Dalam Kamus Dewan, perkataan samseng bermaksud penj4hat. Ini bermakna perkataan samseng ini telah diiktiraf sebagai salah satu perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Perkataan samseng bukanlah perkataan asal Bahasa Melayu. Perkataan ini berasal dari Bahasa Kantonis. Ia sebenarnya gabungan dari dua patah perkataan iaitu sam (tiga) dan seng (bintang).

Jadi makna sebenar perkataan samseng ialah bintang tiga. Ianya jelas merujuk kepada K0munis Malaya yang mana pada ketika itu menjadikan bintang tiga sebagai logo rasmi mereka.

Kenapa perkataan samseng yang asalnya bermaksud bintang tiga tetapi kemudiannya menjadi makna penj4hat setelah diserapkan dalam Bahasa Melayu? Sudah tentu kerana K0munis itu sangat sebati dengan aktiviti kej4hatan atau j3nayah.

Bermula zaman pengunduran Jepun, anggota K0munis telah melakukan kej4hatan dan kez4liman terutama kepada golongan alim ulama dan penduduk kampung di merata-rata tempat. Mereka menculik orang kampung, mer0gol wanita-wanita dan membvnuh alim ulama.

Di Batu Pahat, di Sungai Manik, di Bekor dan banyak lagi tempat yang menjadi saksi kej4hatan K0munis. Di Bekor, Perak misalnya, K0munis telah membvnuh sekitar 70 orang jemaah masjid yang sedang solat Subuh.

Di Batu Pahat juga, anggota K0munis telah membakar masjid ketika jemaah sedang bersolat. Maka mereka m4ti akibat dibakar hidup-hidup. Anggota K0munis juga pernah menjadikan Al-Quran sebagai peng3sat n4jis. Sungguh biadap!

Dengan itu, para ulama di Tanah Melayu seperti Syeikh Uthman, Tuan Guru Haji Bakri, Kyai Salleh, Tuan Guru Hj Yahya Toha dan ramai lagi telah menubuhkan gerakan jihad fi sabilillah yang kemudiannya terkenal dengan pelbagai nama seperti gerakan selempang merah dan gerakan parang panjang.

K0munis itu tidak hanya samseng di Tanah Melayu, mereka juga melakukan kej4hatan di tempat-tempat lain seperti di Sumatera dan Jawa. Antara musuh utama K0munis di Indonesia, selain dari kerabat diraja ialah para ulama dan pelajar madrasah.

Sebagai contoh antara peristiwa yang terkenal ialah Peristiwa Berd4rah Madiun 1948. Dalam peristiwa ini, ribuan para ulama dan pelajar pesantren telah menjadi k0rban pembvnuhan K0munis.

Mereka bertindak k3jam sehingga menyiat kulit para kyai hidup-hidup dan melemparkan para kyai dan santeri ke dalam telaga. K0munis juga telah menyerang banyak masjid dan pondok pesantren.

Sehubungan banyak siri kek3jaman yang dilakukan oleh K0munis, maka para ulama Indonesia telah menganjurkan muktamar atau perhimpunan besar di Palembang pada 8 September 1957 di mana antara resolusi perhimpunan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Ideologi-ajaran K0munisme adalah kufur hukumnya dan haram bagi umat Islam menganutnya.

2) Bagi orang yang menganut ideologi-ajaran K0munisme dengan keyakinan dan kesedaran, kafirlah dia dan tidak sah menikah dan menikahkan orang Islam, tiada pusaka mempusakai dan haram jenazahnya diselenggarakan (tata-cara pengurusan) secara Islam.

Kesimpulannya, sebarang usaha mengiktiraf perjuangan K0munis di negara kita bukanlah sesuatu perkara yang kecil. Ianya satu pengkhianatan yang besar pada agama dan negara. Mungkin usaha-usaha tersebut remeh bagi anda tetapi tidak bagi saya dan mereka yang lain.

Gambar : Masjid Kampung Bekor Manong yang menjadi saksi kek3jaman K0munis.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.