Saintis China menemui koronavirus dalam air mani pesakit lelaki yang dijangkiti Covid-19 tetapi penyelidikan lebih mendalam perlu dibuat bagi mengetahui sama ada penyakit itu boleh disebarkan melalui hubungan seks. Penemuan tersebut datang daripada satu kajian terhadap pesakit Covid-19 di sebuah hospital di China dan diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Network Open.
Covid-19 dikatakan tersebar menerusi titisan-titisan kecil pernafasan atau sentuhan dan sudah dikesan ada dalam najis, air liur dan air kencing. Penemuan koronavirus dalam air mani dibuat oleh pasukan penyelidik Hospital Perbandaran Shangqiu, Henan selepas menguji 38 sampel pesakit berumur antara 15 tahun hingga berusia 50-an.
Bahan genetik koronavirus ditemui pada enam sampel air mani iaitu empat bagi pesakit yang mengalami tahap kemuncak jangkitan dengan dua lagi bagi pesakit yang sedang pulih. Penyelidik memberitahu kajian mereka amat terhad berikutan saiz sampel yang kecil dan lebih banyak kajian perlu dibuat bagi menguji hipotesis Covid-19 boleh disebarkan menerusi hubungan seks atau tidak.
Seorang penyelidik berkata, “Sekiranya terbukti SARS-CoV-2 (nama virus Covid-19) boleh tersebar melalui hubungan seks dalam kajian mendatang, ia merupakan bahagian kritikal dalam mencegah penularan gelombang Covid-19 yang seterusnya. Mengelak melakukannya atau memakai kondom perlu dipertimbangkan sebagai bentuk pencegahan kepada pesakit yang terlibat.”
RUJUKAN:
AFP. (2020). Chinese scientists detect coronavirus in semen of infected men. Al-Arabiya. https://english.alarabiya.net/en/coronavirus/2020/05/07/Chinese-scientists-detect-coronavirus-in-semen-of-infected-men.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih