“Ikeuchi Aya”, pasti ada di antara kita yang pernah dengar nama itu jika pernah mengikuti drama negara matahari terbit Jepun yang bertajuk “1 Litre Of Tears”. Drama yang pernah ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2007 itu mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang disahkan menghidapi sebuah penyakit. Drama dan nama tersebut adalah ilham daripada kisah sebenar seorang pesakit yang bernama Kito Aya. Gadis yang lahir pada tahun 1962 telah merakamkan segala kehidupannya di dalam diari.
Ulasan terjemahan diari Aya (1976-1977): Aya diuji dengan kematian anjing peliharaannya iaitu Mary; ia mati setelah lehernya digigit anjing jirannya yang garang iaitu Tiger. Walaupun sedih dengan kematiannya, beliau dapat meneruskan kehidupan serta memulakan kehidupan yang baharu di rumah baharu.
Ulasan terjemahan diari Aya (1977-1978): Berat badan Aya mula menyusut, dia menganggap berpunca daripada semua kerja rumah dan tugasan kajian individu. Beliau berbuat tugasan itu sehingga terlupa waktu makan. Seperti hari biasa, Aya keluar dari rumah untuk ke sekolah. Lebih kurang 100 meter dari rumah, secara tiba-tiba Aya jatuh. Darah mengalir dari kawasan dagu. Pada masa ini, Aya perasan yang badannya tidak mampu bergerak sebagaimana keinginannya tetapi disalah anggap sebagai sikap malas.
Ulasan terjemahan diari Aya (1978-1979): Shioka membelikan kerusi roda untuk anaknya Aya. Kerusi roda itu bergerak menggunakan bateri. Aya gembira kerana mampu bergerak dengan bebas.
Ulasan terjemahan diari Aya (1979-1980): Walaupun memiliki kerusi roda berkuasa bateri, pergerakkannya tetap sukar. Hal ini kerana, tangannya tidak mampu bergerak sebagaimana keinginannya. Aya terjatuh di bilik air. Dia tidak lagi mampu menyeimbangkan badannya. Dia mula ketakutan kerana dia mungkin tidak mampu hidup sehingga umur 42 tahun, sebaya dengan usia ibunya. Dia mula mengalami kesukaran untuk membuat bunyi ma, wa, ba dan nn. Mulutnya mampu membentuk bunyi tersebut, tetapi tidak mampu menghasilkan bunyinya. Pada masa ini, masalah pertuturan semakin ketara.
Ulasan terjemahan diari Aya (1980-1981): Aya kerap jatuh. Dia jatuh hanya sebab nak menutup suis lampu. Maknya berkata dia tidak mampu berkerja dengan senang jika Aya kerap jatuh.
Ulasan terjemahan diari Aya (1981-1982): Doktor yang merawatnya iaitu Dr. Yamamoto telah memberitahunya bahawa penyakit yang Aya hadapi tidak akan sembuh. Walaubagaimanapun, Aya tetap melawan sakitnya. Aya berasa bersalah sebab menjadi punca peralihan perhatian ibu bapanya berbanding ke arah adik-beradiknya yang lain. Aya berpindah bilik dari tingkat 2 ke tingkat bawah, bilik yang terdekat dengan dapur, tandas dan tempat mandi. Bilik itu turut mengadap kawasan koridor di mana ahli keluarganya kerap melalui kawasan itu.
Ulasan terjemahan diari Aya (1982-1983): Setiap kali hendak ke tandas, sama ada ibunya Shioka ataupun adik perempuannya, Ako akan membukakan pakaiannya lalu mendudukannya di tempat yang sepatutnya. Mereka berdua akan menunggu Aya di luar tandas sehingga urusannya selesai. Satu hari, dia berasa terhuyung-hayang lalu terjatuh sehingga menyebabkan luka. Doktor mengatakan tekanan darahnya rendah.
Ulasan terjemahan diari Aya (1983-1984): Keadaannya semakin parah. Aya semakin sukar untuk menulis, namun kesukarannya tidak menghalang Aya untuk terus menulis diari. Pada hari itu, dia langsung tidak mampu untuk menulis. Aya terpaksa keluar dari sekolahnya kerana telah menyusahkan kawannya. Dia mendaftarkan dirinya di sekolah untuk orang Kelainan Upaya.
Aya bertanya dengan doktor sama ada dia boleh berkahwin. Jawapan doktor yang jujur dan kejam menyebabkan Aya berlinangan air mata. Jika Aya hendak berkahwin, dia perlu mencari seseorang yang mampu menerimanya seadanya.
Kawan-kawan yang melawat Aya di hospital beransur kurang. Kebanyakkan masa, Aya bersendirian. Kematian rakan pesakit telah menyebabkan Aya berasa murung.
Ulasan diari daripada ibu kepada Aya iaitu Shioka: Menurutnya, Aya telah mengalami koma. Walaupun, telah berhenti bernafas tetapi jantungnya masih berdenyut. Tekanan darahnya semakin menurun, denyutan jantungnya semakin menurun. Aya yang tengah koma telah dikelilingi oleh semua ahli keluarganya. Sekitar waktu tengah malam, mereka memainkan muzik klasik dengan menggunakan kaset radio dengan perlahan supaya tidak mengganggu pesakit lain. Tanda riak pada elektrokardiogram telah menjadi garis datar.
Doktor telah mengesahkan bahasa Aya telah meninggal dunia.
Kata-kata Aya sebelum meninggal dunia masih terngiang di kepala Shioka. “”Akan sangat menyenangkan untuk pergi seperti tertidur di permaidani bunga yang indah sambil mendengarkan muzik kesukaanku.”
Itu adalah antara petikan daripada diari Kito Aya. Dia meninggal dunia pada usia 25 tahun 10 bulan. Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam kehidupan Aya. Antaranya ialah, menghargai keluarga. Keluarga akan bersama kita sehingga akhir hayat. Jadi berbuat baiklah dengan mereka. Selain itu, kita perlulah menghargai kehidupan kita dan sentiasa berfikiran positif agar hidup tenang.
Pada pendapat anda, apakah diari Aya memberikan kesan kepada anda? Apakah kesannya? Sila nyatakan pada ruangan komen di bawah.
Artikel disumbangkan oleh Ahmad Fitry Untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih