Hari ini kita semua tahu, Korea wujud dalam dua bentuk yang berbeza: Korea Selatan yang moden dan terbuka dan Korea Utara yang tertutup serta militaristik. Tapi sebelum perpecahan itu, Korea adalah sebuah wilayah yang kaya dengan sejarah yang penuh liku.
Asal-usul Korea bermula dengan legenda Dangun, pengasas Gojoseon sekitar abad tahun 2333 SM, yang dipercayai lahir daripada gabungan makhluk suci dan manusia. Gojoseon menjadi kerajaan awal yang akhirnya ditakluk oleh Dinasti Han dari China.
Namun, semangat berdikari orang Korea tidak pernah padam. Selepas kejatuhan Gojoseon, muncul era Tiga Kerajaan: Goguryeo, Baekje dan Silla. Ketiga-tiga kerajaan ini bersaing dari segi kuasa, budaya dan diplomasi, dengan interaksi erat bersama dua jiran besar mereka iaitu China dan Jepun.
Pada tahun 668, Kerajaan Silla berjaya menyatukan Korea buat kali pertama dengan bantuan Dinasti Tang dari China. Ini membuka lembaran zaman kegemilangan budaya, agama Buddha dan kemajuan sains.
Namun, kerajaan itu akhirnya digantikan oleh dinasti Goryeo (918–1392), yang daripadanya lahir nama “Korea” yang kita kenali hari ini. Pada zaman Mongol, Goryeo menjadi negeri naungan tetapi masih mengekalkan identitinya.
Dinasti Joseon (1392–1897) menggantikan Goryeo dan memerintah lebih 500 tahun. Ini adalah satu tempoh yang sangat panjang bagi mana-mana dinasti dunia. Di sinilah sistem tulisan Hangeul dicipta oleh Raja Sejong dan Korea berkembang di bawah ideologi Konfusianisme.
Namun dasar pengasingan Joseon melemahkannya pada abad ke-19, ketika kuasa luar seperti Jepun, Qing dan Barat pun mula memberi tekanan.
Jepun akhirnya menjajah Korea secara rasmi pada 1910. Bahasa Korea diharamkan, budaya ditindas dan rakyat diperhambakan melalui sistem buruh paksa dan ‘comfort women’. Namun, semangat kemerdekaan terus membara dengan kebangkitan gerakan protes seperti Pergerakan 1 Mac 1919.
Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Korea dibahagi dua. Utara di bawah pengaruh Soviet dan Selatan di bawah Amerika. Pada 1950, Perang Korea meletus. Ia tamat dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai. Garisan pemisah, iaitu Zon Bebas Tentera (DMZ), kekal sehingga hari ini.
Hari ini, dua Korea berjalan berbeza arah. Tapi mereka tetap berkongsi bahasa, darah dan sejarah yang sama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.