Dalam banyak-banyak wabak, ada satu jenis wabak ni agak pelik sikit. Namanya ialah St. Vitus Dance, atau dikenali dengan nama Dance Mania.

 

Dance mania terjadi terjadi akibat ramai rakyat tiba-tiba menari di atas jalan selama berjam-jam, seharian sehinggalah berbulan-bulan sampai si penari pengsan akibat kepenatan atau paling teruk, meninggal dunia akibat serangan jantung atau strok.

 

Kenapa begitu ramai warga tetiba menari ramai-ramai sampai meninggal dunia? Terlebih dahulu kita kenal serba sedikit pasal Dance Mania.

 

Pertama kali Dance Mania ini menghantui rakyat Eropah ialah pada 24 Jun 1374 di Aachen, Jerman selepas beberapa dekad dari peristiwa Wabak Hitam.

 

 

Pada tahun 1278, 200 orang warga Jerman menari terlalu rancak di atas jambatan yang melintangi Sungai Maas sehingga roboh. Ramai penari telah meninggal dunia akibat insiden itu dan mereka yang terselamat dibawa ke chapel dan dirawat oleh St. Vitus sehingga sembuh.

 

Kisahnya tidak tamat di situ saja. Ia ‘terjangkit’ sehingga berlaku di Itali, Luxembourg, Perancis, Jerman, Belanda, dan Switzerland selama tiga abad. Ada dua teori yang nampak munasabah kenapa Dance Mania ni terjadi.

 

Pertama, jangkitan kulat ergot. Kulat ini biasanya menjangkiti di padi rumput dan jadikannya sebagai perumah. Spesis Claviceps purpura ialah spesis kulat ergot yang menjangkiti padi oat dan inilah spesis yang menyebabkan Dance Mania berlaku.

 

 

Setibanya musim banjir, keadaan tanah yang lembap memberikan peluang kepada kulat C. purpura untuk membesar dengan pantas. Kulat ini mempunyai bahan kimia yang toksik dan bersifat psiko-aktif. Jika terdedah kepada spesis kulat ini, pesakit akan mengalami simptom seperti kekejangan saraf, delusi psikotik, dan sawan.

 

Teori kedua ialah Dance Mania terjadi akibat permasalahan dan kesakitan mental besar-besaran akibat ibadah pengampunan dosa yang melampau oleh golongan Kristian yang bermigrasi ke Eropah selepas Wabak Hitam. Dikatakan mereka melakukan ibadah puasa dan menari secara berterusan menyebabkan mereka alami halusinasi, pengsan, dan menggelupur.

 

Ramai penyelidik bersetuju bahawa inilah puncanya jika melihat wabak ini melalui perspektif masalah mental, sehingga fenomena ini dipanggil dengan nama ‘penyakit psikogenik besar-besaran’, atau dalam erti kata lain, histeria besar-besaran.

 

Tapi, sampai sekarang saintis tak tahu apa punca Dance Mania ni terjadi, sampai wabak ini menjadi antara wabak paling aneh menjangkiti manusia.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply