Sudah lebih daripada 100 hari sejak koronavirus menunjukkan taringnya. Bermula di tempat serendah-rendah alam, dimana ayam, kambing dan lembu dijual sekali dengan katak, kelawar dan koala. Sekarang ini orang tidak pernah pergi ke China pun boleh menjadi pencetus (Tharanya, 2020).
Dan ironinya apa yang sedang berlaku sekarang ini masih belum dipetik sebagai “gelombang kedua” pun. Masalah yang asalnya kelihatan hampir diselesaikan telah diisytiharkan sebagai p4nd3mik.
Semasa virus ini dinamakan 2019-nCoV, hanya Asia sahaja perlu berwaspada lebih. Amerika Syarikat dan Eropah hanya menjaga sempadan dengan saringan dan bantuan.
Tetapi imbangan populasi di Itali telah mengubahkan realiti ini. Sehingga 12 Mac 2020, sebanyak 12,462 kes positif dirakamkan dengan Iran di belakang dengan 10,075 orang. Semua masjid di Singapura ditutup selama lima hari bagi tujuan penyahkumanan. Malah solat Jumaat pun dibatalkan juga (Hariz, 2020).
COVID-19 telah menyebabkan kekeliruan dunia yang berbaur risau dan takut terhadap China. Malah China pun takut dengan bala buatan sendiri ini, yang sememangnya semua boleh faham.
Apabila adanya peny4kit di persekitaran, tidak mungkin orang rela bekerja. Jadi fungsi China sebagai kilang dunia telah menemui kebuntuan dengan operasi pengeluaran terbantut.
Dan kelihatan satu negara saja yang dijangka mendapat rezeki tidak disangka.
Antara Iran dan Itali
Di pertengahan jalan antara dua juara COVID-19 belakang China terletaknya Turki. Selama tiga bulan 2019-nCoV/COVID-19 melanda dunia, Turki hanya mempunyai satu kes sahaja. Sedangkan negara-negara di sekelilingnya sudah terpinga-pinga.
Recep Tayyip Erdogan telah meluluskan sekatan penerbangan terhadap China sebagai langkah berjaga-jaga. Sejak 3 Februari lagi, semua warga China tidak dibenarkan masuk. Malah warga-warga Asia Tenggara pula disaringkan dengan ketat melalui kamera thermografi.
Tetapi tidak lama kemudian, dengan COVID-19 bermaharajalela, banyak syarikat global mula mencari alternatif. Mereka tidak mahu berurusan dengan China.
Peruncit-peruncit pakaian misalnya enggan membuat tempahan di China. Sebaliknya, pesanan mereka berpaling ke Turki – sekaligus COVID-19 menghilangkan prospek AS$2 bilion (Caglayan, 2020).
Malah Bangladesh dan Vietnam juga disasarkan pasaran sesuai untuk mengganti China. Sebelum kebangkitan China, hampir setiap syarikat Eropah membuat tempahan di Turki.
Ibaratkan COVID-19 telah mengembalikan kenangan sejarah, yang mana pastinya tempahan-tempahan baharu ini akan menyebabkan industri pakaian berkembang bagai kulat selepas hujan.
Kejatuhan matawang lira juga menjadikan Turki destinasi utama pengurus pembelian dan pereka fesyen. Mereka yang tidak dapat pergi ke China semestinya akan bergegas ke Turki.
Industri sayur-sayuran China turut menerima implikasi juga. Bekalan sayur di seluruh Persekutuan Rusia semakin berkurangan oleh kerana penutupan pertanian China.
Jadi kerajaan Moscow telah menghubungi Turki dan juga Morocco bagi menggantikan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan laut yang biasanya dibeli dari Beijing (Teslova, 2020).
Rusia selama ini mengimport 453,000 tan sayur dari China, diikuti Israel dan Turki. Jadi dengan Turki di luar mamahan virus, sudah tentunya pesanan sebegitu akan menguntungkan petani-petani Turki dengan prospek melebihi AS$370 juta ini.
Nilai keuntungan sebegini sememangnya akan meningkat setiap hari. Jika China tidak menyelesaikan masalah ini dalam tempoh sebulan, tentu sekali banyak negara akan ikut jejak Rusia dan Poland (tempahan pakaian).
Ia juga merupakan sebahagian daripada perniagaan – bahawasanya jika bekalan tidak boleh menepati permintaan, pelanggan akan lari cari penjual lain.
Cuma kali ini kehilangan pelanggan mungkin makan bertahun – terutamanya jika ada perjanjian satu tempoh yang panjang.
RUJUKAN:
Caglayan, C. (2020, Februari 7). Turkish clothes makers see orders shifting from coronavirus-hit China. Reuters. Retrieved from https://uk.reuters.com/article/us-china-health-turkey-clothing/turkish-clothes-makers-see-orders-shifting-from-coronavirus-hit-china-idUKKBN2011QA
Hariz, B. (2020, March 12). All mosques in Singapore closed five days for cleaning, Friday prayers cancelled. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/12/all-mosques-in-singapore-closed-five-days-for-cleaning-friday-prayers-cancelled
Teslova, E. (2020, February 5). Russia may buy Turkish food products replacing China’s. AA. Retrieved from https://www.aa.com.tr/en/economy/russia-may-buy-turkish-food-products-replacing-china-s/1724987
Tharanya, A. (2020, March 12). First sporadic Covid-19 case in Malaysia. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/573951/first-sporadic-covid-19-case-malaysia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih