Pemakanan masyarakat Viking sememangnya serba ringkas, namun masih tetap menyelerakan. Mereka pada umumnya mempunyai rutin pemakanan sebanyak dua kali sehari – pertamanya ialah dagmál (sarapan) yang dinikmati pada waktu pagi, kira-kira dua jam selepas mereka memulakan rutin harian. Juadah seterusnya dinikmati pada waktu malam (disebut náttmál), dengan jarak antara kedua-duanya adalah sekitar 12 jam.

Makanan ruji mereka ialah bubur dan gruel (bubur yang lebih halus teksturnya) yang diperbuat daripada bijirin seperti barli, oat, dan gandum yang dihidang secara ringkas dan kosong. Bagaimanapun, hidangan berkenaan kebiasaannya dilazatkan lagi dengan campuran bahan-bahan tambahan seperti susu, mentega, madu, kekacang, rempah-ratus, dan bebuahan.

Cuma malangnya, masyarakat Viking tidak mencatatkan resepi-resepi masakan mereka di dalam penulisan khusus sekali gus tidak memungkinkan kita untuk meninjau diet pemakanan mereka secara lebih mendalam.

Maklumat-maklumat kecil yang dimiliki oleh lingkungan ilmuwan berkaitan hal ini hanya bersumber daripada dapatan arkeologi dan juga nota-nota ringkas yang terselit di dalam legenda-legenda Edda dan Saga.

Namun bak kata pepatah, biar titik jangan tumpah, biar sedikit asalkan memberi faedah. Walaupun sebutannya hanya sekadar sepintas lalu, setidaknya baris-baris pendek ini mampu memberikan kita gambaran tentang budaya pemakanan Viking.

Malahan, satu dialog yang dituturkan oleh seorang watak di dalam Saga Brennu-Njáls mengisyaratkan kepada kita betapa po.lem.ik tentang tugas memasak dalam rumahtangga turut dialami oleh Viking, dengan mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada bahu wanita. Katanya, “Bukan kerja lelaki untuk mencampuri urusan penyediaan makanan.”

Walaupun cuaca permukaan bumi yang dihuni oleh Viking kurang sesuai untuk menumbuhkan beberapa jenis tanaman, mereka masih tetap berupaya mendapatkan pelbagai jenis makanan. Apa yang tidak dapat mereka peroleh dengan cara bercucuk tanam dan menternak, mereka akan dapatkan daripada jalan perdagangan atau penak.lu.kan.

Rupa bubur Viking yang dihasilkan semula mengikut seperca maklumat yang ada

Bubur yang menjadi makanan ruji mereka kebiasaannya mengandungi bijirin, kacang hazel, epal, madu, dan susu. Kesemua bahan ini memang boleh didapatkan dalam lingkungan masyarakat Viking sendiri.

Bijirin barli misalnya, tumbuh di Sweden dan Denmark. Norway pula sinonim dengan bijirin oat dan barli. Begitu juga dengan Iceland. Dapatan arkeologi bahkan pernah menemukan sisa-sisa gandum di Jorvik, Birka, Oseberg, dan Dublin.

Walaupun barli kebiasaannya diolah menjadi ar.ak ataupun bi.r, ia turut digunakan bagi menyediakan bubur dan roti. Di beberapa tempat seperti Denmark, bijirin oat dijadikan sebagai makanan haiwan. Namun tidak di Sweden dan Norway.

Satu-satunya kekacang yang tumbuh di bumi Scandinavia ialah kacang hazel. Kekacang lain seperti walnut, almond, dan chestnut umumnya diimport daripada tamadun-tamadun lain yang berinteraksi dengan Viking.

Epal, beri dan plum merupakan antara bebuahan tempatan yang dapat dinikmati oleh mereka. Kebiasaannya, ia dijadikan jeruk supaya tahan lebih lama. Madu dan gula yang menjadi bahan penting dalam menjeruk bebuahan lazimnya didapatkan di Scandinavia selatan.

Sementara itu, di utara Sweden, Finland, dan Norway pula giat dengan aktiviti penternakan lembu dan kambing. Dalam budaya mereka, lembu lebih utama berbanding kambing. Keadaan ini tidak menghairankan kerana produk tenusu seperti mentega, susu, dan keju cukup signifikan dalam kehidupan seharian mereka.

Secara tidak langsung, dengan meninjau diet pemakanan Viking kita dapat menggambarkan sosiobudaya dan hubungan import-eksport mereka sekali gus menjelaskan betapa Viking bukanlah bangsa ga.sar yang tidak punya peradaban.

TERJEMAHAN

Alicia McDermott. (20 September 2020). Eat Like a Viking: Ancient Gruel was Tastier than it Sounds! Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.