Pencemaran udara dari aktiviti pembakaran bahan api fosil merupakan punca kem4tian empat juta bayi dan kanak-kanak pra-matang setiap tahun dan kerugian ekonomi sebanyak US$8 bilion.
Laporan yang dibentangkan oleh Greenpeace Asia Tenggara dan Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Segar turut mendedahkan pembakaran menggunakan minyak, gas asli dan arang batu mencetuskan kem4tian tiga kali ganda berbanding kemalangan jalan raya.
Dijangkakan 40,000 kanak-kanak m4ti setiap tahun sebelum mencecah usia lima tahun terutama di negara dunia ketiga kerana terdedah kepada bahan-bahan pencemaran udara.
Seorang penyelidik dari Greenpeace East Asia, Minwoo Sun berkata, “Pencemaran udara merupakan ancaman kepada kesihatan dan ekonomi manusia. Setiap tahun, pencemaran udara dari pembakaran bahan api fosil membvnvh jutaan orang, mengakibatkan ramai mengalami masalah kesihatan dan merugikan ekonomi sehingga mencecah trilion dolar.”
Laporan sama turut mendedahkan perkara berikut:
a) Gas nitrogen dioksida yang dilepaskan daripada kenderaan, loji tenaga dan kilang-kilang mempunyai hubungkait dengan empat juta kes lelah kanak-kanak.
b) China, Amerika Syarikat dan India merupakan antara negara yang terkesan dengan pencemaran udara. Ketiga-tiga negara mengalami kerugian ekonomi sebanyak US$900 bilion, US$600 bilion dan US$150 bilion.
Laporan tersebut turut mendedahkan solusi kepada pencemaran udara sudah ada di depan mata iaitu sistem pengangkutan awam dan peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui dan bersih.
Ia disokong oleh banyak bukti. Misalnya, Akta Udara Segar Amerika Syarikat menyaksikan bagi setiap satu dolar yang dilaburkan di bawah akta berkenaan, ia membawa kepada pulangan US$30.
Malah, satu hari yang diisytiharkan sebagai hari bebas kereta di Bogota, Colombia menyaksikan bagi setiap satu dolar yang dilaburkan untuk sistem pengangkutan awam, ia membawa pulangan dari segi faedah kesihatan sebanyak US$30.
RUJUKAN:
Taylor, Matthew. (2020). Fossil fuel pollution behind 4m premature deaths a year – study. The Guardian. https://www.theguardian.com/environment/2020/feb/12/fossil-fuel-pollution-behind-4m-premature-deaths-a-year-study
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih