.
Dilahirkan dan nama asal diberikan sebagai Anastasia tetapi ditukar kepada Mahpeyker setelah berkahwin dengan Ahmed I, dan menerima pengaruh nama dari Turki yang membawa maksud ‘wajah seperti bulan’ dalam bahasa Parsi. Selain itu nama beliau turut dikenali sebagai Kosem Sultan, jadi dalam penulisan ini kita kenali beliau sebagai Kosem Sultan sahaja.
Oleh itu, terdapat takdir yang menentukan yang menarik perhatian Ahmed I dalam menilai keperibadiannya sehingga baginda terpikat dengan karakter wanita ini yang digambarkan sebagai seorang wanita bijak dan menawan.
Sementara itu, di sebalik perwatakan beliau sebagai seorang wanita yang bijak, Sejarawan turut percaya bahawa Kosem Sultan mempunyai kebolehan manipulatif.
Seiring berjalannya waktu, Kosem Sultan maju untuk menjadi lebih berpengaruh daripada Safiye Sultan, iaitu nenek kepada Ahmed I yang sejarahnya bermula dari Istana Suleiman. fikirannya yang sangat cerdas, kemahiran berpolitik serta berkarisma memungkinkan Kösem mengambil peranan sebagai penguasa empayar yang mengagumkan.
Kemangkatan Sultan – Kemelut Merebut Takhta
Ahmed I meninggal dipercayai dijangkiti demam tifus pada November 1617. Namun sebilangan sejarawan percaya bahawa baginda m-ti diracun.
Tak mustahil jika boleh berlaku pemb-nuhan yang dilakukan orang terdekat, bahkan boleh jadi isteri tercintanya. disebabkan faktor ancaman perebutan kuasa ini juga mendorong Mehmet III memb-nuh 19 orang adik-beradik baginda yang lain supaya baginda terus memegang kuasa.
Sebelum kem4tian Ahmed I, Kosem mencadangkan agar kelima anaknya menyambung pemerintahan Uthmaniyah. Namun Kosem harus bersaing merebut takhta dengan bekas isteri suaminya, Mahfiruz yang merupakan ibu kepada Sultan Osman II.
Dalam pada itu, tidak ada sumber jelas menerangkan jika terdapat keinginan Kosem menjadi pemerintah empayar Uthmaniyah, sasaran beliau hanya untuk melindungi dan memberi sokongan kepada zuriatnya untuk meneruskan pewarisan takhta.
Bukan asing lagi kalau Sultan mempunyai ramai isteri dan gundik. Risiko kebarangkalian untuk berlaku perebutan kuasa sangat tinggi, tetapi cara Kosem berfikir dalam merampas kuasa amat luar biasa. Paling tidak anak-anaknya harus memegang kuasa secara absolute.
Maka ‘Game of Thrones’ pun bermula. Kosem mempunyai perancangan tersendiri walaupun harus menunggu dari tahun ke tahun sehingga memakan masa hampir 6 tahun selepas kem-tian Ahmed I.
Sultan Osman II
Pada masa itu, Empayar Uthmaniyah berada di tangan Mustafa I(adinda Ahmed I) walaupun tak lama oleh kerana kehilangan kuasa seterusnya digantikan Osman II dan malangnya tidak lama kemudian baginda m-ti dib-nuh.
Kosem menjadi Pemangku Raja Untuk Dua Sultan
Memang hebat percaturan permainan politik Kosem Sultan, Perancangan Kosem membuahkan hasil apabila baliau membuat perancangan plot pemb-n-han bersama ibu Mustafa I, Halime Sultan untuk menjatuhkan Osman II, Baginda akhirnya m-ti dib-nuh tentera elit Janissaries dan pada 1623 Kosem berjaya merampas kuasa dan kembali ke Topkapi.
Sekembalinya ke Topkapi, bermula lah Kosem sebagai Pemangku Raja kepada anak-anaknya, Murad IV dan Ibrahim.
Sementara disebelah pihak yang tewas pulak sedang berjuang bergelut dengan kesihatan mental akibat perubahan kuasa.
Kosem Sultan menjadi pemerintah yang sangat berkuasa dan lebih berkuasa berbanding Sultan lelaki yang lain. Sedangkan anakanda sendiri, Murad IV tak mampu memerintah dengan baik.
Gila Kuasa Menuju Kem4tian Kosem
Terlalu obses pada berkuasa bakal menghancurkan Kosem, Kosem akhirnya m4ti dib-nuh oleh Turhan Sultan iaitu isteri kepada Ibrahim I dan atas perasaan tak puas hati lalu menuduh Kosem punca kem-ti-an Ibrahim I.
Turhan Sultan
Pada masa kini, Kösem Sultan adalah watak utama dalam kebanyak filem dan novel. Dia digambarkan sebagai seorang isteri dan ibu yang setia dan seorang wanita yang kuat dalam hidupnya. Nampaknya dia lebih bijak dan radikal berpolitik daripada banyak wanita dalam sejarah.
RUJUKAN:
Kosem Sultan – The Last Influential Female Ruler of the Ottoman Empire. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/strength-kosem-sultan-last-influential-female-ruler-ottoman-empire-006178
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih