Sejak akhir-akhir ini, kesesakan lebuh raya (dan jalan raya biasa) di Malaysia semakin menjadi barah apabila berlaku pertambahan kereta dengan begitu banyak. Buktinya, jumlah kereta di Malaysia menyamai jumlah penduduk iaitu sebanyak 32,000. Tetapi Secara purata setiap isi rumah miliki dua kereta dan kebanyakannya gemar memandu kereta bersendirian.
Apabila terjadi seorang 1 kereta, kesesakan jalan raya semakin tidak dapat dibendung. Apa penyelesaian kepada kesesakan? Ramai yang akan jawab besarkan jalan dan tambah lebuhraya. Tapi Lembah Klang dah buat dan masih lagi sesak. Jadi nak selesaikan masalah ini kita perlu ambil contoh daripada luar negara dan yang terbaik adalah Korea Selatan. Jadi apa Korea buat untuk atasi masalah kesesakan jalan raya?
Selepas Perang Korea, Seoul yang miliki penduduk sekitar 700,000 orang telah bertambah kepada 6.9 juta orang dalam masa 10 tahun sahaja. Ditambah pula, beribu-ribu geng demo loni tok serupo mulo daripada pantai timur Korea Selatan mula merantau ke Seoul. Jadi pemerintah Korea Selatan telah menggalakkan penduduk Seoul menggunakan kereta bagi memudahkan pergerakan.
Saranan itu menyebabkan pertambahan mendadak jumlah kenderaan di Seoul berlaku kesesakan yang teruk. Bagi mengatasi masalah ini, pemerintah Korea telah membina lebih banyak jalan dan lebuhraya. Namun tindakan itu tidak menyelesaikan masalah pun kerana kereta semakin bertambah tanpa kawalan.
Fikir punya fikir Korea pun pandang ke barat. Korea mendapati kereta api bawah tanah banyak menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di London dan New York. Maka Korea mula membina kereta api bawah tanah di Seoul. Menariknya adalah walaupun kereta api bawah tanah dikendalikan oleh 3 syarikat berbeza, pemerintah Korea telah meminta mereka beroperasi dalam satu sistem yang sama. Bermakna rakyat tidak perlu lagi keluar masuk stesen dan menukar tiket untuk ke train seterusnya.
Setelah itu, sistem kereta api bawah tanah ini telah berkembang kepada 23 laluan dengan 727 stesen yang meliputi kawasan Seoul sehingga ke Gyeonggi dan Incheon. Paling menarik sekali adalah kereta api bawah tanah di Korea ini sangat menepati masa dan begitu laju. Jadi tiada alasan untuk orang Korea naik kereta jika train mereka sangat efisien.
Walau kereta api bawah tanah sudah dibina tetapi kesesakan jalan raya tetap juga berlaku. Ini kerana orang Korea masih lagi tetap suka bawa kereta sehinggakan lebuhraya yang ada 12 lorong pun boleh jem lekat. Malah bilangan kenderaan yang begitu banyak telah menyebabkan kualiti udara di Korea menjadi semakin teruk. Jadi Korea buat kerja gila dengan hasrat ingin menukar lebuhraya kepada taman bunga dan laluan pejalan kaki.
Pada mulanya ramai rakyat Korea yang menentang kerana menukar fungsi lebuhraya akan menyebabkan kesesakan menjadi semakin parah. Malah nak tunjuk kereta baru kepada bakal mertua yang materialistik pun susah. Tapi pemerintah Korea pekakkan telinga dan terus dengan hasrat mereka. Akhirnya lebuhraya Chonggyecheon dan jejambat Seoullo 7017 telah ditransformasikan juga kepada laluan pejalan kaki. Cara ini berjaya apabila laluan pejalan kaki itu mula mendapat perhatian rakyat dan pemerintah Korea juga menambah baik infrastruktur di sana hampir setiap tahun.
Biarpun begitu masih ada lagi masalah yang membelenggu iaitu penat nak jalan kaki lebih daripada 2km. Pemerintah Korea pun kecilkan lagi jalan raya untuk memberi laluan kepada pembinaan lorong basikal. Bagi memudahkan lagi rakyat, Korea telah menerapkan sistem penyewaan dan perkongsian basikal. Caranya anda perlu cari stesen terdekat untuk menyewa basikal dalam tempoh masa tertentu. Jadi tidak perlu lagi bersabung nyawa berbasikal di lebuhraya.
Kesimpulannya, Seoul juga pernah memiliki masalah yang sedang Lembah Klang hadapi hari ini. Tapi apa yang bezanya adalah pemerintah Korea sanggup buat kerja gila di kala mentaliti rakyat masih lagi mencintai kereta.
Bayangkan jika kerajaan Malaysia buat kerja gila dengan cuba menukar NKVE dan Federal kepada laluan pejalan kaki, pasti rusuhan besar-besaran akan berlaku.
RUJUKAN:
Kling, S. (2020, Februari 13). Dispatch from Seoul: City of transportation extremes. The Chicago Council. Dipetik daripada https://www.thechicagocouncil.org/commentary-and-analysis/blogs/dispatch-seoul-city-transportation-extremes
Watson, A. (2017, Oktober 19). How Seoul is using technology to avoid ‘traffic hell’. CNN Business. Dipetik daripada https://money.cnn.com/2017/10/19/technology/seoul-transportation-megacity/index.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih