Dalam filem ‘Spider-Man Into The Spider-Verse’, konsep dunia selari (parallel universe/multiverse) telah menjadi antara salah satu tema utama. Saya akan bentangkan teori-teori dunia selari yang popular dan saya akan kesimpulankan teori mana yang hampir bertepatan dengan filem Spiderman ini.
1. Tafsiran Dunia Kuantum
Selain daripada tafsiran Copenhagen yang cukup terkenal, dunia selari juga merupakan salah satu tafsiran yang menggambarkan realiti dunia kuantum.
Tafsiran ini pertama kali diusulkan oleh Hugh Everett. Menurut beliau, sebelum runtuhnya fungsian gelombang (wave-function collapsed), alam telah melahirkan banyak dunia kerabarangkalian kewujudan.Agak rumit. Dengan kata lain, setiap pilihan alternatif yang kita ada akan melahirkan dunia selari yang baru.
Sebagai contoh, di dunia ini anda menerima lamaran seorang wanita, tetapi anda mempunyai pilihan untuk menolak. Pilihan/alternatif ini telah melahirkan dunia selari yang baru.
Konsep dunia selari bagi teori ini agak popular digambarkan dalam dunia sains fiksyen seperti Steins;Gate.
2. Teori Tetangsi (String Theory)
Teori Tetangsi adalah pendekatan yang paling kuat untuk menyatukan relativiti dan mekanik kuantum untuk mencapai Teori Segala Jagat (The Theory of Everything). Sekiranya saintis dapat menyelesaikan Teori Tetangsi, manusia sudah boleh memahami segala mekanik dan daya alam ini. We understand everything about universe!
Teori ini masih tidak selesai kerana untuk menyatukan relativiti dan mekanik kuantum, perlunya ada dimensi ekstra. Kita duduk dalam 3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa. Jadi, kita wujud dalam 4 dimensi. Tetapi Teori Tetangsi telah menggambarkan sebanyak ada yang kata 10 dimensi, ada yang kata 11 dimensi, malah ada yang kata 26 dimensi.
Jadi, sekarang ini saintis mempunyai dua pilihan; sama ada menerima bahawa sebenarnya dunia selari ini wujud ataupun selesaikan permasalahan Teori Tetangsi ini dengan ‘menghapuskan’ dimensi-dimensi ekstra ini daripada gambaran matematik.
Bagi saintis yang menerima bahawa dunia selari ini wujud, mereka berusaha untuk membuktikan kewujudan tersebut melalui eksperimen. Dalam teori ini, dunia selari wujud satu satah dengan kita. Dengan kata lain, dunia-dunia lain duduk dalam satu garis masa dengan kita, cuma kita tidak nampak dan tidak dapat access ke dunia selari ini. Kadangkala, saintis gelar dimensi-dimensi ini sebagai dunia membran (brane-worlds).
3. Teori Alam Buih (Bubble Universe).
Apabila saintis menyebut alam (universe), mereka sebenarnya merujuk pada alam yang dapat dicerap (observable universe) yang mempunyai keluasan 93 bilion tahun cahaya. Dengan kata lain, cahaya mengambil 93 bilion tahun untuk bergerak dari hujung ke hujung alam yang kita boleh cerap.
Ini yang manusia boleh cerap. Kita masih tidak mengetahui sama ada alam ini mempunyai sempadan ataupun keluasannya bersifat tidak terhingga (infinity).Tetapi dalam teori ini, alam yang kita boleh cerap adalah alam bersempadan. Terdapat alam lain yang cukup jauh daripada kita wujud di luar sana dan kesemua mereka berkemungkinan mempunyai hukum fizik dan pemalar yang berbeza dengan kita.
Kemudian, dalam filem Spider-man ini teori mana lebih bertepatan dan bersesuaian?
Saya berpendapat, dunia selari menurut Teori Tetangsi lebih bertepatan dan bersesuaian. Ini sebabnya;
i. Dalam filem ini, Spiderman-spiderman dari dunia/dimensi lain bertembung antara satu sama lain kerana berlakunya kepincangan (malfunction) ke atas pemecut zarah. Sebelum ini, saintis pernah cuba untuk membuktikan kewujudan dimensi-dimensi ekstra melalui penghasilan lohong hitam mini (mini black hole).
Penghasilan lohong hitam ini, menurut mereka dapat menghubungkan antara dimensi kita dan dimensi lain kerana lohong hitam mampu mengoyakkan fabrik dimensi ruang-masa lalu menghubungkan dengan dimensi ruang-masa dunia lain. Perkara ini boleh terjadi pada dunia selari Teori Tetangsi saja kerana dimensi-dimensi ekstra duduk dalam satu satah dengan kita.
Teori Alam Buih terlalu jauh dan Tafsiran Mekanik Kuantum tidak pernah menjelaskan di mana dimensi mereka duduk.
ii. Dimensi-dimensi ekstra dalam Teori Tetangsi tidak menggambarkan dunia alternatif untuk kita. Maksudnya, tiada sejarah alternatif dari dimensi lain. Mungkin saya tidak wujud di dunia dimensi sana. Mungkin juga saya wujud di dimensi lain.
Ini menjelaskan mengapa dalam filem Spiderman ini semua Spiderman berbeza-beza dan identiti serta nama berbeza. Kita juga tidak menafikan kita ada Peter Parker yang berbeza-beza. Ada dua Peter Parker.
Wilson Fisk pun cuba untuk mendapatkan isteri dan anaknya yang alternatif dari dunia dimensi lain. Tetapi dalam tafsiran Mekanik Kuantum, mempuyai diri sendiri versi alternatif adalah wajib kerana dunia selari ini ‘lahir’ daripada kita.
iii. Namun, saya juga tidak menafikan mungkin juga Miles Morales wujud di dunia dimensi lain, tetapi tidak ditunjukkan kerana tidak signifikan dan orang normal, bukan Spiderman.
iv. Selalunya, cerita-cerita fiksyen Marvel dan DC visualkan dunia selari mereka seperti Alam Buih. Ada bumi banyak. Tetapi itu pun tidak jelas jarak antara Bumi-bumi ini. Selalunya divisualkan dekat-dekat. Tidak pasti sama ada itu sekadar mahu memudahkan gambaran dan penjelasan ataupun ia sememangnya begitu.
Selesai. Terima kasih kerana membaca!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih