Untuk kali ini, penulis akan bincangkan tentang komparatif falsafah antara Dark dengan satu lagi karya berkenaan dengan perentasan masa, filem lama Bill & Ted Excellent Adventure (1989). Walaupun kedua-dua ini berkisar tentang peredaran masa, namun apa yang cuba disampaikan adalah berbeza sama sekali. Satu karya santai dan lucu, satu lagi gelap dan berat untuk dihadam. Namun, kedua-duanya mendalam. Berdasarkan pemerhatian kendiri penulis, terdapat satu aspek yang boleh dibandingkan dalam kedua-dua karya ini.

Takdir ; Nak Biarkan vs Nak Ubah?

Ringkasnya, kedua-dua karya ini cuba cerita tentang takdir ketentuan watak dan apa yang kita boleh lakukan dengannya. Dalam karya Dark contohnya, watak utama Jonas cuba menghalang seorang budak daripada bunvh diri. Namun, beliau dapat tahu bahawa budak itu ialah ayahnya, Michael Kanwald. Jadi, beliau terpaksa biarkan budak itu membesar, dan bunuh diri kerana kalau Jonas halang ayahnya bunvh diri, maka beliau pun tak akan wujud.

Berbeza dengan Dark, Bill & Ted lebih simple. Dua remaja yang tidak suka belajar dan hanya layan melepak dapat tahu bahawa mereka akan jadi penyelamat dunia satu hari nanti. Tapi, mereka kena lulus matapelajaran Sejarah di sekolah mereka. Kalau mereka tak lulus, mereka akan dihantar ke sekolah t3ntera dan sekaligus tidak akan jadi penyelamat dunia di masa hadapan.

Kedua dua karya ini menghadap takdir dengan cara yang berbeza. Dark cuba untuk mengelak takdir, Bill & Ted cuba menerimanya. Namun persoalannya, adakah kita mampu mengubah takdir kita? Jika kita dapat tahu apa takdir kita, adakah kita akan lakukan sesuatu? Jika kita biarkan, mana free will kita?

Dalam Dark, Jonas dan watak-watak yang merentas masa guna free will untuk mengubah takdir mereka, namun menyebabkan mereka terperangkap dalam sarang masa yang berjuntai dan tersimpul sana sini. Bill & Ted pula, mereka cuba menerima takdir, namun dalam menerima takdir, mereka kena berusaha juga untuk mendapatkannya. Kalau berusaha, maknanya adalah free will untuk menerima takdir.

Mengikut kata Arthur Schopenhauer [1],

“If a person wills, then he must will something, his act of will is always directed towards the object and can only be thought of in reference to such…”

Makanya, kalau ada free will, mesti dipandu oleh motif, dan motif berlaku bila adanya takdir. Kalau motif kita nak kaya, kita kena la berada dalam takdir bahawa kita ni tengah miskin. Dan tindakan kita berdasarkan kepada free will kita itu, akan ubah balik takdir kita. Tapi kalau terima sahaja takdir kita, apa motifnya? Jadi adakah kita terperangkap seperti dalam pusingan di bawah? Kalau terperangkap, mana kuasa dan free will kita untuk mengubahnya?

Jadi, setiap kali seseorang cuba untuk membetulkan keadaan dengan merentas masa, mereka sebenarnya buat sesuatu yang menjadikan masa terkini berlaku. Perlahan-lahan, kita dapati kita tidak ada free will…Arthur berpendapat dunia dipandu oleh ‘Will’, iaitu satu kuasa buta yang ada pada semua hidupan yang nampak macam kita ada, tapi sebenarnya kita tidak ada pun.

Dunia ini hanya penuh dengan perwakilan, dan yang setiap perwakilan mewakilkan wakil asal, iaitu kuasa Will [2]. Jadi kalau kita ini hanya wakil, tak payah nak pandai-pandai, apa yang kita buat itu sebenarnya disuruh… tapi kalau Will ini wakil asal, siapa pula yang ia wakilkan? Kalau ia wakilkan takdir, bukan ke tadi dunia (takdir) ini hanyalah perwakilan? Jadi siapa yang asal? Apa itu asal? Pening, pening…..

RUJUKAN

Schopenhauer, The Two Fundamental Problems of Ethics (Oxford World’s Classics), Oxford, 2010.

Internet Encylopedia of Philosophy, “Arthur Schopenhauer,” [Online]. Available: https://iep.utm.edu/schopenh/#SH2a.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.