Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan mahakarya seorang cendekiawan Islam abad ke-10 bernama Abdul Rahman al-Sufi. Selepas kitab astronomi yang dikarangnya diterbitkan, ia menjadi rujukan para cendekiawan astronomi termasuk pemerintah Mavarannahr (nama lain bagi Transoxiana). Dan baru-baru ini, Uzbekistan merancang untuk memanfaatkan karyanya itu sebagai cara memajukan aktiviti sains dan teknologi negara itu untuk tahun-tahun mendatang.

Ulugh Beg yang merupakan sebahagian daripada Dinasti Timurid yang memerintah Mavarannahr pada abad ke-15. Dikenali juga sebagai seorang cendekiawan dalam bidang astronomi dan matematik, baginda turut dikenali sebagai penaung aktiviti intelektual dan kesenian. Salah satu sumbangan Ulugh Beg ialah membina Balai Cerap Ulugh Beg di Samarkand, Uzbekistan. Sehingga hari ini, balai cerap tersebut diiktiraf sebagai antara balai cerap yang terbaik di dunia.

Rajah 1: Balai Cerap Ulugh Beg di Samarkand.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa penerbitan Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar yang dikarang al-Sufi. Beliau mendedikasikan buku itu kepada penaungnya dari Dinasti Buyid, Adud al-Dawla. Dalam kitab ini, al-Sufi mencipta cara mencerap dan mencatat kedudukan bintang. Ini termasuk menambahbaik catatan longitud bintang yang dibuat oleh Ptolemy dengan menambah 12 darjah 42 minit pada nilai longitudnya agar ia lebih tepat.

Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar bukan satu-satunya sumbangan besar al-Sufi kepada dunia astronomi. Selain membantu reka bentuk balai cerap astronomi di Shiraz, beliau turut bertanggungjawab mencipta pelbagai peralatan astronomi seperti astrolab dan glob cakerawala.

Menerusi kitab sama, al-Sufi bukan saja berjaya menemui 100 buah bintang baru. Malah, Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar turut merekodkan keterangan beliau dan ilustrasi berkenaan galaksi Andromeda dan Awan Magellan Besar. Secara tuntas, input al-Sufi dalam kitab ini menambahbaik pemerhatian Ptolemy menerusi data empirikal dan kesimpulan yang kukuh. Impak input astronomi al-Sufi dirasai oleh komuniti astronomi sehingga abad ke-19.

Rajah 2: Contoh buruj Andromeda dalam Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar

Dan jika ada yang memerhatikan contoh helaian muka surat Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar, ia kelihatan hampir serupa dengan manuskrip-manuskrip yang muncul pada era Renaissance. Usah terkejut manuskrip-manuskrip pada era berkenaan dipengaruhi oleh pengaruh Asia Tengah dan Timur Tengah terima kasih kepada pertukaran budaya dan aktiviti perdagangan yang berlaku di sepanjang Jalan Sutera.

Dalam Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar, terdapat 74 lukisan mini buruj yang dibuat dengan penuh kehalusan dan teliti. Ini turut menjadikan kitab berkenaan sebagai manuskrip berilustrasi tertua yang menjadi fokus para cendekiawan hari ini.

Rajah 3: Contoh buruj Ursa Major dalam Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar

Dengan perkembangan sains dan teknologi hari ini, tidak hairanlah mengapa Uzbekistan mahu memanfaatkan mahakarya al-Sufi itu sebagai cara memajukan lagi aktiviti sains dan teknologi negara itu. Selain itu, ia dilihat sebagai cara untuk memelihara manuskrip dan pameran bersejarah seperti Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar sebagai tatapan untuk generasi mendatang.

RUJUKAN:

Sahir. (2021). 10th Century Astronomical Text of Abd-al Rahman al-Sufi Unveiled. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.