Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun).
Tentulah, setiap kali bermain, Shikamaru akan menang.
Dalam permainan tersebut, Asuma kata Shikamaru seperti ‘Knight‘ yang mampu bergerak dengan melangkah buah-buah catur yang lain.
Tiada buah catur yang mampu bergerak seperti ‘Knight‘ apabila ada halangan di depan. ‘Knight‘ boleh melangkah, buah lain tak boleh.
Asuma gambarkan Shikamaru seperti ‘Knight‘ sebab kecerdikan Shikamaru. Asuma adalah orang pertama yang dapat melihat kecerdikan ini iaitu sewaktu mereka sama-sama bermain Shogi. ‘Knight’ mampu memerangkap dua buah dalam satu pergerakan.
Asuma gambarkan dirinya sebagai askar saja, yang berkorban untuk melindungi ‘Raja’.
Asuma tanya Shikamaru, “Kau rasa di Konoha siapa yang paling sesuai digambarkan sebagai ‘Raja’?”
Shikamaru jawab sama ada Hokage ataupun Daimyo Negara Api.
Asuma cuma gelak-gelak saja dan dia tak bagi jawapan pun. Tapi dia kata, Shikamaru akan faham suatu hari nanti.
Sewaktu kematian Asuma selepas lawan Hidan dari Akatsuki, Asuma beritahu siapa ‘Raja’ yang dimaksudkan pada Shikamaru.
Asuma kata, “Ingat tak kita sembang pasal ‘Raja’ masa main Shogi? ‘Raja’ tersebut adalah kanak-kanak Konoha yang akan membesar melindungi kampung.
Tolong jaga mereka termasuk anak aku yang masih dalam kandungan Kurenai.”
Bermula saat ini, Shikamaru mula menjadi orang yang bertanggungjawab.
Asuma mempunyai idea yang sama dengan Might Guy. Sewaktu Guy membuka potensi tertinggi dirinya, warna auranya seperti warna kemerah-merahan.
Madara sindir Guy seperti orang yang hampir gugur seperti daun luruh.
Guy jawab, “Daun lama perlu gugur untuk melahirkan daun-daun baru.”
Guy maksudkan pengorbanan untuk melindungi generasi muda Konoha.
Dalam anime ini, mereka membawa idea betapa pentingnya generasi muda untuk membangunkan masa depan.
Generasi muda ini adalah bayang masa depan masyarakat dan negara. Generasi muda yang baik, akan membawa masyarakat dan negara yang baik.
Untuk lihat masa depan negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.
Kalau asyik dengan hiburan aje, masyarakat hiburan sajalah yang akan kita bangunkan kelak.
Dalam sejarah, betapa besarnya peranan orang muda dalam membentuk dunia.
Joan of Arc menyelamatkan Perancis dan menamatkan Perang 100 tahun ketika berumur 16 tahun. Date Masamune mula menggepalai tentera kaumnya sendiri ketika berumur 14 tahun. Sultan Muhammad menaiki takhta ketika berumur 19 tahun.
Orang-orang dewasa sepatutnya berikan bimbingan kepada orang muda untuk membentuk dunia.
Sentiasa terbuka dengan idea-idea mereka. Bukannya berbeza pendapat terus kata mereka tak beradab dan buat alasan ‘aku dah makan asam-garam’ dan ‘kau baru setahun jagung’.
Soekarno kata, “Berikan aku 1000 orang tua, aku akan cabut semeru dari akarnya. Berikan aku 10 pemuda, aku akan goncangkan dunia.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih