Sebilangan besar warga Amerika hari ini tidak tahu bahawa secawan kopi yang mereka hirup setiap pagi pernah menghubungkan mereka dengan Empayar Uthmaniyyah di Turki.

Dan tidak ramai yang menyedari bahawa negara Islam yang berusia 600 tahun lebih ini menyumbang kepada munculnya Protestan, aliran agama Kristian yang menjadi fahaman Kristian secara dominan di Amerika, atau dalam erti kata lain, penjelajah Eropah yang “menemui” Amerika berjaya melakukannya akibat desakan cengkaman kuasa oleh pengaruh Uthmaniyyah dan entiti Islam lain dalam perdagangan antara Eropah dan Asia.

Sebenarnya, sebahagian orang Amerika hari ini juga bahkan tidak pernah mengenali apa itu Empayar Uthmaniyyah. Apabila orang Amerika terlintas tentang Timur Tengah dalam fikiran mereka, mereka hanya sering menganggapnya sebagai teater per*ng Amerika dan wilayah yang penting untuk sumber minyaknya.

Namun mereka semua berhutang sebahagian kepentingan dari budaya dan sejarah mereka sendiri terhadap sebuah empayar yang paling penting dalam sejarah Timur Tengah, iaitu Empayar Turki Uthmaniyyah, khususnya terhadap seorang Sultan yang pernah hidup dan memerintah sekitar setengah milenium yang lalu. Malah, penerokaan benua Amerika itu sendiri bergantung kepada faktor kawalan dominasi laluan perdagangan utama oleh Empayar Uthmaniyyah.

Bulan September ini merupakan bulan yang menandakan ulang tahun ke-500 kemangkatan seorang tokoh sejarah yang kian dilupakan – Sultan Selim I, pemerintah kesembilan Empayar Uthmaniyyah. Kehidupan dan pemerintahan Selim meliputi setengah abad yang amat penting dalam sejarah dunia, dan kepentingannya terus dirasai hingga ke zaman kita hari ini.

Baginda hampir menggandakan keluasan sempadan wilayah Uthmaniyyah melalui per*ng di Timur Tengah, Afrika Utara dan Kaukasus. Usaha baginda tidak kurang bahkan lebih penting daripada pencapaian peneroka Amerika, Christopher Columbus, pendeta Katolik Jerman Martin Luther, diplomat Itali dan ahli falsafah politik Niccolò Machiavelli atau tokoh yang lain sezamannya, kejayaan Selim pada hakikatnya telah mengubah dunia.

Pada tahun 1517, Selim bersama angkatan tenteranya melancarkan ekspedisi penakl*kan dari kota Istanbul ke Kaherah, menewaskan saingan utamanya dalam dunia Islam, Empayar Mamluk. Selim kemudian memerintah lebih banyak wilayah berbanding pemerintah lain. Baginda memegang kunci kekuasaan global, menguasai titik pertengahan dunia, menguasai laluan perdagangan antara Mediteranean, India dan China dan memiliki jaringan pelabuhan di laut utama dan lautan Dunia Lama.

Kewibawaan dan pengaruh kuasanya dalam hirearki keagamaan di seluruh dunia Islam sudah tidak ada tandingannya lagi. Dan baginda memiliki banyak sumber tunai, tanah dan tenaga kerja. Dengan kuasa yang begitu besar, dengan mudah baginda memperoleh gelaran sebagai ‘Bayangan Allah di muka bumi”.

Kekalahan Empayar Mamluk sepenuhnya telah mengubah keseimbangan kekuatan global antara dua kuasa geopolitik utama pada zaman itu: iaitu Islam dan Kristian. Sepanjang tempoh ini, agama bukan sekadar masalah kepercayaan peribadi tetapi menjadi asas logik organisasi politik di seluruh dunia.

Empayar Uthmaniyyah dan pemerintah Syiah Safavid dari Iran melancarkan per*ng sepanjang tahun 1500-an dan 1600-an, inilah bibit-bibit awal perpecahan akibat pandangan agama dan politik Sunni-Syiah dalam Islam yang berterusan merosakkan dunia Islam hari ini. Namun bukan Islam sahaja yang berpecah belah akibat kebangkitan Uthmaniyyah.Pada tahun 1517, Selim berjaya mengambil alih kawalan ke atas kota Mekah dan Madinah, kota-kota yang paling suci dalam Islam, mengubah empayarnya daripada mempunyai penduduk Kristian yang majoriti kepada penduduk majoriti Muslim sekaligus mengabsahkan kedudukan baginda sebagai sultan, penerus Kekhalifahan, ketua politik utama empayar dan ketua global Masyarakat Islam seluruh dunia.

Pada zaman Selim inilah untuk pertama kalinya sebuah negara yang diiktiraf secara langsung dan kali pertama juga, kerajaan yang dianggap sebagai negara Sunni dan sebuah negara Syiah telah bertemp*r berm*ti-m*tian untuk merebut kuasa hegemoni di Timur Tengah.

Tetapi Islam bukan satu-satunya agama yang berkembang berikutan disokong oleh peluasan sempadan Uthmaniyyah. Mendominasi kekuasaan wilayah, Selim mencetuskan perselisihan rohaniah dikalangan aliran-aliran Kristian Eropah, kemudian menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil dan negara-kota Kristian dari satu benua sama yang saling menentang hingga turun temurun. Namun, samada secara bersendirian atau membentuk perikatan, kuasa-kuasa Eropah masih tidak mampu menandingi kerajaan gergasi Islam itu.

Dalam usaha menjelaskan faktor ketidakseimbangan kuasa ini, ramai orang Eropah menemui jawapan bukan hanya dalam konteks politik tetapi dari sisi yang mereka anggap sebagai kegagalan nilai moral mereka sendiri. Di dunia yang mana agama dan politik disatukan, pertukaran nasib diantara mereka dengan Uthmaniyyah ini dianggap sebagai hukuman dari Tuhan.

Pendek kata, kuasa-kuasa ​​Katolik tidak mampu menghentikan kerancakan penyebaran Islam yang melemahkan mereka. Dengan kata lain, kebangkitan kuasa Uthmaniyyah dan penyebaran Islam sekaligus turut menjadi titik tolak kebangkitan Protestan.

Sejauh ini, kritikan yang paling meluas dan berasas adalah dari Martin Luther. Dia menegaskan bahawa kelemahan agama Kristian yang mundur teruk berbanding Islam berpunca dari kerosakan moral Gereja Katolik.

Korupsi di peringkat Paus sendiri melunturkan jiwa penganut Kristian dari dalam, menjadikan seluruh struktur pertubuhan Kristianiti itu rapuh sehingga lemah dalam menghadapi musuh dari luar.

Selain berperanan sebagai titik tolak ideologi, Sultan Selim I membelikan masa untuk Luther dalam memacu perpecahan: berikutan kerahan ketenteraan mereka untuk mempertahankan diri dari ancaman Uthmaniyyah, kuasa-kuasa Katolik yang lain menjadi keberatan untuk mengirim sokongan tambahan bagi mengatasi gejolak awal Protestan.

Hasilnya, Luther dan para penyokongnya memperoleh tapak permulaan untuk menyebarkan fahaman Protestan ke seluruh kota Jerman dan akhirnya ke seluruh dunia.

Dari segi ekonomi, Empayar Uthmaniyyah adalah pusat kekuatan melalui saiz ukurannya yang besar lagi luas dan kepimpinan Sultan Selim I yang bijaksana, ia terserlah dalam keupayaannya mengendalikan kawasan geografi yang begitu luas. Salah satu pendorong ekonomi empayar dari era Selim hingga awal abad ke-18 adalah kawalan terhadap perdagangan kopi secara global.

Terdapat pelbagai versi sejarah berbeza mengenai asal usul kopi, namun kesemuanya kekal mengikut garis masa dan geografi ia ditemui iaitu pada abad ke-15 di Yaman. Namun, Uthmaniyyah adalah pihak yang bertanggungjawab mempelopori budaya meminum kopi secara umum semenjak tentera Selim menemui tanaman dengan buah berri merah terang semasa pencerobohan ke atas Yaman.

Uthmaniyyah mula memetik dan membancuh buah ini, dan dengan itu mewujudkan satu institusi yang secara tidak langsung membentuk budaya meminum kopi. Jutawan Starbucks Howard Schultz patut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selim I di atas kewujudan syarikat coffeehouse miliknya yang terkenal itu.

Hanya sebilangan kecil sahaja dari seluruh warga Amerika menghargai pendapat bahawa seorang sultan dari Empayar Uthmaniyyah adalah orang pertama yang mengubah perdagangan menjadi geopolitik, memonopoli bekalan salah satu sumber asas yang digunakan secara meluas oleh pengguna di seluruh dunia.

Kekuatan Selim terbukti begitu hebat sehingga pengaruhnya menjangkau ke seluruh Eropah dan Timur Tengah, melintasi Atlantik ke Amerika Utara. Pada tahun 1517, dalam masa beberapa minggu sahaja selepas Selim melancarkan ekspedisi ketenteraannya untuk menakl*ki Kaherah, orang Eropah yang telah mendarat buat pertama kali Amerika Tengah.

Ketika ombak g4nas mendorong mereka mereka ke Semenanjung Yucatán, tiga buah kapal Sepanyol yang berlayar dari Cuba itu terpandang dari kejauhan, sebuah kota besar tamadun Mayan, ia lebih besar dari apa pun yang pernah mereka lihat. Kota ini adalah Cape Catoche hari ini berhampiran Cancún. Namun, pada tahun 1517, para pelayar Sepanyol tersebut telah membaptiskan kota itu dengan nama El Gran Cairo, yang bermaksud Kaherah Agung.

Penakl*kan terhadap dua kota ‘Kaherah’ pada tahun yang sama itu sekaligus menundukkan dua kuasa yang saling berjauhan iaitu Mayan dan Mamluk, menunjukkan satu kemungkinan besar bagaimana Selim mampu menghantui daya imaginasi Eropah.

Kota yang paling terkenal di Mesir terbukti menjadi batu loncatan walau sejauh di seberang dunia, kota itu nampaknya memperlihatkan gambaran keagungan besar kota Sepanyol, mengancam misteri dan fantasi yang dahagakan d*rah.

Selama berabad, Kaherah sebelum itu telah menghantar armada kapal ke penempatan Sepanyol di Afrika Utara dan di Semenanjung Iberia bagi menekan dan menyeksa populasi tersebut. Mereka telah menangkap dan memenjarakan orang-orang Kristian dan menjadi ancaman terbuka terhadap ibu kota Eropah.

Uthmaniyyah bertahan sebagai pemain utama di pentas dunia dari pemerintahan Selim hingga keruntuhan mereka dalam Per*ng Dunia Pertama setelah lebih dari enam abad memerintah. Ketika kuasa Eropah mula melemahkan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-19, mereka juga menulis tentang Uthmaniyyah mengenai sejarah tentang bagaimana dunia mereka dibina.Kaherah menguasai kota suci Baitulmaqdis, dan menyekat orang Eropah dari berdagang dengan India dan China.

Semua kuasa itu sedang berada di tangan Selim. Penakl*kan kota Mayan yang luas, walaupun jelas merupakan kemenangan besar bagi Sepanyol, masih tidak mampu menandingi kekuatan pengaruh Sultan Selim I. Sekiranya ada sedikit pun, itu membuktikan kelemahan Eropah, hatta di kepulauan Caribbean pun orang Kristian masih dirasuk oleh ‘hantu’ Uthmaniyyah.

Orang Eropah mengambil pedoman terhadap kelemahan Uthmaniyyah semasa kejatuhannya dan kembali ke masa lalu untuk menggambarkan kekuasaan mereka sendiri adalah sebagai satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Mengatasi pandangan sebegitu untuk melihat ‘gema’ Empayar Uthmaniyyah di “Dunia Baru” dan di seluruh dunia membantu kita memahami kehadiran pengaruh Uthmaniyyah di mana-mana sahaja.

Ini membantu kita mengiktiraf apa yang orang Eropah pegang selama berabad-abad: bahawa berkat kebijaksanaan Sultan Selim, Uthmaniyyah menggunakan lebih banyak kuasa, menguasai lebih banyak wilayah, menaungi lebih ramai rakyat dan bertahan lebih lama daripada hampir semua ketamadunan empayar lain.

Memahami sejarah ini turut membantu bangsa lain untuk melihat kedudukan umat Islam yang tidak asing lagi hari ini, yang lazimnya sering disalah tafsir dan ditolak dengan pelbagai label ekstremis tetapi ironinya di masa yang lalu Islam dan bangsa lain boleh berkongsi sumber bersama.

Walaupun Islam sering digambarkan sebagai entiti ‘pengganas’ yang mengancam ketenteraman awam di Amerika dan seluruh dunia hari ini, sebagaimana ia bertentangan dengan apa yang dengan mudah dunia terima iaitu “kebaratan”, dalam tidak disedari, kemandirian sebahagian budaya kebaratan itu hingga ke hari ini sebenarnya merupakan sebahagian dari elemen yang tidak boleh dipisahkan dari sejarah serta kekuatan desakan yang membina di masa lalu yang amat berkait rapat dengan Islam dan Uthmaniyyah.

Amerika, Protestan dan kopi, semuanya sentiasa mempunyai kaitan rapat dari sejarah Islam dan Uthmaniyyah. Mungkin ini juga menjelaskan mengapa Empayar Uthmaniyyah konsisten menjalinkan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat sehingga penghujung Per*ng Dunia Pertama.

Jangankan Amerika, kita bangsa Melayu yang berkerajaan sendiri dan tidak pernah didominasi secara terus oleh kuasa Uthmaniyyah kecuali Kesultanan Aceh, juga tidak terlepas dari menerima pengaruh yang besar dari Uthmaniyyah.

RUJUKAN:

The Ottoman Sultan Who Changed America: http://foreignpolicy.org.tr/the-ottoman-sultan-who-changed-america/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.