Selain institusi Raja-Raja Melayu dan SPBYDPA diserang bertubi-tubi dengan hinaan dan cercaan, mutakhir, Bahasa Melayu juga tidak terkecuali menjadi mangsa.
Dapat dilihat dan difahami mengapa betapa kebencian meluap-luap ini kebanyakannya datang dari bukan Melayu, tetapi agak menyakitkan juga apabila ada Melayu sendiri tidak faham dan tidak nampak potensi dan nilai Bahasa Melayu ini dalam peradaban bangsa sendiri.
Seperti ada diperkatakan dalam tulisan seorang kolumnis; “I hope the “martabatkan Bahasa Melayu” (elevate the Malay language) movement is dead. It was not one of Tan Sri Muhyiddin Yassin’s better efforts and has proven to be divisive instead of inclusive.”
Terkilan juga kerana ini tulisan yang ditulis oleh kolumnis yang aku percayai berdasarkan warna kulit sawo matang dan rias mukanya malah namanya menepati ciri seorang Melayu.
Aku harap dia dan kita dapat cuba baca tulisan dalam gambar-gambar di bawah ni. (hujung artikel)
Ini adalah sebahagian dari isi Kitab Malayo: A Malay and English Vocabulary, oleh (initial) F.E. Ditulis sekitar 1731 dan sebahagian pada 1815.
Antara himpunan atau kamus Melayu-Inggeris seumpamanya yang terawal dan sistematik pernah dijumpai. Naskah asal masih disimpan dan dipelihara rapi di British Library.
Disertakan bersama himpunan perkataan ini ialah Ingatan Deri Pada Commissaries Gouverneur, Ingatang dery Bahasa Engres dan bahasa Malaijoe, sebuah diari yang memiliki catatan sekitar Oktober 1815.
Bersamanya turut menghimpunkan beberapa helaian bertulisan Mandarin dan surat-surat ditulis Dr Adam Clarke kepada J. P. Abel Remusat dan J. Hill. (1809-1812)
Tulisan ini dipercayai berasal dari Indonesia (moden) Timur, turut mengandungi pengkisahan France ‘Bonapartij’ dan aktiviti kumpulan komuniti Belanda dan Inggeris di kepulauan Melayu ketika itu.
Bahasa Melayu ketika itu masih memiliki reputasi tinggi dan penting untuk komunikasi di seluruh Nusantara.
Bahasa Melayu ketika itu perlu dipelajari oleh segenap pedagang-pedagang ketika urusan jual beli dan komunikasi, tanpa mengira dari mana mereka datang.
Ia bahasa rasmi kerajaan untuk urusan pentadbiran, malah menjadi kewajipan untuk dipelajari oleh koloni asing dan penjajah sekalipun mereka sudah bertapak di Tanah Melayu dan sekitar Nusantara.
Pegawai-pegawai Inggeris misalnya perlu menduduki dan lulus peperiksaan Bahasa Melayu khusus sebelum dihantar bertugas di Tanah Melayu ketika itu.
Jika diperhati dan jika dicuba membacanya, sebutan Melayu ditukar kepada ejaan rumi, kemudian ditulis kembali ejaannya supaya menepati bunyi dan sebutan sebenar perkataan tersebut, sebelum diberikan maknanya di dalam Inggeris. Ini memudahkan pelajaran dan pemahaman kepada banyak perkataan Melayu-Inggeris di dalamnya.
Salah satu ciri mengapa Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca ialah kerana bahasa ini mudah dipelajari.
Cuma antara penjajahan membawa kepada Merdeka dan dasar-dasar negara selepas itu, adalah di antaranya kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu yang lebih mendaulatkan bahasa asing di bumi sendiri sehingga wujudnya keranda 152 untuk diarak di jalanan suatu ketika dahulu.
Apa yang pahit dan pedih untuk diakui, kesannya membarah sehingga sekarang. Potensi sebenar Bahasa Melayu digelapkan dan dilegapkan, sedangkan jelas dapat dilihat bahasa kebangsaan adalah alat terpenting dalam memajukan banyak negara-negara kuasa besar dunia.
Kita mungkin masih keliru dan celaru antara arah kemajuan yang kita mahu dan cara apa yang kita perlu usahakan ke arahnya.
Potensi Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca itu masih kekal hingga kini. Terpulang pada kita untuk meneruskannya.
Kepada wartawan yang menganggap Bahasa Melayu adalah medium bahasa yang divisive, fitrah alami bahasa, tak kira bahasa apapun adalah menyatukan. Ini kerana penutur faham apa yang dia mahu, dan pendengar faham apa yang dikehendaki, sifat bahasa adalah menyatukan kerana sama-sama faham apa yang diingini.
Jadi jika ada yang ‘divisive’ tentang Bahasa Melayu, ia adalah sifat khayalan dan rekaan kau sendiri yang cenderung kepada perpecahan kerana kelemahan kau memahami apa yang pernah, sedang dan mampu dibawa oleh Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara ini.
Usaha menyatupadukan semua dengan Bahasa Melayu melalui pelbagai disiplin ilmu ini telah kami gerakkan dan sedang berlangsung di laman The Patriots. Jemputlah baca.
Semuanya kerana kami percaya dan kami tahu apa yang kami mahu. Kerana #KamiSemuaTP.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih