Kisah hebat ini berlaku ketika zaman Khalifah Umar Abdul Khatab. Ketika itu, Umar didatangi oleh dua orang adik-beradik yang membawa seorang lelaki yang sedang diikat untuk diadili oleh Umar.

Umar terus bertanya atas sebab apa lelaki tersebut diikat kepada dua orang adik beradik itu.

“Pemuda ini telah membµnµh ayah kami dan kami mahu Amirul Mukminin mengadili beliau!”

“Sebelum kau jatuhkan hukuman ke atas aku, maka dengarkanlah dahulu kisah aku!”
Mahu berlaku adil, maka Umar pun mendengar kisah lelaki itu.

“Begini, aku telah kehilangan untaku. Aku mencari-cari sampai ke kawasan kebun ayah kepada dua pemuda itu. Belum sempat aku menarik unta aku yang sedang memakan rumput di kebun itu, terus ayah mereka melontarkan batu mengenai untaku lalu ma.ti. Dengan perasaan marah, aku melontarkan batu tadi lalu terkena kepala ayahnya yang kebetulan, turut ma.ti.”

Mendengarkan cerita itu, tahulah Umar kalau berdasarkan undang-undang Islam, ianya jatuh ke hukuman Qisas iaitu membalas apa yang setimpal kepada yang berlaku pada mangsa.

“Kalau itu pengadilan kau wahai Amirul Mukminin, maka aku redha. Tetapi aku ada permintan…”

“Permintaan apa itu?” soal Umar.

“Sebelum ayahku ma.ti, dia ada tinggalkan harta sepencarian untuk adikku. Malangnya hanya aku sahaja yang mengetahui lokasi harta tersebut. Kalau kau izinkan aku kembali kaumku, nescaya aku akan selesaikan dan kembali ke sini menjalankan hukuman yang tertangguh.”

Umar tak boleh membiarkan dia pergi begitu sahaja. Lantas ditanyakan siapa di situ yang sudi menjadi penjaminnya. Namun, yang mengangkat tangan adalah sahabat nabi iaitu Salman Al-Farisi. Umar melarang Salman, namun Salman masih berkeras mahu menjadi penjamin.

Lantas dengan hati yang berat, Umar terpaksa membenarkan pemuda tersebut kembali ke kaumnya, dan membiarkan Salman menjadi sebagai penjamin. Namun, sampai ke satu masa yang dijanjikan, pemuda tadi tidak kunjung tiba.

Dengan berat hati, Salman sudah bersedia untuk menyerahkan dirinya untuk dihukumi kerana dia sudah menjadi penjamin. Namun ketika saat akhir hukuman Qisas mahu dijalankan, tiba-tiba kelihatan pemuda tersebut berlari mendapatkan Umar.

“Maaf, aku terlambat kerana urusan kaumku mengambil masa yang lama!” Dia akhirnya menukarkan tempat dengan Salman Al-Farisi, dan bersedia untuk menjalankan hukuman. Namun, Umar ada persoalan yang mahu dilontarkan kepada pemuda tadi.

“Demi ALLAH, kau boleh sahaja lari daripada hukuman ini. Kenapa kau kembali semula?” soal Umar.

“Agar tiada yang mengatakan bahawa dikalangan Muslimin, tiada lagi pemuda yang menepati janji.”

Lantas Umar kemudian mendekati Salman tidak jauh daripada pemuda itu lantas bertanya.

“Kenapa kau boleh menjamin seorang yang tidak kau kenali?”

“Agar tiada yang mengatakan bahawa dikalangan Muslimin, tiada lagi yang percaya dan sanggup menanggung beban saudara seagama dengannya.”

Tiba-tiba kejutan lain pula berlaku. Dua orang adik beradik itu tiba-tiba mahu membatalkan hukuman kepada pemuda yang membµnµh ayahnya. Ingat, dalam hukuman Qisas keluarga si ma.ti sahaja memiliki hak pengampunan. Lantas ditanyakan Umar sebab-musabab disebalik keputusan mereka.

“Agar tiada yang mengatakan bahawa dikalangan Muslimin, tiada lagi yang sanggup memaafkan dan berkasih sayang.”

“Wahai Salman, kamu sungguh berani, dan wahai pemuda, kamu adalah al-Wafi. Kamu berdua sangat mulia, lalu bersalamanlah dan kuatkan ukhuwah di antara kalian,” kata Umar yang kagum dengan apa yang berlaku pada hari tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.