Salah satu sumbangan dunia Islam semasa Zaman Emas Islam adalah perkembangan dan kemajuan manusia dalam bidang perubatan dan pengenalan kepada konsep ‘waqf’.

Sebuah hospital telah dibina di dalam sebuah kompleks besar yang digelar sebagai Kompleks Qalawun menempatkan masjid, perpustakaan, kawasan makam dan paling penting, sebuah hospital, yang dikatakan paling moden dan mewah pernah dibina di dunia ketika kegemilangannya.

Kompleks ini beserta hospitalnya dibina atas titah perintah Sultan Mesir ketika itu iaitu Sultan Mansur Qalawun dalam tempoh 13 bulan sahaja.

Kompleks ini yang indah dengan senibina Mamluk kebanyakannya dibina menggunakan tenaga hamba perang Mongol yang ditawan dalam beberapa siri pertempuran menjelang kekalahan Mongol dalam Perang Ain Jalut yang berlangsung hanya pada 1260 selepas mereka menjarah Baghdad dua tahun sebelumnya.

Apa yang menarik, perhidmatan hospital ini adalah percuma dan dibiayai dengan dana wakaf yang telah dikumpulkan oleh Sultan Mansur sendiri dan dari semua dermawan ketika dinasti Qalawun memerintah Mesir di bawah Empayar Mamluk.

Dalam dokumen ‘Waqfiyah’ hospital ini ditulis;

“Hospital ini akan merawat semua pesakit, lelaki dan wanita, sehingga mereka kembali sembuh sepenuhnya.”

“Semua kos rawatan akan ditanggung hospital sama ada untuk mereka yang datang dari jauh atau dekat, sama ada penduduk tempatan atau orang asing, kuat atau lemah, hamba atau bangsawan, kaya atau miskin, bekerja atau menganggur, buta atau celik, kurang upaya anggota atau fikiran, pandai atau bodoh.”

“Tidak akan ada keadaannya mereka ini semua perlu membayar, semuanya akan diterima dan tidak akan ada yang akan berbicara tentang bayaran.”

“Semua perkhidmatan di sini adalah demi Allah Yang Maha Pemurah.”

Terjemahan langsung dari ‘Waqfiyah’ Hospital Sultan Al-Nasir Qalawun, Kaherah ini bertarikh 1285.

Hospital di dalamnya mula beroperasi sehingga lebih 400 tahun sejak zaman anakanda Sultan Mansur iaitu Sultan Nasir Qalawun memerintah Mesir, dari zaman Empayar Mamluk sehingga lewat Empayar Uthmaniyyah sekitar 1910.

Hospital dengan konsep wakaf ini dibina dan dioperasikan dengan baik sedang Eropah dan dunia Kristian ketika itu masih bergelut dengan penularan wabak dan peperangan sesama mereka pasca keruntuhan Empayar Byzantium.

Eropah ketika itu memiliki masalah sosiobudaya, ekonomi dan penjagaan kesihatan yang teruk, masih mundur dalam aspek penjagaan kebersihan, kesihatan dan sanitasi awam kerana masih berada dalam Zaman Gelap yang hanya berakhir sekitar 1500.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.