Jika motif Seroja pada cap Melayu adalah warisan Melayu purba sebelum Islam, motif bilangan kelopak padanya pula dipercayai menggambarkan kepercayaan orang Melayu kepada nombor 4 dan gandaan darinya. Ini kerana;

*Nota: Cap pada ciapan pertama (gambar kiri) tadi adalah Sultan Syarif Kasim dari Pontianak, ditera atas surat yang diutus kepada Raffles, 1811, ada 8 sisi.

1. Ia signifikan dengan 4 arah mata angin. Sebagai bangsa pelayar, 4 mata angin ini adalah panduan pelaut Melayu terawal, lama sebelum kehadiran Islam lagi.

2. Nombor sama ada pengaruh berkaitan prinsip sufi dan tasawwuf, elemen penting keberadaan Islam di Nusantara.

Harus diperjelaskan terlebih dahulu, cap Melayu ada pelbagai rekabentuk, tetapi kebanyakannya berbentuk simetri, bulat, seringkali berkelopak dan memiliki motif kerawang flora dan kadangkala ada motif fauna.

*Cap bulat Sultan Ahmad Terengganu. “Surat Emas” ke Batavia, 1824. 3/17′
Cap Raja Jaafar dari Riau, pada surat untuk Raffles di Melaka 1811, ada 16 kelopak

Cap Melayu di Nusantara rata-ratanya mewakili individu yang menduduki takhta. Dari Aceh ke Ambon, Terengganu ke Johor atau Deli ke Ternate cap mereka khusus untuk individu yang berkuasa atas takhta.

Tetapi konsep ini TIDAK terpakai untuk cap Melayu Minangkabau.

Di Minangkabau, cap raja-raja mereka mewakili KERAJAAN, dan bukannya mewakili RAJA.

Ini menyaksikan bahawa nama pada cap bukanlah nama raja tersebut, tetapi merupakan gelaran bagi setiap raja yang mentadbir kerajaan tersebut.

Misalnya, surat kepada gabenor Negeri Selat ini bertarikh 1859 ini.

Pada 2 cap “Datuk Klana Petra” Semujung (Sungai Ujong) dan “Datuk Lela Maharaja” Rembau, keduanya adalah gelaran semata-mata dan bukan nama sebenar pembesar tersebut.

Begitu juga dalam titah “Yang Dipertuan Rembau” kepada Tambi Bidin di Melaka, 1811 ini.

Sekali lagi, Yang Dipertuan Rembau bukanlah nama sebenar susuk raja tersebut, tetapi gelaran padanya yang mewakili kerajaan.

Cap ini juga berkelopak 8.

 

Ini adalah keunikan kerajaan Pagaruyung dan ia turut mempengaruhi kerajaan Negeri Sembilan yang mewarisi sistem Adat Perpatih, juga sistem pentadbiran yang hanya unik untuk lingkungan Adat Perpatih dan masyarakat Minangkabau dari Pagaruyung semata-mata

Namun, di NS, selain pengaruh Minangkabau, raja-raja terawalnya juga memiliki pengaruh Johor kerana ada jajahan di NS memang merupakan serpihan dari kerajaan Johor.

Bahkan raja-raja terawal ini pernah memiliki dua cap, satu dari Minangkabau dan satu lagi dari Johor.

Ini bertepatan dengan perbilangan Adat Perpatih yang menggambarkan keakraban dan pengaruh kerajaan NS dengan kerajaan-kerajaan Melayu ini iaitu;

“Bertali ke Siak, beraja ke Johor, bertuan ke Minangkabau”.

Ini pula contoh cap berkelopak 4, milik seorang wanita bernama “Siti Sabariah Cahaya Alam negeri Kedah Darulaman”, mungkin berketurunan bangsawan atau kerabat diraja Kedah

Ini pula cap Sultan Jambi Ratu Ingalaga yang ditera pada surat untuk diutus kepada Francis Light, 1776.

Teraan cap diukir; “Al-Wathiq bi’illah al-makin Sultan Mas’ud Badaruddin Sultan Ratu Seri Ingalaga”

Perhatikan motif “Harimau Kerinci” dan gajah pada kelopaknya

Ini pula adalah cap Bendahara Sultan Pahang tertulis “Al-wakil al-Sultan Mahmud Syah Dato’ Bendahara Sewa Raja ibni Bendahara Paduka Raja sanat 1221”.

Kebanyakan cap menggunakan dakwat jelaga pelita, namun ada yang menggunakan dakwat dan lilin dipercayai pengaruh Eropah.

Cap Temenggung Johor dengan teraan; “Al-wakil al-Sultan Mahmud Syah Dato’ Temenggung Seri Maharaja cucu Temenggung Paduka Raja sanat 1221”.

Sekali lagi, cap dengan 8 kelopak. Cap ini lebih terperinci dan khusus kerana merujuk terus kepada nama raja lengkap dengan tarikh.

Ini pula cap dengan 16 kelopak, milik Sultan Muhammad dari Selangor. Diutus dari Kelang kepada gabenor Negeri Selat EA Blundell, 1856.

Kerajaan Islam di Borneo turut menggunakan cap dengan motif yang sama. Misalnya surat dari Pengiran Temenggung Hashim Sahibul Bahar kepada Syeikh Rajab di Labuan, 1869. Ia memiliki 8 kelopak.

Akhir sekali; surat indah kerawang emas dan warna-warni dengan cap kelopak 8 milik Sultan Lingga Engku Sayid Muhammad Zain al-Kudsi kepada Raffles di Melaka.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.