Sarung bukan sebarang sarung,
Sarung menutup bukannya buta,
Bergunanya juga di dalam pertarungan,
Antara dua insan yang bercinta.

Artikel penulisan kali ini menampilkan sebuah artifak yang sangat bernilai pada mata sejarawan tetapi menjijikkan di mata orang awam. Nilainya bukan terletak pada kekotorannya, tetapi terletak pada sejarahnya.

KONDOM: DUNIA TANPA TEMBAK (Maaf Ayman, tak ada kena mengena dengan buku kau)

Iklan jap.

Mungkin istilah ‘kondom’ pada zaman sekarang bukannya suatu perkataan yang asing, bahkan ia terkenal di kalangan para durjana yang ingin merosakkan maruah seorang anak dara walhal kegunaan utamanya adalah untuk mengawal kelahiran dalam sebuah keluarga yang bahagia. Nama kondom mula digunakan pada awal sekitar tahun 1700 M yang lalu, tetapi dipastikan manusia mula memakainya dari sekitar tahun 10,000-13,000 SM dahulu.

10,000 SM-13,000 SM: Ahli arkeologi menemui sebuah lukisan dinding gua di bandar Grotte des Combarrelles, Perancis. Lukisan tersebut memaparkan sosok anatomi seorang lelaki sedang menggunakan ‘sarung pisang’ ketika melakukan aktiviti persetubuhan yang normal, bukannya luar tabii.

1,000 SM: Penggunaan ‘sarung pisang’ berikutnya ditemui pada peradaban Mesir purba. Lukisan dinding piramid memaparkan beberapa lukisan dan tulisan hieroglif bagaimana ‘sarung pisang’ digunakan dan dipakaikan pada waktu tersebut. Ahli Egyptologi mengemukakan dua teori tentang kegunaan sarung tersebut, iaitu sebagai suatu bentuk dalam seksual ataupun ritual suci tertentu. Sarung pisang pada waktu ini diperbuat daripada kain linen yang halus dan dipakaikan pada tempat yang selayaknya, yang pasti bukan dipakaikan di atas kepala ataupun di batang hidung. Ia juga diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik untuk dipandang di waktu siang ataupun malam.

Peradaban Yunani dan Rom juga tidak terlepas daripada catatan sejarah penggunaan sarung pisang.

1400 M: Rekod mencatatkan dari Asia, bangsawan Cina menggunakan sarung pisang yang diperbuat dari usus kambing biri-biri. Berbeza pula dengan orang Jepun yang menggunakan sarung pisang yang diperbuat daripada bahan yang lebih keras iaitu daripada kulit kura-kura ataupun tanduk haiwan. Pedih.

Tetapi sarung pisang Asia bukannya disarung semua, tetapi ia hanya diletakkan di hujung pisang manusia sahaja. Di atas puncak. Jadi, anda bayangkan sendiri tanpa penjelasan dari saya.

1594 M: Pada waktu tersebut, telah merebak sebuah penyakit yang dikenali sebagai syphilis (penyakit kelamin pada pisang lelaki yang selalu melakukan seks bebas) di seluruh benua Eropah dan Asia. Seorang ahli fizik dari Itali, Gabrielle Fallopius, telah menemui cara untuk mengelakkan penyakit ini berkelanjutan dengan menciptakan sarung kaki yang diperbuat daripada kain linen yang dicelup di dalam bahan kimia dan dikeringkan. 1,100 orang sukarelawan daripada kaum lelaki mengambil bahagian dalam eksperimen menggunakan kondom ciptaan Gabrielle Fallopius dan hasilnya kesemua orang ini terselamat daripada penyakit tersebut setelah melakukan seks bebas untuk sekian waktunya.

1700 M: Istilah ‘condons’ mula digunakan.

1855 M: Setelah 250 tahun sarung kaki modern ditemui, seorang lelaki dari Amerika Syarikat, Charles Goodyear, mempertingkatkan lagi ciptaan Gabrielle tersebut. Charles menciptakan kondom pertama yang diperbuat daripada getah.

1919: Kondom diperbuat daripada bahan latex diciptakan oleh Frederick Killian dari Ohio, Amerika Syarikat.

1994: Kondom diperbuat daripada bahan polyurethane oleh Durex.

Dan kondom pun dipertingkatkan lagi bahan pembuatannya dari semasa ke semasa. Begitulah sejarahnya yang ringkas, saya tidak mahu melanjutkan dengan lebih jauh.

Baik, kita kembali pada tahun 1985.

Pada tahun 1985 dahulu, ketika ahli arkeologi sedang melakukan aktiviti penggalian sejarah di istana Dudley di England, mereka telah menemui kondom dari tahun 1640 M. Kondom yang ditemui ini dikaji oleh Bahagian Kajian Saintifik dari Muzium British. Hasil kajian, mereka mengungkapkan yang kondom tersebut diperbuat daripada usus haiwan ataupun ikan dan ia digunakan ketika Perang Saudara English (1642-1651) diantara Raja Charles I dan Cromwell.

Selain itu, turut ditemui kondom lain yang mana usianya tidak jauh beza dengan kondom Dudley, iaitu kondom Lund yang ditemui di Lund, Sweden. Kondom Lund diperbuat daripada usus babi dan digunakan dari tahun 1640 M. Selain itu, kondom ini juga disertakan dengan panduan menggunakan dan mencucinya dalam bahasa Latin. Setelah memakai, pengguna harus mencuci kondom tersebut dalam susu suam dan ia dapat digunakan semula seperti biasa. Kondom ini sekarang dipamer di Muzium Sejarah Lund, Sweden.

Dan, begitulah sejarah ringkas bagaimana sarung pisang atau kondom ini mula ditemui, digunakan dan diperkenalkan kepada dunia. Amalkan gaya hidup yang sihat tanpa pergaulan seks bebas.

RUJUKAN:

1. Ancient Methods of Contraception – Even Tutankhamun Wore Protection, Ancient Origins, DHWTY.

2. The archaeology of private life: the Dudley Castle condoms oleh David Gaimster, Peter Boland, Steve Linnane dan Caroline Cartwright (1996).

3. Condom from Cromwell’s time goes on display in Austria oleh Michael Leidig (2006).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.