Satu eksperimen yang dijalankan sekumpulan saintis Perancis mendedahkan virus koronavirus boleh hidup walaupun selepas didedahkan dengan suhu panas yang tinggi. Eksperimen ini dibuat oleh Profesor Remi Charrel dan rakan-rakannya dari Universiti Aix-Marseille dan diterbitkan dalam satu kertas kajian yang disiarkan di bioRxiv.org.

Berdasarkan pemerhatian mereka, mereka memanaskan sampel virus Covid-19 sehingga 60 darjah Celsius selama sejam dan mendapati ia masih hidup serta boleh mereplika diri mereka. Ini sekaligus berpotensi meningkatkan kadar jangkitan terutama dalam makmal.

Selepas dipanaskan selama sejam, strain virus dalam persekitaran bersih tidak diaktifkan dengan teliti. Tetapi bagi sesetengah strain yang berada dalam sampel kotor, ia masih boleh bertahan. Proses pemanasan ini menurunkan kadar kebolehjangkitan tetapi strain yang terselamat masih boleh memulakan pusingan baru jangkitan.

Profesor Charrel dan pasukannya terpaksa memanaskan sampel Covid-19 hingga ke takat suhu mendidih yang menyaksikan sampel virus tersebut akhirnya m4ti. Situasi ini mengundang kebimbangan tentang tahap keselamatan juruteknik makmal yang perlu mengendalikan ujian Covid-19 saban hari.

Semua sedia maklum dengan situasi pandemik Covid-19, ia memerlukan ujian berskala besar bagi membolehkan negara-negara mendapat maklumat tentang apa yang berlaku. Tetapi di sesetengah negara, ada yang bekerja di makmal dengan tahap perlindungannya tidak mengikut piawaian antarabangsa.

Juruteknik-juruteknik makmal ini terdedah secara terus kepada virus-virus ini dan mereka perlu tidak aktif selama beberapa ketika sebelum dibenarkan kembali ke makmal. Mengikut protokol makmal biasa, suhu setinggi 60 darjah Celsius selama sejam dilihat sudah cukup untuk membunuh virus-virus merbahaya dalam makmal seperti Ebola.

Tetapi dalam kes koronavirus, suhu ini sudah cukup untuk membunuh sampel-sampel yang mempunyai bilangan virus yang rendah. Tetapi ia dianggap tidak mencukupi untuk membunuh sampel-sampel yang mempunyai kandungan virus yang tinggi.

Pasukan penyelidik Perancis yang diketuai Profesor Charrel mendapati suhu tinggi boleh melakukannya. Contohnya dengan memanaskan sampel Covid-19 selama 15 minit dengan suhu melebihi 92 darjah Celsius boleh memastikan virus tidak aktif terus.

Walaupun tahu suhu panas yang tinggi saja boleh membunuh koronavirus, suhu tersebut boleh merosakkan RNA virus dan mengurangkan sensitiviti ujian itu sendiri. Justeru, ramai penyelidik mencadangkan sampel sebegini dimusnahkan dengan menggunakan bahan kimia daripada menggunakan suhu panas bagi menyeimbangkan kepentingan menjaga keselamatan makmal dengan keberkesanan pengesanan.

Seorang ahli mikrobiologi yang mengkaji koronavirus di Akademi Sains China di Beijing mendedahkan kemudahan ujian China mengakui risiko yang dihadapi dan telah mengambil pelbagai langkah pencegahan termasuk memakai sut HAZMAT penuh semasa mengendalikan sampel dan memastikan makmal tidak aktif.

Ramai berharap dengan perubahan musim tidak lama lagi, ia diharap dapat mengurangkan penularan Covid-19 lebih-lebih lagi dengan keterangan Covid-19 tidak tahan dengan suhu musim panas. Tetapi satu kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open mendedahkan kisah sebaliknya.

Kertas kajian itu menceritakan kisah seorang pesakit yang pergi ke tempat mandian awam di Huaian, timur Jianing untuk mandi dan sauna pada 18 Januari. Malangnya, ia mengakibatkan lapan orang termasuk staf tempat berkenaan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh dua minggu.

Yang menghairankan pengkaji ialah tempat mandi tersebut mempunyai suhu lebih tinggi daripada 40 dariah Celsius dan purata kelembapan 60%. Tidak diketahui jangkitan ini berpunca daripada titik-titik air udara atau sentuhan pada benda licin seperti tombol pintu.

Tetapi ia sudah cukup untuk penyelidik membunyikan loceng amaran tentang keupayaan koronavirus yang tidak diketahui ini iaitu tidak menunjukkan sebarang kesan bila didedahkan kepada suhu panas dan keadaan lembap.

RUJUKAN:

Chen, Stephen. (2020). Coronavirus can survive long exposure to high temperature, a threat to lab staff around world: paper. South China Morning Post. https://www.scmp.com/news/china/science/article/3079831/coronavirus-can-survive-long-exposure-high-temperature-threat

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.