Hari ni saya mahu berkongsi tentang keakraban ulama’ sufi dengan kopi. Seperti yang kita ketahui, minimuman kopi berasal dari negara Islam iaitu habsyah (Ethopia) dan dipopularkan di Yaman & Damsyik sebelum dibawa ke Eropah & America.

Bijian-bijian kopi.

Sebab itu, biji kopi Habsyah & Yaman (mocha) adalah antara terbaik di dunia. Kopi mocha tu bukan kopi yang dicampur coklat. Tetapi nama sebuah pekan di Yaman Sultan Selim I sendiri membawa kopi ke Istanbul pada tahun 922 H,dan minuman kopi mulai marak dinikmati di sana tahun 960H.

Ulama sufi juga melihat kopi sebagai saranan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Ini kerena minum kopi boleh memberi kesegaran & kerajinan. Dengan kopi, kerja kebaikan akan terasa lebih mudah & indah, samada kebaikan dunia atau akhirat. Kopi menjadi teman dalam amalan.

Ulama’ dan khalifah gemar menghirup bercangkir kopi untuk beribadah malam, menimba ilmu dan bermusyawarah. Kehadiran kopi dalam majlis-majlis Khalifah Uthmaniyyah adalah suatu pemandangan yang tidak asing. Kopi memainkan peranan penting dalam diskusi ummah.

Contoh gambaran rumah-rumah kopi Uthmaniyah.

Kopi bukan hanya dinikmati oleh ahli ibadah, malah oleh para sarjana & pemikir ulung dunia. Al Qasimi berkata mengenai kopi:

”Ia minuman para penulis, para guru, para penela’ah kitab, para pengajar ilmu-ilmu sastra dan ilmu-ilmu profesi serta para penyair…”

Kerana bagi para sarjana & ahli ibadah kopi membantu mereka dalam kebaikan, mereka mendirikan banyak kedai kopi sendiri. Kedai kopi akan jadi tempat berkumpul sarjana, ahli ibadah & pendakwah. Apabila azan berkumandang, mereka akan solat berjemaah Bersama.

Mashaallah indahnya.

Al Muhibbi berkata mengenai Syeikh Al Yatim:

”Di awal mulanya ia mencari nafkah sebagai penjual kopi dengan suwiqah (roti gandum) yang dibakar, dan kedai kopinya merupakan tempat berkumpulnya orang-orang shalih…”

Jelas disini, dalam budaya kita, kopi bukan sekadar minuman komoditi. Bahkan ia adalah penyeri hidup bagi mereka yang cintakan ilahi. Kopi bukan hanya pada gaya, tetapi saranan untuk kemajuan diri, bangsa dan agama.

Kopi dari hati, buat jiwa yang ingin Kembali.

Artikel dinaikkan di portal The Patriots atas izin penulis asalnya di Twitter, @aimanomist. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.