Kalau dilihat secara menyeluruh, koronavirus (COVID-19) telah mengejutkan dunia tentang realiti kesihatan semasa. Bahawasanya tidak kira maju bagaimana pun, masalah tetap boleh menimpa dengan begitu agresif.
Dan Israel sebuah negara yang sentiasa dikagumi kerana kemajuannya pun sedang berhempas-pulas mengharungi bala bencana kesihatan ini.
Seramai 58 warga Israel disahkan menghid4pi COVID-19, yakni punca Benjamin Netanyahu mengetuai sebuah perbincangan melibatkan semua menteri, pengarah kementerian dan pembesar berkaitan.
Tidak boleh dinafikan bahawa semua pes4kit-pes4kit COVID-19 di Israel akan menerima layanan serius. Tetapi seberapa ramai boleh menjaminkan demi Palestin?
Pada Februari 2020, sembilan warga Korea Selatan telah mengunjungi Palestin sebelum disahkan menghid4pi COVID-19 (Memo, 2020). Delegasi ini dianggotai 77 orang ini berhenti di Bethlehem, Hebron, Jericho, Jerusalem dan Nablus.
Dan pada 9 Mac 2020 sahaja, Palestin telah mengesahkan lima lagi kes COVID-19 terbaru. Laporan ini sekaligus menaikkan angka COVID-19 di Palestin ke 26 (Qais, 2020). Empat kes daripadanya ialah penduduk-penduduk di Bethlehem.
Industri Kesihatan Negara Terjajah
Walaupun diisytihar sebagai negara merdeka, Palestin tetap secara lahiriah dijajah. Kerajaan yang diketuai Mahmoud Abbas daripada Fatah senang kata ibaratkan kerajaan negeri tanpa pengiktirafan.
Dan Palestin pun selama ini berfungsi bagaikan negara dalam negara – jenis bukan hidup ataupun mati. Jasadnya ada, rohnya tiada; kadangkala roh wujud, jasad pula hilang.
Dalam sebuah laporan yang diterbitkan The Lancet pada tahun 2012, hospital-hospital di Tebing Barat tidak mempunyai prasarana lengkap untuk menguruskan masalah-masalah kesihatan yang lebih terbaru.
Selalunya doktor-doktor Palestin akan merujuk kategori pes4kit tertentu kepada pusat-pusat kesihatan Israel yang menghambakan rakyat Palestin dengan proses birokrasi tenat (Vitullo, et al., 2012).
Jika keadaan biasa pun rakyat Palestin perlu mengharungi diskriminasi sedemikian, bayangkan pula dengan situasi COVID-19. Ambulans daripada wilayah-wilayah Palestin ke Jerusalem Timur (zon Palestin) pun kadang dihalang di pusat-pusat pemeriksaan tentera (World Health Organization, n.d.).
Halangan-halangan sebegini bukanlah suatu gurauan. Tentera-tentera Israel yang berhati baik pun tidak boleh melanggar kriteria-kriteria ditetapkan pegawai-pegawai atasan.
Apatah lagi sekarang ini Netanyahu sedang menghadapi masalah pembentukan kerajaan. Fungsinya tanpa mandat menyukarkan sebarang toleransi, rata-ratanya Israel barangkali menghunus kearah satu lagi pilihanraya segera. Maka sentimen pro-Zionis mesti diimarahkan lagi.
Dengan erti kata lain, Palestin dikepung dan diasak. Kalau COVID-19 menembusi benteng dan menj4ngkiti penduduk-penduduk Gaza yang dinafikan sanitasi sihat, masalah akan lebih besar.
Gaza merupakan suatu Bandar Penj4r4 yang penduduk-penduduknya kadang tidak mempunyai akses elektrik 24 jam sehari pun.
Jauh di selatan pun tiada sahabat untuk Gaza, kerana Abdel Fattah el-Sisi juga sedang runsing dengan 59 kes COVID-19 (dan satu kem4tian lagi). Nasib Palestin yang tidak terpelihara ini dibuai risiko jelas juga.
COVID-19 memerlukan masa sekurang-kurangnya lima hari untuk menzahirkan simtom. Pada ketika itu entah berapa ramai telah terkena, dengan j4ngkitan tidak terhenti.
Tidak cukup dengan kekurangan makanan dan penjajahan berterusan, Palestin tentu sekali perlu berdepan dengan COVID-19 sebagai sebuah negara merdeka. Setakat ini tiada data mengatakan bahawa Palestin pernah mengalami w4b4k SARS dan MERS.
Jadi COVID-19 benar-benar akan menguji ketahanan Palestin, sementara nasib tidak terbela dan kebanyakannya mesti mengharapkan doa semata-mata.
Palestin sudahpun mengisytiharkan darurat di Bethlehem dan Jericho (M.K., 2020). Semua hotel yang ada sudah tidak lagi menerima pengunjung. Dan tempat-tempat tumpuan pelancong juga ditutup.
RUJUKAN:
Memo. (2020, February 27). Coronavirus reaches Palestine. Middle East Monitor. Retrieved from https://www.middleeastmonitor.com/20200227-coronavirus-reaches-palestine/
M.K. (2020, March 5). After suspecting coronavirus in Bethlehem, Health Ministry calls for state of emergency in city. Wafa. Retrieved from http://english.wafa.ps/page.aspx?id=BLMVXqa115299165432aBLMVXq
Qais, O. (2020, March 9). Palestine confirms 5 more coronavirus cases. AA. Retrieved from https://www.aa.com.tr/en/health/palestine-confirms-5-more-coronavirus-cases/1759584
Vitullo, A., et al. (2012). “Barriers to the Access to Health Services in the Occupied Palestinian Territory: A Cohort Study.” (n.d.) : n. pag: Abstract. The Lancet.
World Health Organization. (n.d.). I’m old and sick and my family can’t be with me.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih