Sejak era Kesultanan Melaka, Pahang sudah memiliki pemerintahannya yang tersendiri melalui Sultan Muhammad Shah. Baginda yang merupakan anakanda kepada Sultan Mansur Syah di Melaka telah diangkat sebagai sultan pertama untuk negeri Pahang. 

Tetapi secara tiba-tiba sultan daripada wangsa Melaka di Pahang telah hilang dan negeri itu terus bercantum dengan Johor untuk membentuk Empayar Johor. Persoalannya macam mana Pahang dan Johor boleh bercantum menjadi satu?

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Semuanya bermula setelah Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh oleh putera baginda yang kedua. Tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh putera kedua selama setahun sahaja. Selepas itu, Sultan Johor iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan bantuan orang Portugis telah melantik putera baginda, Raja Bujang sebagai pemerintah di Pahang.

Sultan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda berasa sangat murka dengan tindakan Johor bekerjasama dengan Portugis. Sebab sebelum ini Johor telah berjanji akan membantu Aceh bagi menghadapi Portugis di Melaka.

Aceh pun dalam keadaan begitu marah terus menyerang Johor. Hasilnya Johor telah kalah dengan mudah hingga menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Shah III ditawan dan dibawa ke Aceh. Baginda telah mangkat di sana dan tampuk pemerintahan Johor telah diwarisi oleh Sultan Abdullah Ma’ayat Shah. 

Serangan itu tidak memberi kesan kepada kedudukan Raja Bujang di Pahang. Maka Acheh menghantar tentera sekali lagi untuk menggempur Pahang. Kali ini Raja Bujang tidak terdaya untuk melawan dan terus berundur ke Lingga. Aceh yang menjadi pemenang terus meletakkan Pahang di bawah lingkungannya. Pahang kembali diperintah oleh putera kedua.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kekalahan itu menyebabkan ramai tawanan dan kerabat di raja Pahang telah dibawa ke Aceh termasuklah Raja Mughal. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat Aceh bertambah dengan cepat melalui kehadiran tawanan daripada Pahang. 

Aceh datang buat kali ketiga untuk menyerang Sultan Abdullah Ma’ayat Shah hingga menyebabkan baginda bersama Raja Bujang terpaksa berundur ke Pulau Tambelan yang terletak berdekatan Borneo. Tak lama selepas itu Sultan Abdullah Ma’ayat Shah telah mangkat dan hanya meninggalkan Raja Bajau yang masih sangat kecil untuk diangkat sebagai pemerintah baru.

Jadi Raja Bujang telah dilantik sebagai sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah III. Tapi baginda harus berjanji untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Raja Bajau apabila sudah besar nanti. Disebabkan Sultan Alauddin Riayat Shah III adalah pemerintah Pahang, baginda turut dilantik sebagai Sultan Pahang. Bermakna baginda adalah sultan Johor-Pahang.

Di sebelah Aceh pula, Sultan Iskandar Muda telah mangkat. Para bangsawan di sana telah sepakat melantik menantu baginda iaitu Raja Mughal yang juga merupakan kerabat di raja Pahang sebagai pemerintah baru dengan gelaran Sultan Iskandar Thani. Sejurus sahaja baginda menjadi sultan, wakil dari Pahang telah bertemu dengan baginda bagi mengadakan perjanjian damai.

Peristiwa itu membuatkan Sultan Iskandar Thani beranggapan Pahang telah berada di bawah kekuasaan Aceh. Sultan Alauddin Riayat Shah III tercabar dengan tindakan wakil Pahang kerana baginda adalah sultan Johor-Pahang. Maka Johor pun menyerang Pahang bagi membuktikan negeri itu adalah hak mutlak mereka. 

Aceh tidak bertindak balas dan hanya menghantar wakil untuk memperbaiki makam diraja atas arahan Sultan Iskandar Thani. Selepas sahaja baginda mangkat dan Aceh diperintah oleh ratu, Pahang bebas sepenuhnya daripada belenggu Aceh. Sultan Alauddin Riayat Shah III pun melantik anak saudaranya iaitu Raja Bajau sebagai Yamtuan Muda untuk memerintah Pahang.

Bermula sejak itu Pahang dan Johor terus menjadi satu empayar bersama-sama Riau-Lingga sehingga sampai kepada era pemerintahan bendahara.


Nak tahu lebih banyak tentang Johor, sila baca buku TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG JOHOR. Boleh beli di sini bit.ly/3UPqdSD

RUJUKAN

Buyong Adil. (1984). Sejarah Pahang. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply