Bayangkan, korang tak boleh beli rumah sebab lintas jalan sesuka hati atau melalak dalam keretapi. Macam dystopian kan, tapi itulah kerisauan masa depan China kalau esok diorang wajibkan sistem kredit sosial.
Liu Hu seorang wartawan di China, telah diharamkan daripada membeli tiket penerbangan, menaiki keretapi, membeli rumah atau membuat pinjaman.
Puncanya?
Kerana dia disenaraikan sebagai orang yang tidak boleh dipercayai menurut Supreme People’s Court.
Apa dia buat?
Sebagai seorang wartawan, Liu Hu hanya bersikap jujur dengan mendedahkan perkara sulit dan korupsi dalam kerajaan. Semudah itu, sistem kredit sosial boleh dimanipulasi untuk menyusahkan hidup Liu Hu.
Sebenarnya, sistem kredit sosial ni belum berpusat lagi. Ada beberapa tempat dan syarikat sahaja yang sudah jalankan sistem ni. Contohnya, bandar Rongcheng memberikan warganya 1,000 point pada permulaan.
Kalau diorang buat benda buruk macam langgar lampu isyarat, markah akan ditolak. Kalau diorang buat benda baik macam bagi derma kepada rumah kebajikan, markah akan ditambah.
Syarikat swasta macam Sesame Kredit sudah mengumpulkan data 400 juta orang. Bagi mereka, markah akan ditolak kalau orang tu lama sangat main game. Markah pula akan ditambah kalau mereka jadi mak bapak.
Yang tak bestnya, Sesame Kredit link dengan laman web dating, Baihe. Jadi, orang yang keluar dating boleh memeriksa nilai kredit pasangannya. Pecah la tembelang lelaki hidung belang dan penyondol-penyondol sekalian.
Korang sanggup nak hidup macam tu?
Kalau sebelum ni, Raqib Atid je yang catat baik buruk kita. Sekarang ni, semua orang boleh cop kita baik atau jahat. Nilai kredit tu boleh berkurang dengan komen buruk daripada orang lain, dan bertambah dengan pujian daripada orang lain.
China cadangkan sistem ni tahun 2007, dan sudah dijalankan bermula tahun 2004 secara swasta. Dengar katanya, Kerajaan China akan jadikannya sistem rasmi negara sebab ramai lagi rakyat Cina yang tak pakai kad kredit. Justeru, kerajaan beralasan bahawa sistem ini akan memudahkan urusan rasmi untuk mengenalpasti siapa yang boleh dipercayai dan siapa yang tidak boleh dipercayai.
China memang ada krisis kepercayaan. Korang ingat lagi Covid-19? Orang masih lagi menuduh China sebab isu makanan. Itu belum lagi isu diskriminasi muslim di Xinjiang. Wajah setengah juta etnik Uighurs sudah dimasukkan dalam data untuk sistem kredit sosial yang ketat.
Korang rasa, patut ke buat juga kat Malaysia?
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
China memang kaya dengan budaya dengan sejarah. Korang boleh menelusurinya lagi dalam KITAB TAMADUN CINA. Klik: https://shp.ee/yi946il
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih