Di Malaysia ni, tiap kali kita sebut pasal Komunis, mesti ramai yang terus terbayang pasal PKM, MPAJA, dan masih wujud mentaliti pukul rata kaum Cina sebagai komunis hingga ada yang sangkakan komunisme ni berasal dari China.

Tak kurang juga jenis pemikiran binary yang biasanya akan menyangka yang setiap negara-negara komunis yang ada hari ini berada dalam satu gagasan komunisme. Macam Asean atau EU.

Maka negara-negara komunis dianggap akan saling menyokong dan saling memerlukan. Dalam konteks pemikiran macam ni dah diprogramkan bahawa komunisme ni semuanya berpegang pada tiang ideologi yang sama saja, so simple as that.

Walaupun hakikatnya semenjak Vladmir Lenin membentuk kerajaan baru selepas revolusi di Rusia, ketika itu idea-idea komunisme dan sosialisme sudah pun tercemar kerana tindakan pemaksaan terhadap pemilik ladang.

Begitulah antara bentuk pemikiran masyarakat dalam negara kita. Tapi tak boleh salahkan diorang jugak kerana sistem pendidikan negara kita ni memang dari dulu lagi tak banyak buat pendedahan yang lebih terperinci mengenai ideologi komunisme.

Balik-balik cerita pasal Chin Peng dan sejarah MPAJA zaman Jepun berubah jadi PKM hingga negara diisytiharkan darurat dalam Insurgensi Komunis. Dari aku kecik sampai besar.

Bukan tak boleh atau jadi kesalahan jika didedahkan, tak salah pun. Cuma komunis ni dah jadi taboo dalam masyarakat kita sejak gerila PKM setuju untuk menyerah dan keluar dari hutan, segala memori hitam tu seboleh-bolehnya tak digalakkan dikenang kembali.

Kalau kita baca dasar gerakan komunis sejak ia muncul sebagai pelaksana falsafah ekonomi sosialis dalam bentuk yang ekstrim, ia dibimbangi mempengaruhi pemikiran anak muda kerana manifesto yang ditawarkan komunis sangatlah indah. Segala agenda akan menunggang nama ‘rakyat’.

Tapi sayang, segala keindahan itu kekal sebagai impian utopia yang tak realistik. Sekali lagi, tak salah pun, boleh je nak baca, Cuma hasilnya nanti terpulanglah kepada cara otak kita menghadam penyampaian yang diambil dari idea-idea komunisme tu sendiri.

Sejarah membuktikan, belum pernah ada satu pun negara-negara komunis telah berjaya mencapai ‘goal’ yang dikehendaki komunisme itu sendiri, atau berjaya melengkapkan ambisi mereka yang kononnya menawarkan kebebasan dan kesamarataan mutlak terhadap rakyat itu.

 

PKM menjanjikan impian yang tak realistik, bila ditolak, mereka angkat senjata, akhirnya bertambah hina kerana ditolak oleh negara yang merupakan induk yang menggerakkan ideologi mereka di sini. Siapa lagi kalau bukan republik yang mereka anggap terunggul? Republik Rakyat China.

Memandangkan selalu ada pandangan yang cenderung percaya bahawa dunia Komunis ini saling memerlukan, ketahuilah bahawa sesungguhnya Mao Zedong lebih rela memilih untuk menjalinkan hubungan diplomatik bersama Malaysia.

Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak melakar sejarah dengan menjadi ketua kerajaan Malaysia pertama yang melawat China dan secara rasmi menjalin hubungan diplomatik China-Malaysia pada tahun 1974.

Kunjungan sulung Tun Abdul Razak ke China itu menjadi bukti bahawa Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang mengambil langkah untuk menormalisasikan hubungan dengan negara sosialis yang sedang membangun itu.

Antara agenda lain selain perdagangan dalam intipati hubungan diplomatik ini adalah mengenai p.era.ng gerila menentang gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dan persoalan tentang status kewarganegaraan orang kaum Cina yang tinggal di Malaysia tapi berasal dari China.

Tun Abdul Razak mengumumkan, Zhou Enlai dan Mao Zedong dengan tegas memberi jaminan bahawa mereka berpandangan, PKM adalah isu keganasan yang merupakan isu dalaman Malaysia dan harus diselesaikan melalui apa jua kaedah yang dirasakan terbaik untuk Malaysia.

Ini bermakna, kerajaan China telah memutuskan semua hubungan, saluran dan apa saja kaitan antara Parti Komunis China dengan gerakan Parti Komunis Malaya yang sedang mengganas dan bersarang di tengah-tengah hutan belantara negara kita dan tak masuk campur isu dalaman Malaysia.

Semenjak itu, kerajaan Republik Rakyat China atau Parti Komunis China tidak lagi mengiktiraf gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya, ini menyebabkan situasi PKM ketika itu ibarat anak yang dibuang ibunya sendiri di tengah-tengah konflik Insurgensi Komunis di Malaysia.

Tindakan pengucilan terhadap gerakan komunis yang berbeza-beza ini tidak hanya berlaku di antara Malaysia, PKM dan China saja, di rantau mereka sendiri pun sudah banyak konflik sesama negara komunis pernah tercatat dalam sejarah.

Pada tahun 1979, Republik Rakyat China melalui Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) melancarkan tindakan ketenteraan ofensif terhadap Vietnam kerana tentera Vietnam telah menc.ero.boh sempadan Kemboja, dan kerajaan yang memerintah Kemboja pula adalah kerajaan yang disokong oleh China.

Konflik itu berlangsung selama sebulan dan mengakibatkan korban yang tinggi. Walaupun China menarik balik tentera mereka dari terus menekan Vietnam, kerajaan China berbangga kerana tindakan tergantung itu telah berjaya menonjolkan sosok China sebagai kuasa hegemoni Asia moden.

Bagi memahami perkara ini, kita perlu berundur kembali lebih jauh dan lebih lama ke utara. China dan Soviet pada dasarnya merupakan rakan sekutu yang sangat rapat sejak sebelum dan selepas tamatnya P.era.ng Saudara China yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan nasionalis Kuomintang.

Jadi, apabila Pe.ra.ng Vietnam-Amerika meletus pada tahun 1955, mereka akan menyokong komunis Vietnam Utara yang menentang Vietnam Selatan yang pro-Amerika. Namun, semasa p.eran.g sedang mencapai kemuncak pada tahun 1975, tiba-tiba China dengan Soviet terlibat dalam pertikaian.

Sebenarnya Soviet dan rakyatnya dah terlalu letih dan penat, dah tak larat dah, dengan sumber negara yang semakin berkurangan kesan dari dasar Stalin era WWII yang menyalurkan hampir setiap sumber ekonomi untuk menjana p.era.ng yang berturut-turut selama puluhan tahun.

Jadi, Soviet bercadang nak jalin hubungan yang lebih akrab dan profesional, dasar lebih mesra terhadap blok Barat. Tapi Mao Zedong nak teruskan pendekatan yang lebih agresif terhadap negara-negara kapitalis yang menurut pandangan dia ketika itu sedang mengalami kemerosotan.

Sebab itulah China berani meny.erang Taiwan (Republik China) dari tahun 1954 hingga 1955, dan siap ada s.erangan sambungan sekali lagi pada tahun 1958.

Amerika Syarikat menyediakan sokongan dan bala bantuan kepada kerajaan Kuomintang di Taiwan, tapi kerajaan Kesatuan Soviet sering mengelak dari terlibat. Ini menyebabkan Mao Zedong marah.

Kemuncak hubungan China-Rusia yang tegang mungkin berlaku pada tahun 1959, apabila Kesatuan Soviet secara terbuka telah menyatakan pendirian menyokong dari segi moral dan bersimpati terhadap pemberontak Tibet yang melancarkan pemberontakan yang gagal terhadap kerajaan China.

Setahun kemudian Mao Zedong dan pemimpin Soviet yang anti-Stalin, iaitu Nikita Kruschev, telah saling membuat bertengkar dan mencerca diri masing-masing hingga terjerit-jerit semasa Kongres Parti Komunis Romania.

Mao Zedong menuduh Kruschev sebagai pro-Barat kerana telah menghapuskan hampir semua dasar-dasar kuku besi peninggalan Stalin dan menjalin hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat. Boleh dikatakan selepas 1959, China dan Soviet lebih banyak bertanding dari berganding.

Konflik China-Soviet dipanaskan lagi dengan Krisis Misil Cuba pada tahun 1962. Sementara dunia sedang sibuk memberi fokus terhadap krisis di Cuba, China mula mengatur s.erangan, mencer.ob.oh dan menduduki wilayah India di Aksai-Chin.

Tapi, apa tindak balas sekutu China iaitu Soviet? Tanpa disangka-sangka, Soviet bertindak menarik balik peluru berpandu mereka dari Cuba dan menjual senjata mereka kepada India.

Mao menganggap tindakan itu satu pengkhianatan yang sangat bacul. Mao Zedong mungkin masih boleh bersabar dengan dasar politik Soviet yang semakin lama semakin mesra terhadap Amerika Syarikat.

Tapi bayangkan lah, negara rakan sekutu jenis apa yang sanggup menjual senjata mereka kepada negara yang merupakan musuh tradisi sekutunya sendiri? Hahaha.

Menjelang tahun 1969, China dan Soviet mula terlibat dalam beberapa pertembungan militari di sepanjang sempadan mereka. Tapi China sedar akan hakikat yang mereka tak mungkin mampu menghadapi Soviet dan Amerika Syarikat sekaligus.

Sebab itulah Mao Zedong pun mula mainkan peranan ‘cucuk jarum’ dengan Amerika Syarikat dan jarum sulit China ini berjaya. Presiden Richard Nixon akhirnya melakukan lawatan ke Republik Rakyat China pada tahun 1972 dan menjalin semula hubungan diplomatik kedua-dua buah negara.

Dah macam makwe yang sengaja membalas kecurangan pakwe secara terbuka semata-mata nak buat pakwe dia cemburu. Macam itu lah geramnya China terhadap kecurangan Soviet sampai sanggup buat perkara sama.

China dan Soviet kemudian terlibat dalam ‘Pe.rang Dingin’ sesama mereka dalam dunia Komunis. Pada tahun 1975, Vietnam dan Laos memilih untuk memihak kepada Soviet.

Sebagai tindak balas, China pula menyokong Kemboja. Walaupun Mao Zedong telah meninggal dunia pada tahun 1976, tapi Pe.rang Dingin Sino-Soviet akan terus berlanjutan.

Vietnam dan Kemboja terlibat dalam pertempuran di sempadan sejak tahun 1975, oleh itu Vietnam memutuskan untuk menamatkan konflik secara total.

Pada 3 November 1978, mereka menandatangani perjanjian pertahanan bersama selama 25 tahun dengan Kesatuan Soviet sebelum men.yerang Kemboja pada 25 Disember. Menjelang 7 Januari 1979, kota Phnom Penh ditawan dan militan Khmer Rouge diusir keluar.

Dengan kedudukan geografi China yang memisahkan Soviet di utara, dan Vietnam di selatan, China seolah-olah tersepit di antara dua musuh yang sama ideologi.

Semasa China berada di bawah pemerintahan secara de facto Deng Xiaoping, beliau telah mengunjungi Amerika Syarikat pada 1 Januari dan memberitahu Presiden Jimmy Carter yang Vietnam perlu menyaksikan kekuatan China bagi membuktikan China mampu melindungi negara-negara kliennya.

Keesokan harinya, dia mengeluarkan kenyataan yang menaikkan kemarahan Moscow, kenyataan itu berbunyi: “China bersedia untuk berp.er.ang dengan Rusia (Soviet) pada bila-bila masa saja.”

Sebagai bukti yang China bukan sembang kemas semata-mata, kira-kira seramai 300,000 penduduk awam China dipindahkan sementara dari wilayah-wilayah yang bersempadan dengan Soviet, dan tentera PLA ditempatkan di sepanjang persempadanan China-Soviet.

Bagi mengabsahkan tindakannya itu, Deng membuat tuduhan yang etnik Cina Han telah ditindas di Kemboja dan mendakwa pendudukan Vietnam di Kepulauan Spratly adalah satu pencer.obo.han yang tidak sah kerana ia adalah wilayah kedaulatan China.

Dengan sejumlah ketumbukan seramai ratusan ribu tentera PLA China dikumpulkan di sempadan China-Vietnam, satu “pencer.o.bohan terhad” telah diisytiharkan pada 15 Februari.

Pada 17 Februari, Jeneral Xu Shiyou memerintahkan 200,000 tentera menuju ke Vietnam dalam pecahan 26 divisyen dari barat ke timur. Tujuan mereka adalah untuk merampas wilayah-wilayah utara Vietnam iaitu Lai Chau, Lao Cai, Ha Giang, Cao Bang, Lang Son, dan Quang Ninh.

Tapi Vietnam dah siap sedia. China memprovokasi sempadan Vietnam sejak bulan Januari, jadi Vietnam bertindak mengosongkan kota-kota penempatan mereka di utara dan membiarkan saja tentera China mence.rob.oh.

China ada kelebihan dari segi nombor, tapi semua itu tak membantu. Sebahagian besar kelengkapan p.era.ng China adalah kelengkapan yang dah lama dan usang, dan tentera China yang ada pengalaman tempur tak ramai yang dikerahkan.

Sebaliknya, askar-askar Vietnam yang terlibat kebanyakannya adalah veteran p.era.ng dengan kelengkapan senjata dan peralatan canggih yang ditinggalkan oleh Amerika selepas P.eran.g Vietnam.

Kesatuan Soviet turut membantu Vietnam dengan menyumbang sejumlah 400 buah kereta kebal, 800 peluru berpandu anti-kereta kebal, 400 peluru berpandu darat-udara, dan 20 buah pesawat pejuang yang kebanyakannya digunakan untuk misi pengintaian.

Vietnam juga dibekalkan dengan ribuan para penasihat ketenteraan dari Rusia, dan sebanyak 15 buah kapal p.eran.g dari Armada Pasifik Soviet telah berlabuh di pesisir pantai Vietnam yang memainkan peranan dalam tugasan menyahkod dan memintas gelombang komunikasi China yang dikesan.

Bagi memastikan tentera PLA dari China tidak akan menyeberang sempadan wilayah Soviet sendiri secara mengejut semasa semua pihak sedang sibuk di Vietnam, Soviet telah mengerahkan tentera pengawal untuk berkawal di sepanjang sempadan Soviet-China dan sempadan Mongolia-China.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertempuran lanjut, China mengekalkan pasukan simpanannya di tanah besar. Di Vietnam pula, PLA cuba mengumpan Tentera Rakyat Vietnam (VPA) agar keluar bersemuka dalam pertempuran konvesional, tapi Vietnam tak hiraukan provokasi dari China.

Tentera China akan menghadapi kekuatan pasukan militia tempatan Vietnam yang berjumlah sekitar 100,000 orang yang tertumpu pada empat lokasi berikut:

1. Lang Son di Laluan Nasional 1A – jalan tradisi yang menjadi laluan utama tentera dari China (termasuk semasa China dijajah Mongol) untuk menceroboh Vietnam.
2. Pantai barat laut di sepanjang Haiphong.
3.Tebing Sungai Hong, Hanoi.
4. Sungai Song Da, Hanoi.

Menjelang akhir bulan Februari, VPA masih belum mengerahkan sebahagian besar divisyen utama mereka, tapi taktikal gerila VPA telah mengalahkan tentera PLA China. Pada awal bulan Mac, sebahagian besar pertempuran hanya berlaku sekejap-sekejap di Lao Cai, Cao Bang, dan Lang Son.

Tapi sebenarnya Deng Xiaoping tak pernah ada hasrat nak menjajah atau menduduki Vietnam. Tujuan China mencero.b.oh Vietnam sebenarnya hanyalah wayang untuk mempamerkan kuasa mereka bagi menakut-nakutkan agar Vietnam menjauhi Kemboja.

Namun agenda ini perlu diselesaikan dengan cepat untuk elakkan konflik secara langsung dengan Soviet dan mengelakkan campur tangan Barat. China cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Soviet gagal melindungi negara-negara komrad komunis mereka.

Jadi, China ambil peluang ini untuk dijadikan medan pertunjukan kuasa ketenteraan China, sekaligus membuktikan kepada seluruh blok komunis bahawa China adalah sahabat komunis yang sebenar dan boleh dijadikan sandaran kepada negara-negara komunis lain.

China sebenarnya gagal dalam penc.er.obohan terhadap Vietnam ini, maka demi menjaga maruah, Deng memperbesar-besarkan kisah PLA berjaya membuka laluan selesa menuju ke Hanoi, dengan itu, objektif mereka dianggap telah tercapai dan mereka boleh mengundurkan tenteranya. Kononnya lah.

China berundur pada 6 Mac dan memusnahkan infrastruktur tempatan yang mereka lalui. Bangunan, rumah, landasan kereta api, dan infrastruktur komunikasi, semuanya dimusnahkan, ia telah menyebabkan kerugian besar Vietnam utara. 10 hari kemudian barulah Vietnam bebas dari ancaman.

Selepas kejayaan ‘mengusir’ China, Vietnam tiba-tiba melakukan perkara yang turut sama dilakukan oleh kerajaan China, ya, kedua-dua negara ini telah mengisytiharkan kemenangan pihak masing-masing.

Tak ada jumlah tepat mencatatkan angka korban nyawa. Dianggarkan di pihak Vietnam, mereka telah kehilangan kira-kira 26,000 hingga 60,000 tentera dan orang awam, sementara China mencatatkan angka korban kira-kira antara 6,954 hingga 50,000 nyawa.

Pertempuran China-Vietnam berterusan secara berperingkat dan dalam skala kecil-kecilan, sehinggalah terhenti sepenuhnya pada tahun 1989 setelah Vietnam akhirnya mengundurkan tentera mereka secara penuh dari menduduki Kemboja.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh, sedangkan dua kumpulan radikal yang masing-masing memiliki kepercayaan agama yang sama macam IS dan Kurdi pun boleh berpe.rang sesama sendiri, apalah sangat dunia komunis ini.

Nazi Jerman yang fasis pun berasal dari cabang politik sosialis melalui Parti Pekerja Jerman, tapi tak ramai orang perasan kerana ambisi imperialis Hitler dan fasis Jerman berpera.ng dengan Soviet yang muncul sebagai pelopor entiti politik komunis-sosialis terawal.

Jadi, kalian yang mendokong perjuangan komunis di Malaysia ni, jika sudi silalah jelaskan kepada aku, dari bermulanya revolusi Bolshevik yang menumbangkan Empayar monarki Rusia pada awal abad ke-20 hingga sekarang, apa sebenarnya yang komunis dah capai?

Atau selain dari menindas hasil titik peluh rakyat, perlumbaan angkasa dan nuklear dengan Amerika, menyumbat musuh politik ke dalam kem Gulag, apa lagi sumbangan komunis terhadap dunia moden? Mengembalikan kapitalisme dan meraikan sistem pasaran bebas persis China hari ini?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.