Empayar British merupakan empayar terbesar yang dapat disaksikan pada kurun ke-19 M. Dalam masa yang sama, British juga amat terkesan dengan pergabungan kuasa dunia lain semasa P3rang Dunia Pertama (WWI) iaitu Pembentukan Kuasa Pusat (Central Power) atau Empayar-empayar Pusat (Central Empire) antara Empayar Kekhalifahan Uthmaniah, Jerman, Austria-Hungary dan Bulgaria.

Kuasa Pusat pada awalnya dianggotai oleh Jerman dan Empayar Austria-Hungary sahaja, namun Uthmaniah dan Bulgaria menyertai mereka pada Tahun 1914.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Terdesak untuk memenangi P3rang Dunia Pertama, British, bersama-sama dengan Perancis dan Russia mewujudkan ‘Triple Entente’ atau Kuasa Bersekutu (Allied Power). Selain itu, British tidak mampu memenangi p3rang dengan Uthmaniah yang sangat besar dan berkuasa itu, melainkan dengan memvsnahkan empayar tersebut dari dalam.

Oleh itu, British perlu membuat konspirasi terancang bagi memvsnahkan Uthmaniah dari dalam. Dengan melemahnya Uthmaniah ini, Kuasa Bersekutu pasti dapat mengal@hkan Kuasa Pusat. Untuk mengurangkan kuasa Uthmaniyah, British perlu membuat perjanjian kemerdekaan dengan Negara Arab.

Namun begitu, British juga menjanjikan Palestin sebagai ‘Tanah air’ kepada pend4tang Yahudi demi untuk meraih sokongan Pergerakan Yahudi Sedunia iaitu Zionist.

Penglibatan British di Timur Tengah bermula pada zaman Raja Edward VII yang menaiki takhta pada Tahun 1901. Baginda berminat untuk melihat empayar British yang ditadbirnya menjadi sangat berkuasa dan menaungi seluruh dunia.

Justeru itu, Britih melihat India adalah tempat terbaik untuk dijadikan tapak empayar keduanya dan Terusan Suez menjadi sangat penting untuk kedudukan geopolitikal British ke Asia untuk memudahkan pergerakan t3ntera dan sumber dari India ke Eropah dan berbalik semua ke India.

Untuk mencapai cita-cita tersebut, British menjadi satu-satunya kuasa imperialis barat yang memasakkan kakinya ke Timur Tengah dengan mengvasai Pelabuhan Aden dan Mesir.

Rajah 1: Kawasan jajahan British di Timur Tengah.

British telah mengilhak Mesir daripada Turki Uthmaniah pada Tahun 1882. Pada tahun 1914, Mesir bertukar kepada Negara Perlindungan British dan Kaherah menjadi Pusat Kekuasaan British di Timur Tengah.

Kehadiran kuasa imperialis barat di Timur Tengah menjadi sangat strategik kepada British kerana Turki Uthmaniah di bawah pemerintahan Sultan Mohammad V telah membuat perikatan dengan negara Jerman membentuk Kuasa Pusat (Central Power).

Rajah 2: Kuasa Pusat (Central Power)

P3rang Dunia Pertama yang tercetus pada Ogos 1914 menjadi titik perubahan kepada kekvasaan barat di Timur Tengah. Di Eropah, kemaraan T3ntera Jerman disekat dengan dahsyatnya oleh perikatan T3ntera British dan Perancis sepanjang Barisan Hadapan Barat (Western Front).

Di Timur pula, T3ntera Russia bertempur dengan T3ntera Jerman dan Empayar Austria-Hungary dengan keadaan yang sangat dahsyat. Ribvan t3ntera kedua-dua pihak mavt dalam pertempuran-pertempuran.

Perdana Menteri Britain ketika itu, H.H. Asquith bersama-sama dengan kabinetnya termasuklah Winston Curchill merancang untuk mengubah strategi bagi mengatasi Kuasa Pusat dalam p3rang tersebut. Beliau memandang ke arah Timur Tengah sebagai jalan penyelesaiannya.

Britih melihat cara memenangi p3rang tersebut ialah dengan s3rangan dalaman ke Empayar Uthmaniah, selain daripada kekuatan ketumbukan T3ntera Kuasa Bersekutu. S3rangan yang dipanggil s3rangan lembut di bawah perut (soft underbelly) oleh Curchill itu ialah untuk meny3rang Turki Uthmaniah.

Oleh itu, British merancang untuk meng4lahkan Turki Uthmaniah melalui diplomasi yang digerakkan dengan rasuah, subversi dan penjanjian berganda atau serampang tiga mata. Kesemua cara ini difokuskan ke Turki Uthmaniah,

British berpakat dengan Perancis dan Russia untuk membincangkan apa yang akan dibahagikan di wilayah negara jajahan mereka itu selepas menang p3rang tersebut. Kaedah ini mengukuhkan perikatan antara mereka.

British menjanjikan Konstantinopel (Istanbul) kepada Russia, yang menjadi tapak pelabuhan terkaya yang boleh dimenangi oleh Russia. Itali pula dirasuah untuk menyertai Kuasa Bersekutu dengan menjanjikan wilayah Turki.

Strategi British turut melibatkan subversi baharu iaitu Nasionalisme. Nasionalisme Arab dan Turki yang disemaikan melemahkan lagi empayar Turki Uthmaniah, apabila Pemuda Turki mer4mpas kuasa pada Tahun 1908.

Negara-negara Arab pula mahu mewujudkan negara tersendiri dan bukan lagi dibayangi oleh pe.naklu.kan Turki Uthmaniah. Idea nasionalisme tersebut berjaya menarik perhatian Arab untuk member0ntak terhadap Turki Uthmaniah, lebih-lebih lagi apabila British menjanjikan mereka akan dapat kemerdekaan dan membentuk negara Arab di Timur Tengah seperti Empayar Abbasiyah ataupun Umayyah.

DI Semenanjung Hijaz, Shariff Hussein, Raja Hijaz ketika itu merancang untuk meluaskan lagi dominasi kekuasaannya. Sebagai Ahli Bait dari keturunan Bani Hashim, Shariff Hussein melihat keluarganya mempunyai legitimasi untuk memerintah empayar Arab Islam selepas kejatuhan Turki Uthmaniah. Shariff Hussein membuat perikatan dengan British untuk menewaskan Turki Uthmaniah dalam pep3rangan pember0ntakan Arab-Uthmaniah.

Pada Bulan Julai 1915, Shariff Hussein menghantar surat kepada Sir Harold Mc Michael, pesuruhjaya tinggi British di Kaherah mengatakan baginda akan menggerakkan ketumbukan T3ntera Arab dalam jumlah yang besar untuk meny3rang Turki Uthmaniah.

Sebagai ganjarannya, Shariff Hussein meminta kemerdekaan kepada negara Arab untuk diperintah olehnya. British menghantar surat balas pada bulan Ogos menyatakan sokongan kepada penubuhan negara Arab tersebut.

Oleh itu, Shariff Hussein bersama anak-anaknya, Putera Faisal dan Putera Abdullah mengumpulkan t3ntera yang sangat ramai dalam kalangan bangsa Arab untuk berarak meny3rang T3ntera Uthmaniah bagi men3waskan pendudukan Turki Uthmaniah di Tanah Arab.

Ketumbukan T3ntera Arab yang besar itu diperintah oleh Putera Faisal yang mempunyai daya karisma yang tinggi.

Namun begitu, tanpa pengetahuan pihak Arab, British membuat perjanjian senyap-senyap di London antara Mark Sykes, Pegawai Hubungan Luar Britain dengan rakan Perancisnya, Francois George Picot pada Tahun 1916 bagi merancang landskap Timur Tengah selepas p3rang sirna.

British kenalpasti bahawa ia merupakan gerakan yang sangat penting untuk bekerjasama dengan Perancis dalam memenangi p3rang dengan Turki Uthmaniah. Menerusi perjanjian antara kedua-dua pegawai hubungan luar ini, Perjanjian Sykes-Picot termeterai pada tahun 1916 iaitu bahagian A akan diberikan kepada Perancis dan Bahagian B akan dimiliki oleh British.

Rajah 3: Pembahagian wilayah British dan Perancis dalam Perjanjian Sykes-Picot 1916.

Dalam perjanjian tersebut, Zon A ialah kawasan pemerintahan Perancis berwarna biru dengan Pelabuhan Assyria yang sangat diidamkan mereka. Kawasan bewarna Merah pula ialah kawasan pemerintahan British. Kawasan Iraq yang kaya dengan minyak itu sangat didambakan oleh British.

Palestin pula berwarna kuning menandakan wilayah antarabangsa kecuali Haifa yang menjadi bandar pelabuhan British. Mudah British untuk membawa keluar hasil minyak dari Iraq.

Putera Faisal dan Putera Abdullah yang tidak tahu menahu berkenaan dengan penjanjian sulit kedua-dua negara itu meneruskan kempen kemerdekaan terhadap Uthmaniah. Mereka memulakan kempen ket3nteraan pada Bulan Jun 1916.

Pember0ntakan Arab terhadap Uthmaniah bermula dengan meny3rang pos kawalan Uthmaniah di Tanah HIjaz dan meny3rang landasan keretapi Uthmaniah di Hijaz yang menghubungan Madinah dengan Damsyik.

Rajah 4: T3ntera Arab memulakan kempen dari Jeddah ke Damsyik

Dalam masa yang sama, British melancarkan kempen ket3nteraan dari Kaherah ke Palestin untuk merampas Terusan Suez dan Kawasan Levant dari genggaman Uthmaniah, manakala dari sebelah Pantai Timur Semenanjung Arab pula (dari Teluk Parsi), British menjalankan kempen ket3nteraan untuk mengawal telaga minyak yang sangat banyak di Iraq.

Jeneral British, Edmund Allenby berjaya menyeberang Terusan Suez dan tiba di Palestin pada musim luruh pada tahun 1917. T3ntera Arab pula dipanggil sebagai T3ntera Utara (Northern Army). Pep3rangan di ‘Western Front’ masih tidak memihak kepada Britain. Walaupun T3ntera Jerman dapat disekat, kadar kem4tian T3ntera British di sana sangatlah tinggi.

David Lloyd George, Perdana Menteri Britain yang baharu dilantik pada penghujung 1916 merasakan perlu untuk meningkatkan kekuatan T3ntera Bersekutu. Beliau cuba untuk memikat Amerika Syarikat untuk menyertai Kuasa Bersekutu.

Lloyd George percaya ada satu organisasi yang sangat berpengaruh dan boleh mempengaruhi Negara Amerika Syarikat untuk menyertai mereka. Organisasi tersebut ialah sekumpulan individu yang sangat kaya-raya, Elitis Yahudi.

Namun begitu, pada zaman tersebut, kebanyakan Elitis Yahudi ini pro-jerman dan ada hubungan yang baik dengan Pegawai Hubungan Luar Kaiser Jerman. Organisasi Yahudi terbaharu, Zionisme juga ditubuhkan di Berlin.

Organisasi Zionist ditubuhkan pada Tahun 1897 selepas Theodor Herlz menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Der  Judenstaat Versuch dalam bahasa Jerman yang bermaksud “Negara Yahudi”. Namun begitu, sentimen anti-semitisme meningkat di Eropah Timur terutamanya di Austria-Hungary dan Russia.

Pembvnuhan etnik Yahudi di Russia secara besar-besaran menyebabkan Yahudi mewujudkan Hovevei Zion (Pencinta Zion) di kota-kota Russia. Mereka memulakan kempen memungut dana dan menaja penghijrahan Yahudi ke Palestin.

Peningkatan Anti-Semitism terutamanya selepas kongres Zionist Pertama diadakan di Basel menyebabkan Theodor Herlz merasakan Yahudi sudah tidak selamat lagi di Eropah dan sebagai penyelesaiannya, Yahudi perlu ada negara tersendiri.

Gerakan Zionisme menjadi inspirasi kepada penghijrahan besar-besaran Yahudi ke Palestin. Sebelum penghijrahan besar-besaran Yahudi ke Palestin, terdapat kelompok Yahudi  Ultra-Ortodoks terawal yang berhijrah ke Timur Tengah dan membentuk Yishuv Lama. Yishuv dalam Bahasa Ibrani bermaksud petempatan.

Yishuv lama ini terdiri daripada Yahudi Sephardik (dari Sepanyol) yang bertutur dalam Bahasa Ladino (Bahasa Yahudi di Sepanyol) dan datang ke Palestin pada kurun ke-13 M, di akhir era Pemerintahan Mamluk. Selain itu, terdapat Yahudi Ortodoks yang berbahasa Arab dan mengenakan pakaian Arab. Mereka merupakan kelompok Yahudi yang telah wujud di sana sejak zaman sebelum Islam lagi.

Yishuv baharu wujud selepas peristiwa Aliyah Pertama (1882), yang mana sebahagian besarnya merupakan Yahudi AshkeN4zi Hassidik yang berbahasa Yiddish. Gelombang-gelombang penghijrahan seterusnya banyak daripadad Yahudi AshkeN4zi, iaitu diaspora Yahudi di Jerman dan sekitarnya.

Pada penghujung 1914, populasi Yahudi hanyalah 8% sahaja berbanding penduduk asal Palestin yang rata-ratanya merupakan Kaum Arab Palestine.

Ketua Zionist di Britain,  Chaim Wezmann melobi kerajaan British untuk menyokong penghijrahan Yahudi beramai-ramai ke Palestin setelah Turki Utmaniah dikalahkan.

Pada awal 1917, Perdana Menteri Lloyd George melihat Yahudi sebagai golongan yang berpengaruh di peringkat antarabangsa, menjadikannya yakin dengan pergerakan Zionisme boleh mempengaruhi keputusan pep3rangan dengan Kuasa Pusat.

Seterusnya, pada bulan Mac 1917, Mark Sykes memulakan rundingan dengan Weizmann. Weizmann menegaskan bahasa Yahudi hanya inginkan Palestin sahaja untuk membina negara mereka. Dalam tempoh rundingan tersebut, P3rang di Barat sedang memihak kepada Kuasa Pusat.

Teknologi kapal selam Jerman yang sangat canggih menyebabkan Britain kehilangan banyak kapal-kapal dagangnya. Walaupun Amerika Syarikat telah menandatangai perjanjian untuk menyertai Kuasa Bersekutu, Presiden Woodrow Wilson belum mahu menghantar T3nteranya ke Eropahh.

Keadaan di Western Front juga sangat teruk dengan kekalahan di pihak Britain dan Russia. Russia pula di ambang kemusnahan selepas kekalahan teruk dengan T3ntera Jerman. Czar Russia dijatuhkan oleh revolusi rakyatnya menerusi rampasan kuasa Duma.

Kejatuhan Russia ini menyebabkan Kuasa Bersekutu hampir mengalami kekalahan dalam P3rang Dunia Pertama. British dan Perancis tidak mampu menewaskan Jerman di Eropah tanpa kekuatan Russia. Dalam masa yang sama, bahagian risikan British mendapati Yahudi mempunyai pengaruh yang besar dalam Parti Bolshevik di Russia, gerakan revolusi terbaharu yang menentang Duma (Duma berasaskan kapitalisme, Bolshevik lebih ke arah Sosialis).

British bimbang jika Russia menarik diri dari pep3rangan dengan Jerman di Eropah, mereka akan kalah dalam p3rang tersebut. Lebih-lebih lagi dengan keengganan Amerika Syarikat menghantar T3ntera mereka.

George Lloyd perlu bertindak bagi mengelakkan Russia menarik diri dari p3rang tersebut. Beliau mengarahkan Setiausaha Luar Britain, Arthur Balfour untuk mencipta sesuatu perkara yang boleh menarik perhatian Yahudi menyokong mereka.

Arthur Balfour mengutuskan surat kepada Lionel Walter Rothschild, Baron Rothschild Kedua, Ketua komuniti Anglo-Yahudi. Dalam surat tersebut dinyatakan,

“His Majesty’s Government view with favor the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object.”

Yang bermaksud: Kerajaan Diraja (Britain) berminat untuk membina di dalam Palestine, negara untuk orang Yahudi dan akan menggunakan cara terbaik untuk membantu memastikan objektif ini tercapai.

Surat ini sangat bertentangan dengan perjanjjian awal di antara Sykes-Picot dan Hussein-McMahon. Walaubagaimanapun, deklarasi Balfour diumumkan secara umum pada 2 November 1917, hanya selepas T3ntera British berjaya menawan Palestin.

Deklarasi Balfour ini disifatkan sebagai kesilapan terburuk Empayar British oleh akhbar The Guardian. Deklarasi ini juga menjadikan British sebagai kuasa Eropah pertama yang mendokong cita-cita penubuhan negara Yahudi di Palestin.

Shariff Hussein menuntut Palestin sebagai hadiah kemerdekaan negara Arab setelah kemenangan berpihak pada pakatan mereka (perjanjian Hussein-McMahon). Namun, deklarasi Balfour menentang semua tuntutan Arab.

Penghijrahan Yahudi bertambah banyak selepas disokong oleh British. Pada tahun 1917, populasi Yahudi hanya membentuk 80,000 orang sahaja jika dibandingkan dengan 700,000 ke 800,000 orang Peribumi Arab di sana.

Diskriminasi British bermula dengan mengelaskan penduduk Palestin sebagai Yahudi dan Bukan Yahudi, walaupun Yahudi hanya minoriti di sana. British juga mengatakan bahawa Palestin adalah tanah Yahudi, kaum lain tiada identiti yang khusus di sana (menurut British).

Deklarasi Balfour bukanlah perjanjian ataupun persefahaman, malahan ia adalah deklarasi mutlak British (tanpa meminta persetujuan negara atau bangsa lain) untuk menyokong penubuhan Negara orang Yahudi di Palestin.

Beberapa hari selepas deklarasi Balfour diumumkan, Bolshevik mengambil alih kuasa di Russia. Lloyd George berharap agar tindakan British dapat menarik hati pihak Yahudi di Russia dan Russia tidak mengundurkan T3nteranya dalam menghadapi Jerman di Barat.

Malangnya, kesemua Yahudi dalam Parti Bolshevik menganut fahaman komunis dan sosialis. Mereka membuat deklarasi umum mengatakan bahawa Zionisme ialah idea kapitalis dan mereka menentang penubuhan Zionisme.

Beberapa minggu kemudian, Russia mengundurkan T3nteranya dari medan p3rang (bertentangan dengan harapan British) dan membuka arkib lama Czar, lalu mendedahkan perjanjian-perjanjian sulit British dengan Russia untuk menjatuhkan Turki Uthmaniah.

Pendedahan maklumat ini menjatuhkan air muka Kuasa Bersekutu kerana mereka banyak membuat tipu helah dalam P3rang Dunia Pertama tersebut, walaupun secara umum British mengatakan mereka menyokong Nasionalisme dan demokrasi.

Pendedahan Bolshevik menjadikan Shariff Hussein menjadi syak wasangka kepada keikhlasan British untuk membantu dalam p3rang Arab-Uthmaniah. Baginda mula mempersoalkan tindakan British yang tidak mahu memberikan kemerdekaan dan tindakan mereka memisahkan Dunia Arab kepada Zon A dan Zon B.

Walaupun syak wasangka Arab meningkat, pada 11 Disember 1917, Jeneral Allenby, Sykes, Picot dan watak-watak T3ntera Bersekutu memasuki Jerusalem dengan berjalan kaki sebagai simbol kemenangan.

Rajah 5: Jeneral Allenby dan sekutu-sekutunya memasuki Jerusalem dengan berjalan kaki.

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin p3rang Bangsa Arab tidak kelihatan. Bimbang dengan kedinginan Bangsa Arab, British mengutuskan surat dan berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada mereka. Jeneral Allenby sangat mengharapkan bantuan Arab untuk menewaskan Uthmaniah dan Shariff Hussein pula terus berpegang pada janji British.

Pada April 1918, Weizmann dan Suruhanjaya Zionist Antarabangsa datang ke Jerusalem dan meletakkan batu asas pembinaan Universiti Hebrew di sana. Saat ini merupakan detik permulaan meletusnya kebencian Bangsa Arab terhadap kolonialisasi Yahudi.

Semasa Weizman dan Rabbi Yahudi berjumpa dengan Jeneral Allenby, mereka menuntut supaya pihak British mengotakan janji mereka dalam Deklarasi Balfour.

Pada 1 Oktober 1918, T3ntera British yang diketuai oleh Allenby bersama-sama dengan T3ntera Utara yang diketuai oleh Putera Faisal berjaya memasuki Damsyik dan memaksa T3ntera Uthmaniah berundur ke Syria.

Kemenangan tersebut menjadikan Putera Faisal menjadi wira Bangsa Arab. Baginda dilihat sebagai pembebas Bangsa Arab dari ta.klu.kan Turki Uthmaniah. Putera Faisal diangkat menjadi Gabenor Damsyik oleh orang-orang Arab walaupun ditentang oleh Jeneral Allenby.

Rajah 6: Penduduk Damsyik berpesta selepas kemenangan T3ntera Utara mengalahkan Uthmaniah

Ketika itu, Allenby tahu bahawa Syria akan diserahkan kepada Perancis. Mereka tidak akan mengiktiraf Putera Faisal sebagai pemerintah yang mempunyai legitimasi. Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya dikalahkan sepenuhnya pada 30 Oktober 1918.

Seterusnya, p3rang Dunia Pertama di Barat juga berakhir pada 11 November 1918. British dan Kuasa Bersekutu memenangi p3rang tersebut setelah kejatuhan Uthmaniah.

Konferens keamanan diadakan di Versailles pada awak 1919. Konferens yang disertai oleh ketua-ketua Negara Bersekutu seperti Perdana Menteri Perancis, Clemenceau, Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson dan ramai lagi untuk membincangkan ghanimah p3rang wilayah Uthmaniah.

British perlu mengotakan janji-janjinya kepada Perancis, Russia, Yahudi dan juga Arab. Ketika itu, Kuasa Bersekutu dilihat sebagai mempunyai kuasa yang tidak terhad dan boleh mengawal mana-mana Negara. Pertikaian berlaku apabila British dan Perancis menentang idea Woodrow Wilson untuk mewujdukan ‘New World Order,’ iaitu negara-negara yang merdeka dengan nasionalisme masing-masing.

Bangsa Arab Palestin juga mahukan kemerdekaan. Dalam masa yang sama, Putera Faisal juga hadir di Versailles untuk menuntut janji-janji manis British. Namun, masa depan Timur Tengah lebih ditumpukan kepada Perjanjian Sykes -Picot yang membahagikan Dunai Arab kepada dua zon, di antara British dan Perancis.

Arthur Balfour dalam nota rasminya semasa ucapan keamanan di Versailles mengatakan bahawa Empat Kuasa Terbesar (British, Amerika, Perancis dan Itali) komited dengan Zionisme, dan Zionisme boleh jadi betul atau salah, baik atau buruk, berakar umbi pada tradisi yang lama. Dan keperluan masa kini dan harapan masa hadapan jauh lebih penting daripada keinginan dan prasangka 700,000 orang Arab (di Palestin) yang masa kini menetap di Tanah Purba tersebut.

Arthur Balfous secara sinisnya mengatakan,

“so far as Palestine is concerned, the power have made no declaration of policy which at least in letter they have not always intended to violate.”

Yang bermaksud, setakat yang berkaitan Palestin, yang berkuasa tidak membuat deklarasi berkaitan polisi dan yang setidak-tidaknya mereka tidak bermaksud untuk melanggarnya polisi tersebut.

Konferens Keamanan Versailles dirumuskan pada 28 Jun 1919 dengan penubuhan Liga Bangsa-bangsa (League of Nations), Badan Antarabangsa Pertama berkaitan dengan keamanan dan keselamatan. Perjanjian Versailles memutuskan dalam Artikel 22 (Covenant of the League of Nations), Wilayah Arab dan sekitarnya yang dirampas daripada Empayar Uthmaniah mestilah ditadbir oelh Mandat Negara Eropah.

Oleh itu, British dan Perancis diberikan autoriti untuk mentadbir wilayah Uthmaniah di Syria dan Levant. Pada 21 November 1919, pihak Perancis yang diketuai oleh Francois Georges Picot dan Jeneral Gourad tiba di Beirut dan memulakan pemerintahan mandat di Syria dan Lebanon.

Tidak lama selepas itu, Putera Faisal ditabalkan menjadi Raja Syria oleh orang-orang Arab menyebabkan Jeneral Gourad menjadi berang. Perancis menggerakkan jentera-jentera p3rangnya menyebabkan Putera Faisal terpaksa berundur ke Palestin pada 7 Ogos 1920.

Janji-janji British untuk memberikan kemerdekaan kepada Dunia Arab sebagai sebuah negara  yang merdeka kini hanya tinggal janji. Janji yang dicapati serta manifesto bukan kitab suci. Kuasa Barat mahu membahagi-bahagikan dunia Arab untuk melemahkan mereka.

Rajah 7: Gambaran pembahagian wilayah Arab kepada Perancis dan British

Tidak lama selepas itu, Perancis membahagikan lagi wilayah yang ditadbirnya kepada Mandat Syria dan Mandat Lebanon, manakala British membahagikan wilayah mandatnya kepada Mandat Palestin dan Mandat Transjordan.

Rajah 8: Peta mandat yang dipecah-pecahkan untuk “pecah dan perintah’ kuasa Barat

Mandat British di Mesopotamia atau Iraq sangat penting untuk sumber ekonomi British, namun rakyat Iraq menolak penjajahan tersebut. British seterusnya menabalkan Raja Faisal menjadi Raja di Iraq pada Tahun 1921 untuk meredamkan Pember0ntakan.

Shariff Hussein masih mengharapkan janji-janji British untuk memerdekakan seluruh Tanah Arab di bawah pentadbirannya sebagai Ahli Bait dari keturunan Bani Hashim. Walaupun anak keduanya, Raja Abdullah dirajakan di Transjordan, impian Shariff Hussein menjadi kabu apabila Bani Saud, pesaingnya merampas Hijaz dari genggaman Bani Hashim dan menubuhkan negara Arab Saudi yang merdeka.

British mula mentadbir di Palestin pada tahun 1920. Mereka tidak bercadang untuk berundur dari Palestin. Deklarasi Balfour dan penubuhan Mandat British di sana menarik ratus ribuan immigran Yahudi baharu.

British mewariskan tanah Palestin yang rapuh antara penduduk asal dan pendatang Yahudi Eropah. Bagi penduduk asal, Yahudi yang datang ke sana sama sahaja seperti kuasa penjajah yang lain.

Yahudi pula didanai oleh pertubuhan Zionisme dan elitis-elitis kaya Yahudi yang membiayai mereka membeli tanah dan membina petempatan mereka. Ketiadaan Sultan Uthmaniah yang mengawal akta tanah di sana menyebabkan tanah Palestin dapat dibeli sewenang-wenangnya.

Pertambahan immigran Yahudi dan Pelan Pembinaan Negara Yahudi di Palestin menyebabkan penduduk asal menjadi berang. Mereka tidak mahu menyerahkan tanah mereka yang berdaulat kepada bangsa Eropah untuk membina negara di sana. Orang Arab kenalpasti Yahudi sebagai penjajah dari Eropah.

Orang Arab yang majoriti (lebih kurang 700,00 orang) tidak mahu menyerahkan tanah mereka, rumah mereka, perkampungan mereka dan bandar-bandar mereka kepada etnik minoriti yang menjadi immigran.  Palestin juga dinamakan berdasarkan nama bangsa mereka iaitu Palestinian, sejak dari zaman Rom lagi.

Sekitar Tahun 1930-an hingga 1940-an, Immigran Yahudi membanjiri Palestin disebabkan ancaman peristiwa Holoc4ust oleh T3ntera N4zi Jerman. Kebanjiran Yahudi ini meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Arab menyebabkan mereka mula meny3rang komuniti pendatang yang terlalu ramai.

Pember0ntakan Arab pada Tahun 1936 hingga 1939 menyebabkan British membantu Yahudi menubuhkan Haganah, unit separa T3ntera siap bersenjata untuk mengawal keT3nteraman.

Namun begitu, Orang Yahudi turut menubuhkan organisasi pengganas iaitu Irgun dan Lehi (Haganah juga dilihat sebagai organisasi pengganas) yang membuat s.eran.gan gerila bagi membalas se.ran.gan orang-orang Arab.

Kebangkitan Arab menentang penubuhan negara Haram Yahudi di tanah mereka mendapat respons daripada British. British menghadkan kemasukan Bangsa Yahudi ke Palestin melalui dasar kertas putih 1939.

Tindakan British ini menyemarakkan keganasan dalam organisasi Yahudi. Sekitar tahun 1942 hingga 1944, ketika British sibuk dengan P3rang Dunia Kedua, pengganas Irgun dan Lehi melakukan Pember0ntakan dan meningkatkan Aliyah Bet (Aliyah yang tidak sah) di Palestin.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Irgun dan Lehi melakukan pelbagai keganasan seperti meletupkan Hotel King David di Jerusalem pada Tahun 1946 dan melakukan pembvnuhan beramai-ramai di Deir Yassin sebelum British keluar dari sana sekitar pertengahn 1948.

Dan konflik antara pendatang Yahudi dan Penduduk Asal Palestin berlanjutan dengan penubuhan Negara Haram Israel dan tidak terhenti sampai ke hari ini. Punca utama keganasan ini ialah muslihat British dalam menewaskan Kerajaan Turki Uthmaniah, perjanjian-perjanjian yang penuh muslihat dan Deklarasi Balfour yang memihak kepada Yahudi (walaupun tiada guna apa pun untuk British).

Rajah 9: Peta Tahun 1929 Majalah TIME dengan artikel bertajuk “Islam vs Israel” – Peta ini jelas menunjukkan tiada negara bernama Israel pada tahun 1929.

RUJUKAN:

  1. Dokumentary Curiosity Stream. Promises And Betrayals: Britain And The Struggle For The Holy Land (2002), TVF, directed by Arense Kvaale.
  2. The Editors of Encyclopaedia Britannica (updated 16 Oct, 2020), Arab-Israeli W.ar.s, https://www.britannica.com/event/Arab-Israeli-wars
  3. Edward VII (r.1901-1910), https://www.royal.uk/edward-vii
  4. NOAH RAYMAN (SEPTEMBER 29, 2014), Mandatory Palestine: What It Was and Why It Matters, https://time.com/3445003/mandatory-palestine/, Time Magazine Online

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.