Pada zaman Nabi Musa (as) dulu, Bal’am bin Ba’ura, dari kaum bani Israel ialah seorang ulama yang ada pengetahuan luas tentang ilmu dunia dan ilmu ghaib berkaitan jin dan malaikat, serta ilmu berkenaan sebahagian Luh Mahfuz, arasy Allah SWT.
Doa Bal’am senang makbul sebab tingkat ilmunya yang cukup tinggi kerana beliau mampu memahami sifat-sifat nama Allah dengan sempurna. Bal’am bin Ba’ura ni dididik Nabi Musa (as).
Nabi Musa hantar Bal’am untuk ajak kaum Madyan kembali kepada Islam ajaran Nabi Musa. Ketika diseru Bal’am, pemerintah Kaum Madyan mintak Bal’am doakan kecelakaan pada Nabi Musa sebab penduduk Madyan takut Nabi Musa datang bawa ajaran dan tenteranya.
Bal’am taknak tapi dipujuk dengan kemewahan dan kekayaan, Bal’am berkeras takkan doakan keburukan pada Nabi Musa dan tenteranya.
Bal’am dipujuk lagi dengan kemewahan harta dan diberikan padanya wanita-wanita sehinggakan isterinya sendiri pujuk gunakan doanya terhadap Nabi Musa. Akhirnya, Bal’am tewas dengan godaan.
Bal’am bin Ba’ura doakan keburukan kepada Nabi Musa dalam hatinya tapi lidahnya hanya keluarkan kata-kata murni mendoakan kesejahteraan gurunya Nabi Musa dan pengikutnya.
Orang lain hairan apasal beliau doakan kebaikan pulak, Bal’am kata tu apa yang Allah SWT nak dan dia tak mampu doakan keburukan pada Nabi Musa.
Bal’am dah dirasuk dengan kemewahan dunia, dia mintak pemerintah Madyan untuk kumpulkan perempuan-perempuan paling cantik dari kaum mereka untuk dihantar kepada tentera Nabi Musa yang majoritinya orang-orang musafir yang pasti mudah tergoda dengan wanita.
Rancangannya, Bal’am berharap Allah SWT takkan ampunkan tentera Nabi Musa yang berzina dan akan dilemahkan dengan mudah kerana tak tahan godaan nafsu syahwat.
Apa yang diharapkan tu berlaku memang betul-betul jadi sampaikan ramai tentera Nabi Musa tewas dengan godaan wanita-wanita yang dihantar pada mereka. Larangan Nabi Musa untuk pengikutnya tak dekati wanita-wanita langsung tak diendahkan.
Allah SWT turunkan wabak sebagai hukuman kepada tentera Nabi Musa yang melakukan zina sehingga 70 ribu orang mati dilanda wabak tu.
Bal’am bin Ba’ura teruskan kehidupannya di situ dengan dihujani kemewahan atas kejayaan menghalang kedatangan tentera Nabi Musa kepada kaum Madyan.
Lama-kelamaan Bal’am bin Ba’ura dan pengikut setia Nabi Musa yang ada ilmu melebihi manusia lain, ditinggikan darjatnya di sisi Allah SWT, menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan binasa dan bingung bila ilmunya ditarik satu per satu.
Kehidupannya dan matinya Bal’am tak ubah seperti seekor anjing yang tak tau lagi apa hala tujunya. Hidupnya hanya sekadar memuaskan nafsu seperti anjing yang hidupnya hanya mencari makan.
Oleh: Azizul Farhan
…
Sejarah sebenarnya mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan umat terdahulu. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.